December 9, 2024

Selamat Berpuasa || Happy PreShopping @KL

Selepas beberapa lama aku tak masuk KL, eh maksud aku betul-betul pusat KL, area Dataran Merdeka, Jalan Sultan Ismail, Jalan TAR, Masjid India dll, semalam aku redah dengan jayanya.

Tak sangka semalam KL terlalu banyak berubah. Biasa kalo nak pergi SOGO dari rumah aku, dalam setengah jam dah boleh sampai kalo lalu Tol Duta, tapi semalam, dekat-dekat dua jam baru leh sampai. Ok, maybe aku bayar duit tol tak cukup..:-p

 

Rasanya dari simpang ni ke Kampung Baru, biasa leh amik masa 5minit je, tapi semalam mahu kat ngan 30minit baru leh sampai. Ok, maybe aku baik sangat kasi bas-bas tu cilok masuk lane aku.dem..

 

Sangat suka ngan suasana seperti esok adalah hari raya. Yey!

 

Esok 1 Syawal ke 1 Ramadan ek??

 

Selamat meneruskan pencarian persediaan menempuh hari kemenangan, walaupun esok adalah hari pertama untuk berjuang!

Selamat Berpuasa semua sahabat-sahabat seIslam ku!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Selamat Berpuasa || Happy PreShopping @KL

  1. kebetulan ari weekend b4 ramadn n semua da dpt gji kot.. xpe2.. nnti kite half day utk shopping plk.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *