April 25, 2024

Atasi rasa takut untuk TERBANG

Now Everyone can Fly..rasanya untuk mereka yang pertama kali menaiki ‘burung besi’ atau kapal terbang, rata-rata akan berasa cuak+nerves ketika penerbangan terutamanya semasa berlepas mahupun semasa mendarat. Almaklumlah, efek inersia dan tarikan graviti semasa proses tu yang banyak mempengaruhi emosi dan pemikiran.

Meh aku nak share beberapa tip untuk hilangkan rasa neves+gemuruh+cuak semasa take off atau pun landing time..

1. Pilih seat yang terbaik.

Ops yang ni boleh dilakukan bila nak check in atau pun semasa online booking. Pilihlah tempat duduk yang paling hadapan yang termampu. Ye termampu ok. Kalau seat 1A dah orang, janganlah ngengada nak yang tu, pilih yang termampu okkey, maknanya 2B la patut ko pilih. Sebabnya turbulance/goyangan kencang yang berlaku semasa take off/landing normalnya lebih tertumpu di bahagian belakang kabin pesawat..

2. Bertenang+Rileks

Semasa penerbangan, kalau tak boleh tidur, bawak-bawaklah membaca magazine/buku kalau taknak baca buku agama. Takpun layankan aje inflight movies yang disediakan(sesetengah pesawat je ada..). Jangan dok pikir sangat benda-benda yang kritikal, contohnya apa akan jadi kalau kapal terbang ni menjunam 90darjah ke bawah ke. OMG!

3. Tarik nafas dalam-dalam..

Bila terasa cuak+nerves, dengan perlahan, tarik nafas, hembus nafas, tarik lagi dan hembus lagi. Buat secara tenang dan acap kali sehingga rasa cuak itu hilang. Tapi kalau terasa nafas tu bebau cam longkang, aku syorkan, semasa hembus nafas tu, janganlah dihala kat orang sebelah. Sesak nafas lak kan orang sebelah tu…

4. Cuak lagi? Mengadu kat pramugari yang cun/pramugara yang ensem

Kalau langkah-langkah di atas tak lut dek perasan takut, jangan segan-segan, jangan malu, pramugari/pramugara kan ada. Pilih yang cun/ensem, share dengan diorang masalah ko. InsyaAllah, diorang boleh keep an eye on you setiap masa dan sedikit sebanyak boleh make you feel comfortable kan. Yela kan, kalau FA tu dah macam Neelofa, asik-asik dok tanya ko ok ke idak setiap 10minit, bagi air bagai la, mana nak rasa tak selesa kan?

kahkahkah…

*Tenkiu to my famili esp ciksu yang ajar aku untuk mengatasi rasa takut untuk berada di dalam perut kapal terbang sejak kecil lagi. Dan skang ni, kapal terbang menjadi pengangkutan utama setiap bulan untuk melaksanakan komitmen kerja. Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Atasi rasa takut untuk TERBANG

  1. Untung la tiap2 bulan naik kapal terbang…mak ni,seumo hidup x pernah naik kapal terbang pon.. Caya?? Ha ha ha…

Leave a Reply to Fazrol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *