November 10, 2024

Tip Murah Rezeki untuk Suami & Isteri

Masih dalam mood raya kan? Aku pun sama. Walaupun tak raya sangat, tapi mood tu tetap ada..

Terasa rugi lak dok biarkan blog ni tak berupdate. Tiap-tiap tahun bayar hosting+domain kan. Azam aku lepas raya ni, nak update gak walau macam mana sibuk/takde idea sekali pun. Alah, buat apa subscribe email daripada positive thinking person, kalau tak dikongsi bersama kan.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Aku memang subscribe artikel-artikel terkini daripada pakar internet marketing. Dr.Irfan Khairi. Kadang-kadang aku baca tips daripada dia, kadang-kadang aku skip. Tu pasal aku rasa aku masih belum sehebat dia..hehehe..

Korang yang dah baca tip ni, jangan jadi macam aku. Sila baca, share dan amalkan untuk kebaikan bersama.

Tip Murah Rezeki untuk Suami & Isteri

1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Tip Murah Rezeki untuk Suami & Isteri

  1. Ada juga pasangan suami dan isteri ingin mula menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan Internet dalam membantu ekonomi keluarga.

  2. Rezeki itu luas dan luas caranya juga untuk menarik dan mmebuka pintu rezeki, termasuk juga dengan cara menjaga hubungan sesama manusia dan keluarga.

  3. Terima kasih di atas tips yang diberikan… Walaupun ringkas, tetapi sangat bermanfaat untuk pasangan suami isteri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *