October 5, 2024

Rezeki Terakhir Ramadan 1432h

Alhamdulillah..selesai sudah ibadat puasa untuk seluruh umat Islam pada tahun 1432h ini. Diharapkan segala amal kita pada bulan barakat ni diterima olehNya. Selepas berbuka tadi, pengumuman tarikh raya, 1 Syawal sudah pon diumumkan jatuh pada esok hari 30 Ogos 2011 oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Sebelum masuk waktu berbuka petang tadi, sempat aku check email. Menjadi rutin aku check email setiap hari walau di mana berada. Ada dua email yang menambahkan lagi kehepian aku untuk hari terakhir ramadan ini. Dua-dua adalah jemputan ke Pratonton filem Apollo 18 dan juga Contagion. Terima kasih Nuffnang!


Sebulan berpuasa, aku kurangkan aktiviti di skrin wayang. Aktiviti mereview filem terbaru pon terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Dan lepas raya ni, nampaknya leh start balik ngan dua filem terbaru nih. yahuu…

Sangat bersyukur dengan rezeki sepanjang berblogging nih. Walaupun advertorial job takde, tapi BE ngan jemputan ke event-event yang menarik sudah memberikan kepuasan yang mendalam. Oh ye, aku memohon maaf kepada beberapa individu yang mengofferkan buffet berbuka puasa sepanjang ramadan ini tetapi terpaksa aku tolak atas sebab-sebab tertentu terutamanya kepada blogger Cik Lily(nak ke hotel royale tu memang aku tak sempat) & Hazman(pagi pagi buta dah sanggup call aku)_, manager kompeni aku(jauh sangat tempat berbukanya, kertih tu!) dan juga beberapa individu lain. Dengan pesanan, tahun depan jangan serik nak invite aku lagi!

Akhirulkata, Selamat menyambut Aidilfitri esok hari! Malam ni tidur awal, lepas subuh boleh ke kubur menziarahi sanak saudara yang sudah tiada, then ke masjid untuk solat aidilfitri!

Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Rezeki Terakhir Ramadan 1432h

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *