March 28, 2024

REAL STEEL – Courage is STRONGER than steel

COURAGE is STRONGER than STEEL

Setelah hampa dengan KLIP 3GP, kali ni memang terbaik,  tak hampa lagi. Jangkaan aku benar belaka, selama hampir dua jam, tiada satu pun timeline yang mampu mengalihkan mata aku daripada skrin besar Hall 7 Cathay Cineplex, e@Curve.

 

Entri kali ni aku taknak bersinopsis pasal Real Steel nih. Aku kompom setelah menonton Real Steel ni, feedback yang positif korang akan bagi gak. Jalan cerita yang mudah difahami, aksi-aksi yang tidak terlalu tidak logik, dan mesej positif yang cuba disampaikan juga sudah memadai untuk mengubat kehampaan aku terhadap filem yang aku tonton sebelum nih.

 

Pernah tak korang terfikir, robot dijadikan pertaruhan dalam sukan tinju? Dan robot dilatih oleh seorang trainer untuk bertinju? Pernah tak korang terpikir, setiap pergerakan kita, mampu dicopy oleh sebuah robot. Dan pernah tak korang terfikir, sebuah robot juga mampu mempunyai semangat juang sperti seorang manusia?

OMG! Dalam panggung semasa menonton REAL STEEL ni, seperti aku lak yang berada di tempat perlawanan. Sebuah robot biasa(ATOM) tetapi dikawal oleh seorang bekas peninju yang mempunyai semangat yang luar biasa, mampu berjuang untuk mencabar keegoan ZEUS, champion Liga-liga robot. Walaupun tidak berjaya memenangi Round 5, tapi semangat ATOM, Max(Dakota Goyo) dan Charlie(Hugh Jackman) yang tidak pernah mengalah dan tidak gentar dengan cabaran walau sebesar mana pun memang layak diberi tepukan gemuruh penonton-penonton di Hall 7 semalam.

Max dan Tallet.

Aku suka giler time Max dok ajar ATOM menari. Comel giler okkey. Apa? Robot pon menari ke?..grrrr….

Series, aku rekemenkan filem ni untuk korang tonton di hari minggu! Terbaik.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “REAL STEEL – Courage is STRONGER than steel

  1. yup.. cite ni mmg terbaik la.. smpaikn ade org yg nk reg kelas tinju ujg minggu ni.. msa tgk 3 musketeer xplk die ckp nk bljr main pedang.. haha..

  2. reel steel mmg terbaik. rsnya best skit dr transformers yg bru2 ni. tak bosan sgt .. klau klip 3gp 2 mmg hampeh. buang duit je rsnyee.

Leave a Reply to cintazulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *