Nasihat untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat di alam maya dan realiti.
Tidak dinafikan, antara motif kehidupan yang menjadi target setiap individu adalah untuk mendaki ke ‘puncak yang tertinggi’. Kita sudah dididik untuk belajar dari sekolah rendah ke universiti semata-mata untuk sekeping sijil yang dikatakan mampu memberi kesenangan hidup di masa depan. Kalau ditanya tentang cita-cita di sekolah rendah, majoriti akan menjawab ingin menjadi seorang doktor, jurutera, juruterbang, peguam dan pelbagai karier yang professional.
Jarang kita mendengar jawapan, “Saya ingin menjadi seorang yang bebas..bebas daripada bebanan hutang, bebas dari cengkaman masa yang tidak mencukupi, bebas dari kesibukan yang melampau..”
Justera, mereka tekad tekun berusaha demi sekeping sijil. Dah graduate, berusaha mencari pekerjaan yang dicita-citakan. Alhamdulillah dapat seperti yang dicita-citakan. Mak bapak senyum dan bangga sebab segala pelaburan dan penghabisan wang ringgit mereka dikatakan berbaloi.
Rilek. Perjuangan masih belum selesai.
Hari demi hari, kerja makin menimbun. Outstation makin hari makin bertambah. Tekanan kerja tak perlu cerita la kan.
Balik kampung sebulan sekali pun dah rasa sesak nafas. Sesak sebab tiada masa, bukan sebab wang ringgit.
Position di name card makin lama, makin sedap. Poket pon makin tebal. Dah tak pandang kedai mapley, TGI, Chilis dah menjadi pilihan terkini. Kawan-kawan ajak lepak tengok bola pun, susah nak dapat.
Yang dah beristeri dan beranak-pinak, kesan daripada kesibukan yang melampau, dan tekanan kerja yang tak pernah putus, mereka diabaikan. Tekanan dengan bos dan client, dilepaskan pada isteri yang tak bersalah. Maki hamun dah menjadi makanan. Sedih!
Mak bapak call pon susah nak berjawab. Alasan tetap sama. Sibuk. Dalam meeting. Tengah drive. Mak bapak kesunyian dan kesedihan kat kampung, tiada dia kisah.
End up nya, apa yang perlu dibanggkan?
Anak aku seorang ‘Sr.Engineer’ tapi nak balik kampung jenguk mak bapak pon susah?
Anak aku seorang doktor pakar, takleh nak balik raya sebab kena standby/oncall?
Anak aku seorang peguam handal tapi cucu aku kurang kasih sayang sebab dia terlalu sibuk setelkan kes-kes mahal?
Harus diingat, kita hanya musafir yang perlu menghadapi dugaan dunia sebelum sampai ke destinasi hakiki..nauzubillah.
Jangan lupa pandang ke bawah bila berada di atas…
Carilah ‘jalan’ terbaik untuk seimbangkan kehendak diri, keluarga, duniawi&akhirati.
Have a nice day-JMR
peringatan yang bagus kepada mereka yang sudah lupa.. 🙂
Kalau x beringat..x selamanya kita di atas…pasti akan jatuh juga nanti….
Ya la…. Kalo keja mcm aku ni… Lagi kena terer urus masa..ehehehhe.. tpi ini semua POYO.. 😀
kerja mcm ko takpe bro..mak pun senang nk tgk muka ko, on je TV..hehe
Kehidupan ibarat pusingan roda. Ada masa dibawah dan ada masa diatas. Harap beringat selalu untuk pesanan diri sendiri.
Walaupun seorang engineer di sebuah syarikat besar, gaji besar tentunya tanggungjawab bertambah besar. Tapi hakikatnya tetap seorang kuli. kan? kan? hehe
Begitulah nampak nya keadaan sekarang, manusia dah jadi hamba duit.Tak kata orang, diri saya sendiri pun begitu, tapi sampak tahap tak call langsung. Ada call seminggu sekali.
Hidup umpama putaran roda ..
betul..kdang kita di atas, kdg kita di bawah..