December 7, 2024

Pasar Malam Brinchang || Cameron Highland

7Julai2012|| Brinchang, Cameron Highland

Selepas lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan KL, kami sampai di Brinchang lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Since waktu check in hotel adalah jam 2.00 petang, so jalan-jalan cari makan ler dulu. Dah kenyang, baru leh check in di Country Lodge Resort, tak jauh dari Balai Bomba Brinchang tu..jalan kaki pon sampai..

 

Sebelum landing time atas katil, amik towel, kita blasah mandi luh. Makan tengah hari guna air panas wot wot.. Sejuk lak walaupun tengah hari sebab cuaca pon memang mendung tunggu masa nak hujan jer..

 

Untuk hari pertama, Puan Nunu yang book hotel nih. Sebab almost sumer hotel/resort kat Cameron Highland ni fully booked. Mungkin sebab hari Sabtu kot. On the way nak sampai resort nih, berduyun-duyun bas dok beratur kiri kanan jalan. Rombongan mak kiah dari timur, barat, utara dan selatan Malaysia berdasarkan nombor plat bas..kihkihkih…seken day  lak, kitorang tukar resort lak..ubah angin orang tua cakap..~

 

Aktiviti di waktu petang Sabtu bilamana anda berada di Brinchang, Cameron Highland. Aku pun tak pasti, kenapa begitu ramai ummmmat manusia. Tapi seronok gak jalan meredah lautan manusia ni..

 

Pelanggan didahulukan, kualiti diutamakan..Janji ditepati..oh yeah..

 

 

Pilihlah mana yang berkenan. Ada cendawan goreng, sotong goreng, udang goreng dan macam-macam goreng lagi. Kitorang melantak cendawan goreng je. Lepas bayar, terus je ngapp..sebab, kalau tunggu nak makan kat bilik, memang tak sedap le, sebab yang panas, dah bertukar jadi sejuk..nak reheat balik, bilik takde dapur..heheh..

 

 

Produk utama Cameron Highland dan berasaskan strawberi. Ada jem, ada jem siap ada isi stoberi, ada kordial..tapi aku tak beli kat pasar malam ni, sebab harga dia lagi mahal RM2..ada tempat yang lagi murah kalau nak beli benda-benda ni semua. nanti aku cerita untuk the next day trip..sabar sabar..

 

Kalau bab sayur mayur, kat pasar malam ni memang murah+fresh. Borong la semampu kamu. Tapi kalau tak nak memborong malam ni, pagi esok(Ahad) masih ada masa sebab ada pasar pagi Ahad lak kat tempat yang sama nih..

 

Stoberi cokelat..RM5 untuk 3cucuk. Setiap cucuk ada 3 bijik..so 3×3=9..bila dibahagi RM5 dengan 9biji, RM5/9=+-RM0.5555555 sebijik..*bersambung ke gambar paling bawah~

 

 

Setelah pusing keseluruhan gerai di Pasar malam Brinchang, kitorang patah balik sambil bershopping untuk juadah makan malam. Beli pasar malam je, sebab nampak cendawan goreng macam sedap, mihun goreng pon macam sedap, ayam goreng pon macam sedap..hakikatnya, bila sampai bilik, dah tak sedap, sebab sejuk..kan dah cakapppp…huhh..

Nasib baik sempat gak sambar dua benda yang sedap ni…

 

 

Beli stoberi 2 pax(1 utk dia, 1 untuk aku) ngan harga RM15, dan honey RM16 sebotol..so jadilah stoberi madu..makan stoberi cicah madu sambil layan Buletin TV 3 dan ucapan pembukaan menara Felda oleh Datuk Seri Najib Tun Razak..seronoknyyaaaaa…

 

2pax=RM15..so RM15/2=RM7.50..setiap pax ada 25bijik..so 25bijikX2=RM50..jadinya RM15/50bijik=RM0.30..wow murah 15.5555 sen..ok la..jadinya untuk satu malam, sebanyak 50bijik stoberi berjaya dihabiskan oleh dua makhluk yang kecewa sebab mihun goreng sejuk+ayam goreng sejuk lagi berminyak..sambil layan PM tersayang kita berucap di depan menara kebanggaan negara, menara felda..burppp..alhamdulillah…~

Stoberiku bukan stoberimu…

enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Pasar Malam Brinchang || Cameron Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *