October 12, 2024

Tips cuci kereta seorang bapa.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Ye betul, semasa zaman bujang atau hanya bergelar suami, aktiviti basuh kereta hanya dijalankan di car wash centre. Bukannya centre, tapi kat celah-celah lorong jek, hulur RM10, bersih luar dan dalam..hahaha..itu pun 2 minggu sekali. Tapi kalau terpaksa outstation lama-lama, sebulan sekali pun belum tentu..:-p

Itu dulu..

Sekarang sejak bergelar ayah, rasa kesian lak kat baby Dayyan kalau kereta terbiar kotor terutamanya interior. Berdebu dan berhabuk adalah tidak sesuai untuk pernafasan seorang bayi. Nak taknak, kalau tak sempat nak bersnow wash, kena pastikan interior tu dibersihkan. Lagi pun, seat kete aku tu bukan jenis leatherseat, tu yang cepat melekat debu&habuk.

Paling tidak, vakum lah seat dan karpet kaki depan dan belakang. Buka karpet kaki tu, bawak keluar dan jemur bawah matahari. Selain boleh hilangkan habuk&debu tu, boleh gak matikan bakteria-bakteria jahat kan.

Oh ye, yang ni mungkin kaum bapa terlupa untuk dibersihkan sama. Baby Car Seat. Macam kereta aku yang memang sentiasa diinstall dengan baby car seat ni, harus dicuci sama ye. Maksud aku, bukanlah disnow washkan sekali, tapi cukuplah sekadar uninstall, letak kat luar, dan vakum mana yang patut. Tepuk-tepuk sikit kasi hilang habuk pun boleh dan jemurlah sekejap di bawah matahari. Benda ni kan 24hrs kat dalam kereta, tempat yang kurang cahaya matahari, biasanya senang dijangkiti ‘fungus’ a.k.a kulat. Berisiko untuk menjangkit kulit baby woo..

 

Senang ajo. Vakum je celah-celah lipatan tu, kat bawah-bawah tu vakum sekali gak.

Lagi satu, takkan kereta sendiri je nak kena bersih&berkilat sokmo kan? Camane ngan ‘kerete’ anak lak tu? heheh.. maksud aku, stroller baby tu?..

 

Setidak-tidak sebulan sekali kena la dicuci gak kan. Untuk brand Combi ni, fabrik yang dijadikan pelapik tu act boleh basuh ngan washing machine sekali tau. Senang. Since baby Dayyan selalu gak guna stroller ni, memang kena bersihkan selalu. Setidak-tidak dijemur di bawah matahari untuk nyahkumankan yang berbahaya kat baby. Sport rim tu, kasi polish sekali sekala pun ok gak tu?:-p

Setel..tak susah pun kan, sambil cuci kereta sendiri tu, sambil-sambil cuci peralatan pengangkutan untuk anak sekali. Selain tu, boleh gak exercise. Berpeluh-peluh gak nak basuh satu body kereta+stroller+car seat ni..tips ni..:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Tips cuci kereta seorang bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *