July 15, 2020

10 Februari 2014 – ringkas tapi sempurna

Aku suka baca timeline Facebook aku pada 10 Februari setiap tahun dari jam 12.00am sampailah hari esoknya. Imagine, setiap orang tu kasi hadiah betul-betul. Heaven! 

Alhamdulillah, kiriman doa di hari jadi pun dah cukup bermakna.

Tahun  ni, aku cuti the whole day, Puan Nunu amik cuti halfday petang. Walaupun aku free dari pagi, tapi otak aku tak free. Even baring kat umah sambil pandang siling umah pun, masih memikirkan satu keputusan yang belum pasti. Uniknya otak, badan tak gerak, tapi serebrum&sereblum sentiasa bekerja keras. 

Walaupun hari tu hari aku, tapi aku rasa dah tersilap laku. Sehinggakan wife aku rasa kekok dan tak selesa dengan keadaan aku pada hari tu. Maaf. Rasanya tak patut aku berkelakuan hingga mendatangkan rasa tak selesa isteri sendiri. Kena banyak belajar lagi ni tentang kisah pengalaman hubungan suami isteri daripada orang yang berpengalaman dalam mengemudi bahtera rumahtangga lagi ni. Paling penting, try the best untuk bawa soal karier/kerjaya ke dalam situasi rumahtangga.

Selesa tak selesa, sempat gak ngedate di Chilis, Paradigm Mall. Tapi sekali lagi rasa bersalah. Sehinggakan si isteri snap gambar aku yang dok bz menjawab ’email’, pun aku tak sedar..

 

Terima kasih untuk isteri dan famili yang buatkan hari jadi aku tahun ni lebih bermakna. Hari yang ringkas tapi cukup sempurna dan bermakna. InsyaAllah usia baru ni akan lebih baik daripada usia aku sebelum ni.

Alhamdulillah, setiap persoalan pasti akan ada jawapannya kan?

Yosh, gambareba dekiru.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “10 Februari 2014 – ringkas tapi sempurna

  1. 🙂 kdg2 terlepas laku tu adalah perkara biasa..yg penting ada toleransi antara suami isteri.

    Alaaaa..lgpun, ‘lepas laku’ tu sekali sekali je berlaku kan? Takpe..bg can kata cik nunu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *