March 29, 2024

Sebenarnya Saya Ayah Dia.

Sekarang ni, rasanya LIFE aku lebih sibuk dan kena bijak merancang masa. Selepas habis tempoh maternity leave bini aku, baby Dayyan dijaga oleh Mama Wan nya di rumah aku di Kota Damansara. Kebetulan lak, aku kena outstation selama 3hari.

Then, selepas tu, baby Dayyan stay dengan Mama Wan dan Tok Papa nya di Kg.Idaman Port Klang sebab, ye la kan, Mama Wan nya pun ada komitmen lain di rumah sana.  So, selepas ambil kira tujuan sebenar taknak hantar baby Dayyan ke nursery, kami laki bini amik keputusan untuk jadikan rumah di Kota Damansara sebagai ‘rumah hinggap’..bermakna, abis office hour, kami akan singgap sebentar di rumah KD, then dalam jam 8.00mlm akan bertolak ‘balik kampung’ via KESAS which is mengambil masa lebih kurang sejam. Sampai lebih kurang jam 9.00malam, kalau mood Baby Dayyan masih ok, boleh la play play with him. kalau tak, memang dok merenung tengok dia tidur je la. Nak play play pon tunggu dia bangun tengah malam mintak susu, then lepas menyusu, biasanya mata dia akan memboolat sebelum sambung tidur…

Dalam jam 6.30pagi, kami laki bini akan kiss kiss baby Dayyan sambil pesan jangan noti noti, dan drive balik ke ‘rumah hinggap’ . Keluar awal untuk elak traffic jamm. Kalau nasib baik, sampai dalam jam 7.30pagi. Biasanya aku sambung tidur, dan bini aku lak ikut mood dia, biasanya dia membazir masa dengan Candy Crush. Then, masing-masing ikut haluan ke ofis sendiri..

Begitulah rutin harian untuk masa sekarang ni…

Itu untuk rutin normal..minggu ni lak rutin abnormal..*sedih

Sejak Selasa lepas, aku sekali lagi ditugaskan untuk menghadiri meeting terkacak di Paka, Terengganu dan Gebeng..oh ye, nak bagitau gak, sandwich ngan teh-o kat bangunan executive TNB Paka memang terbaek!! sedap giler ok. ok fine. Drive sorang-sorang via LPT ke Paka pada hari Rabu jam 3.30pagi. Stay semalaman di Kertih, dan gerak ke Gebeng pada jam 6.30pagi untuk site visit. Lepas lunch hour baru gerak balik ke KL. Drive sambil mata merah-merah. Nasib baik ikan patin masak tempoyak kat RnR Temerloh tu sedakkk, terus segar mata gua sampai la selamat sampai di rumah. Sambil tunggu bini balik kerja, sambil tu gak la aku qada tidur. Dapatlah dalam sejam ganti tidur. Then, bergegas ke Bandar Sri Permaisuri untuk menghadiri Majlis Perasmian Al-Lazat Burger Bakar Abang Burn. Ok, yang ni bukan dalam scope of work aku sebagai engineer, ni sebagai blogger lak. Dalam jam 10 malam, aku berjaya undurkan diri walaupun rasa nak tegur-tegur Fatin Liyana, Fatin Suhana sangat menebal. Namun, rasa itu menipis sebab Puan Nunu dah bagi warning dengan hanya satu jelingan.

Sampai rumah Mama Wan dalam jam 11malam..baby Dayyan ngah nyenyak tidur depan TV ditemani Mama Wan dan Tok Papa. Lepas tukar baju, basuh kaki then bawak dia masuk bilik..tenung muka baby Dayyan bagi lepas rindu seorang ayah kepada anak. Kiss penyek pipi Dayyan. Usap kepala tanpa rambut perlahan-lahan. Sekali sekala Dayyan tersenyum dalam tidur..sekali sekala merengek, mungkin terasa tidurnya dikacau seseorang..

Terdetik gak rasa bersalah sebab lately kurang spend masa bersama. Risau gak kot-kot dia dah terlupa yang Sebenarnya Saya Ayah Dia… 🙁

Tapi Daddy tahu, you are a very smart baby, just dengar bunyi kentut daddy pun, baby Dayyan dah tahu yang ‘Daddy is home’!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Sebenarnya Saya Ayah Dia.

  1. terharu kalau dayyan baca bila dia besar nanti
    tak tahan nye bunyi kentut pun tau daddy dah balik, kah3

  2. anak bro faham punya nanti , lama-lama dia biasalah…lagipun dia dalam jagaan yang elok…:)

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *