March 28, 2024

Kebaikan dan Khasiat Ikan Salmon

Dah makan tengah hari?

Memandangkan ikan salmon ni banyak kebaikan dan khasiatnya, apa kata sekali sekala kita bakar/grill ikan salmon untuk dijadikan menu hidangan lunch.

Kalau malas nak masak, kat sesetengah makan pun ada sediakan grill salmon ni kan, nak-nak kedai makanan Jepun.

Kalau rajin sikit, just cari sekeping bahagian tengah ikan salmon ni kat Tesco ke, kat Giant ke, kompom ada. Average harga dalam 6.99/100gram. Sekeping tu tak sampai 200 gram pun kan..

Dah beli, sila basuh cuci-cuci. Then, perap dengan blackpepper+garam sikit. Kasi perap selama 10minit pun cukup.

Pastu panaskan stick pan. Biasa aku tak letak minyak pun, sebab ikan salmon ni akan keluarkan dia punya minyak lemak sendiri. Lemak manis berkrim lagi ok.

Nak tahu kebaikan ikan salmon ni? Banyak..antaranya;

  • sebagai sumber protein untuk tubuh badan. Protein daripada ikan salmon ni lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Protein daripada ikan salmon ini gak tidak mempunyai bahan yang boleh menjadi punca kanser seperti sumber protein lain.
  • Omega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk. Omega-3 ini juga membantu mengurangkan keradangan mata.
  • Ikan salmon ini juga mempunyai vitamin D yang membantu fungsi otak. Daya ingatan dan risiko kemurungan juga boleh dielakkan.
  • Kebaikan ikan salmon juga membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer dan Parkinson di usia lanjut.
  • Melalui Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon ni, boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat.
  • Ikan salmon pun baik untuk ibu-ibu mengandung ye. Meh nak share entri sebelum ini. [Kebaikan Salmon untuk Ibu Mengandung]

Jadi apa lagi. Jom makan ikan salmon..oh ye, tengah hari ni kami makan grill salmon + brocolli goreng! Homemade ok! 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Kebaikan dan Khasiat Ikan Salmon

  1. Pingback: Salmon grill dan nasi panas….. | Dari Dalam Hati
  2. Pingback: ‘Grilled Salmon’ untuk Si Kecil. Series sedap! | JMR
  3. sedappppppppppppppppp.. hari tu baru makan kat tepayaki.. heyy sedappppp angat! nak bakar sendiri malasssss. kuikukuiii

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *