December 7, 2024

Amalan harian: Khasiat Oat

Assalamualaikum wbt…

Ada sesiapa readers kat sini mengamalkan pemakanan oat sebagai amalan harian?

Apa khasiat / kelebihan bagi mereka yang mengamalkan pemakanan oat ni ye?

Ke ada yang tak tahu apa itu oat?

Meh nak share sikit…

Oat atau raja serat adalah makanan bijirin ideal untuk semua peringkat umur. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin & juga mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. 

Tahukah korang…?

  • Makanan yang berserat tinggi ini juga merangsang pengeluran air liur, yang memudahkan kita menguyah dan lebih mudah dihadam selain membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
  • Mengamalkan pemakanan oat secara tetap dapat menurun dan memperbaiki tahap kolesterol ke tahap yang lebih baik.
  • Bagi penghidap diabetis, oat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Hasil penelitian yang tercantum pada Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahwa beta-glucan pada oat dapat membantu mencegah terjadinya peningkatan kadar gula darah secara drastis pada penhidap diabetis.
  • Pengambilan oat di dalam menu harian juga mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Sekaligus mengurangkan pengambilan makanan harian dan menurunkan berat badan.
  • Oat juga mampu mengurangkan kadar tekanan(hypertension) mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. 
  • Oat juga sesuai dijadikan makanan pepejal permulaan untuk bayi.
  • Pemakanan oat dan barli juga akan merangsang sistem imuniti badan. 

 “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Amalan harian: Khasiat Oat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *