March 29, 2024

Ayam Teriyaki Sedap – Kenny’s Teriyaki Chicken di Kenny Rogers Roasters

Mengambil mood Chinese New Year yang akan tiba tak lama lagi, aku dan beberapa rakan blogger&media telah menghadiri satu sesi food review bertemakan Teriyaki Feast di cawangan Kenny Rogers Roasters One Utama. Menu utamanya of koz la ayam panggang, tapi kali ni lain sikit, Ayam Panggang Teriyaki yang dibalut khas dihidangkan bersama nasi beraroma dan sup cendawan ayam, dibasahi dengan segelas jus Tropical Paradise, disudahi dengan muffin dan diucapi dengan Alhamdulillah..burpp..aa gitu..

 

Aku kompen ramai peminat muffin Kenny Rogers ni cam bro Eizil. Untuk episod kali ni, kami dihidangkan dengan enam perasa home-made muffin Kenny Rogers Roasters ni – Golden Vanilla, Banana Raisin, Chocolate Raisin, Zesty Orange, Mocha Chips dan Creamy Pandan. Boleh tanya perut, mana satu yang dia nak..

 

Makan sorang-sorang pon tak best gak kan. Untuk menghangatkan lagi semangat ‘Rezeki dikongsi bersama’, Kenny Rogers Roasters mengadakan Take It Home Feast dengan harga yang menarik. Set ni mengandungi 6 peha gebu Ayam Teriyaki KRR ni, 2 hidangan Aromatic Rice, 1 mangkuk Asian Spicy Salad, BBQ Baked Bean, Golden Corn&Carrot dan Garden Pasta Salad. Muffin tidak dilupakan dengan keenam-enam perisa muffin untuk set ni dan juga jus buah-buahan segar untuk 6 orang ye. Set Take It Home Feast didapati bermula 13 Januari 2014 dengan harga RM148.80 sahaja. 

 

 

Satu set Kenny’s Teriyaki Chicken yang berharga RM19.90 ni memang dah mencukupi dan berbaloi untuk sorang makan. Ayam di bahagian peha yang diperap dengan sos teriyaki memang sedap dan sihat berbanding peha ayam goreng kan. Ada yang tanya pebenda Aromatic Rice? Sebenarnya nasi beraroma/aromatic rice ni dimasak dengan campuran herba, tapi tak terlalu kuatla rasa herba tu. Ala-ala nasi ayam hainan pon ada gak rasanya ni. Sambil berborak dengan suami si Ruby yang baru sahaja bergelar ayah, sambil menghirup sup cendawan ayam, memang syiok. Biasanya sup ayam atau sup cendawan kan, kali ni kasi campur dalam satu mangkuk..

 

Setiap kali menjamu selera di Kenny Rogers Roasters ni, pembasah tekak ni memang menarik perhatian aku. Macam-macam nama ada. Kali ni, nama dia Tropical Paradise; campuran tropical fruit seperti oren, nenas dan rasa strawberry. Hanya RM7.90 segelas besor ni.

Untuk peminat Ayam Panggang Teriyaki ni, aku rekemenkan korang try menu terbaru Kenny Rogers Roasters ni. Aku dah cuba dan menepati citarasa aku. Burpp alhamdulillah…

Dah meleleh air liur tu, cepat-cepat ke Kenny Rogers Roasters berhampiran dengan ofis korang lunch hour ni ye..:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Ayam Teriyaki Sedap – Kenny’s Teriyaki Chicken di Kenny Rogers Roasters

  1. memang boleh terliur balik bila tengok gambar Kenny’s Teriyaki Chicken ni…sementara promosi masih ada…memang nak repeat lagi ni…hee

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *