March 29, 2024

Ayam Bakar Tanpa Kepala|21 Ramadan 1432h

Apa nak pelik kan, normal la kalau juadah berbuka ayam tanpa kepala. Yang tak normalnya, juadah ayam bakar berkepala! Iyakkss..kalau ye pon lapar, carilah ayam yang dimasak setelah dibuang kepalanya.iskh.iskh..iskh..

Kisah Ahad lepas, selepas 21 hari berbuka puasa. Biasanya kalau di hujung minggu, hanya berbuka puasa di rumah famili atau rumah sendiri. Paling idak pon, tapow kat bazar ramadan, tak kuasa nak reserve seat seawal pagi, then dok berimaginasi banyak mana nak melantak buffet masa berbuka, membawa ke azan asar. Kang tak pasal-pasal benda yang takde pekdah aku buat & leh kurang persen pahala puasa aku di hari minggu.Tapi hujung minggu ni lain sikit, elok je masuk azan zohor lepas melodi, tetiba rasa nak melantak buffet kat mana-mana restoran kat One Utama.

Korang rasa bila jam 4 petang baru sampai One Utama, rasa-rasa ada lagi tak seat kosong kat Seoul Garden mahupun Shogun?Jangan haraplah..memang putus harapan le. Nasib baik iman&nafsu aku masih dapat dikawal, kalau idak, ada yang azan Asar dah masuk waktu berbuka nih..

S.A.B.A.R di bulan ramadan, banyak hikmahnya kan. Elok je nak frust sambil nangis-nangis, dapat sms..” ..aunty Nani ajak berbuka puasa kat umah dia. Ada nasi kerabu, ayam bakar, kambing golek, mi sup, puding caramel, bla.bla..” pehhh…aku kira-kira, ada lebih kurang 150 jenis juadah kot kalau total juadah tu aku darab ngan 50. kahkahkah..

Tapi antara 150 jenis juadah yang terhidang, aku tertarik ngan sekor ayam yang dipanggang ala-ala anak  ayam turki nih. Dua tiga kali gak aku dok tenung, intai-intai, dok bayang-bayang…………..

fuhh…..seksi gak kan ayam panggang nih??..

astagfirullah…

* Terima kasih kepada Aunty Nani & Uncle Azmi yang menjemput aku & cik Nunu berbuka pada hari tu. Diorang ni best friend kepada Makchek(makcik aku) aku dan juga seperti uncle&aunty kepada kami juga! Bagi aku, zaman skang nih, susah nak mencari satu friendship seperti yang diorang ada nih..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Ayam Bakar Tanpa Kepala|21 Ramadan 1432h

Leave a Reply to adamfaiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *