March 29, 2024

Malaysia Social Media Week 2014. Ilmu Social Media itu luas tanpa batasan.

Pada 25 & 26 Februari lepas, aku berpeluang menyertai World Bloggers & Social Media Summit yang merupakan satu seminar/konferens sempena Malaysia Social Media Week 2014. Sesi yang diadakan selama dua hari ini dikendalikan oleh moderator dan ahli panel hebat yang didatangkan khas dari seluruh pelusuk dunia. Ada nama yang pertama kali aku dengar, dan ada yang memang aku dah kenal sebelum ini. 

 

Ini bukan gathering biasa. Seminar yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre ni, turut dihadiri oleh wakil-wakil syarikat ternama di dalam dan luar Malaysia semata-mata untuk mendalami ilmu berkaitan dengan amalan berMedia Sosial untuk manfaat diri dan juga syarikat. Masih ramai pemilik perniagaan yang masih belum sedar kepentingan social media dalam bisnes mereka. Dan sudah ramai juga yang sedar tentang kepentingan ini dan berjaya membantu meraih pulangan lumayan dalam perniagaan mereka.

 

Sebanyak 10 sesi diadakan bagi membincangan beberapa topik yang berkaitan dengan Social Media samada dalam kehidupan seharian mahupun bagi tujuan perniagaan. Setiap sesi memang ada point berguna yang boleh aku atau korang amalkan sebagai pengamal Social Media di Facebook, Twitter, Blog, Instagram etc.

Meh aku share point-point penting yang aku ingat untuk beberapa sesi..

MONEY FOR HONEY.

Masih ramai yang belum menyedari di Social Media ni adalah lubuk duit even penggunaannya adalah PERCUMA.  Ramai owner bisnes offline/online yang terlepas pandang dan tidak menyedari Return of Investment untuk advertising di Social Media, akibatnya mereka menggunakan lebih banyak modal untuk pengiklanan di media lain. Misalnya, pengiklanan di Facebook/twitter/blog tidak memerlukan modal besar, walhal dah terbukti keuntungan yang berlipat kali ganda boleh dihasilkan. Jadi, beriklanlah dengan bijak.

Half the money I spend on advertising is wasted. The trouble is I don’t know which half

John Wanamaker.

Aku tertarik dengan quote yang disampaikan oleh Nellie Chan, Director for Marketing Solutions, Linkedin HK.

Advertising is Listening

GLITTER ON TWITTER

Dalam pemerhatian aku, penggunaan Twitter di Malaysia tidak sepopular Faebook atau Instagram. Tapi di luar negara, Twitter merupakan Social Media yang masih kencang dan memberi efek positif kepada pengguna. Ada audien memberi pendapat, Twitter kurang popular disebabkan had patah perkataan yang dikenakan oleh Twitter menyebabkan pengguna susah untuk deliver sesuatu mesej. Dalam satu sudut yang lain, ini mendidik pengguna untuk deliver mesej menggunakan ayat yang meleret-leret. Straight to the point dan deliver the message. So, tepuk dada dan pilihlah Social media mana yang sesuai dengan penggunaan diri sendiri. 

” Many different way to think about Social Media”

Perasan tak, selebriti adalah antara pengguna tegar Twitter atau Social Media lain. Kenapa?

Salah satu sebab, selebriti merupakan pengaruh yang paling hebat di Social Media. Kebanyakkan selebriti ini menggunakan Social Media mereka untuk;

  • promosi projek terbaru mereka.
  • pelancaran jenama/produk.
  • persembahan amal.
  • promosi barangan tertentu.
  • Update kehidupan seharian mereka.

Nampak tak kelebihan selebriti di situ? Disebabkan reason ni la gak, kat Malaysia ni, banyak akaun palsu(fake account) Social Media yang dicreate sendiri oleh individu lain. Biasanya, Social Media selebriti-selebriti ini akan ramai di’follow’ oleh peminat-peminat dan juga haters diorang. Kalau untuk tujuan baik, its Ok, kalau untuk tujuan tidak baik, haru biru la selebriti tu nak kena menjawab kan.

So, untuk menjaga keharmonian di Social Media, bak kat Scott Eddy, “ Be Real, Be Human” .

 If you are not aggressive, you DIE

SMARKETING

Ringkasan daripada Smart+Marketing=Smarketing. Membincangkan tentang pilihan terbaik untuk melakukan urusan jual beli di Social Media ie: Facebook, Youtube, Twitter, Pinterest, Intagram et.

Kata Steven Lewis dari Taleist Australia, “What do your customer want to know?” 

Antara perkara penting dalam pemasaran di media sosiala adalah untuk kenali market dan pelanggan produk korang. Fish wheres the fishes are. Jangan main hentam je kan.

Macamana?

Kita amik contoh pemasaran melalui Facebook page. Manfaatkan penggunaan Insight kat FB Ads. Dari situ, kita boleh audit, siapa follower kita, gender diorang, apa minat diorang dan macam-macam lagi. Then, target market & do marketing. Dari situ gak boleh target pelanggan yang berminat dengan produk kita. Selain itu, prospect audit juga boleh dilakukan melalui outbound & inbound analysis. 

Pernah lakukan analisis untuk Social Media korang? Kalau tak pernah, apa kata try analyze Social Media ie:Twitter skali skala ng di simplymeasured.com.

SOCIALIZING.

Quote terpenting yang sempat aku ingat: ” Social Media is about networking” 

Dan bila ada yang mempertikaikan aktiviti korang ibarat tiada life atau hidup yang membosankan sebab sentiasa bersosial di Facebook, Twitter, Instagram, Blog, apa kata korang reply persoalan diorang dengan quote ini;

“Being on FB/Twitteer/Instagram/Blog doesn’t mean you don’t have a life. It means you have a life worth tweeting/blogging/updating about.”

CYBER SECURITY

Sebagai penggiat aktif di Social Media, basically korang kena tahu bagaimana berlaku PENCURIAN IDENTITY.

  • Password
  • Server
  • Client/user side
  • human(social engineer)
  • from smart devicies.

Bila dah tahu, bolehlah ambil langkah-langkah pencegahan untuk elak perkara ini.

  • PREVENT – create id yang mempunyai bilangan hufur/no yang lebih selamat. Jangan yang simple dan boleh diagak. Guna trsuted network, jangan main bantai je wifi yang berisiko. Dan verify, verify & verifiy untuk memastikan id/akaun kita berada dalam keadaan selamat.
  • MONITOR – Google yourself. Mana tahu kot-kot ada individu lain yang create face account korang.
  • RESPONSE – Sekiranya akaun Social Media dicerobohi, korang boleh report ke Cyber999 sebagai pusat aduan untuk jenayah cyber ni.

Ingat P.M.R, ingat step-step pencegahan ini ye.

“The ultimate security is your understanding of reality”

“The internet has risk, the computer has risk, everything has risk. Don’t panic, its always there”

FLOGGING THE BLOG.

Ini sesi yang paling menarik dan penuh dengan penghayatan. Panel terdiri daripada blogger hebat yang merupakan founder kepada blog yang hebat ie: missmalini.com , www.ourawesomeplanet.com , www.kounila.com , www.thetravelcamel.com dan bangsarbabe.com .

Mengikut kata founder ourawesomeplanet.com,Jose Antonio, yang merupakan food&travel blogger tersohor di Filipina, to be a professional blogger, you must;

  • inspire one mind
  • touch one heart
  • One Philipine(Malaysia) at a time.

Dan Mengikut kata Kounila Ke, founder www.kounila.com;

” Content is KING”

Kagum dengan sikap profesional sebagai blogger di Kemboja, yang kita anggap serba kekurangan berbanding Malaysia. Beliau mampu berjaya dengan meraih pendapatan dan pelbagai kejayaan dengan blog beliau, walaupun pada awalnya, blogging hanya sekadar hobi. She did. ” Turning a hobby into a career.”

Panel yang aku rasa paling best dan havoc pada hari ni, Shane Dallas dari blog thetravelcamel.com. Gaya persembahan&ucapan dengan penuh perasaaan dan penuh penghayatan. Antara point penting beliau untuk menjadi seorang blogger yang hebat terutamanya travel blogger;

  • Dont forget the power of pictures. Beautiful pictures.
  • Write what you see, touch, smell, sense, hear.
  • Story about local person

Juga pesanannya, sebagai blogger , sebelum korang blog something yang korang rasa tak kena, tak best, tak bagus di mata korang as a blogger, please;

  • jangan terlalu mention negative point. Memang korang perlukan kejujuran, tapi at first fikir baik buruk dalam kritikan korang terhadap someone/thing yang kena kritik tu. Jadilah blogger yang bijak. Kritik tapi dalam keadaan positif blogpost. Bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan suasana ‘panas’ kan?

Argh panjang lak blogpost kali ni. Lagi pon, ni antara point yang sempat aku take note dan kongsikan ngan korang sumer. Kalau ada point-point yang aku ingat lagi, aku sambung di entri lain ye.

Terima kasih kepada team Denaihati sebab sudi menjemput aku ke World Blogger & Social Media Summit tahun ni. My precious moment dapat share blogging knowledge ngan korang. Juga, Best of luck & Tahniah atas penganjuran Sepetang Bersama Blogger 2014 yang akan berlangsung esok hari. Ralat sangat sebab terpaksa kanselkan attending aku ke SBB2014.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Malaysia Social Media Week 2014. Ilmu Social Media itu luas tanpa batasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *