March 29, 2024

9 Status Update Fesbuk Bulan Puasa

Dah setel 5 Ramadan ni. Maknanya aku dan korang dah selamat berpuasa selama 5 hari. Kalau tak cukup, memang ko tak selamat la tu.

Selama 5 hari ni gak, dari jam 6.30petang hingga 7.20petang, macam-macam status fesbuk yang dapat aku baca. Kat sini aku senaraikan 9 status fesbuk yang glamer untuk panduan & pedoman korang.

Status dia 1 : ” uwaa..lagi sejam nak berbuka, lambatnya…”

Aku komen : ” dah tu, pegi le makan skang, apa tunggu lagi…”

Status dia 2 : ” Nak berbuka dengan apa ye? ”

Aku komen : ” Dengan tapak kasut masak tiga rasa mau..?”

Status dia 3 : ” Uolss masak apa petang nih? ”

Aku komen : ” Masak megi kari masak lemak & naget celup tepung ”

Status dia 4 : ” Yey, hari ni dapat berbuka dengan pakwe baru!!! ”

Aku komen : ” Eh eh, mamat tu pakwe ofismate aku..sama lak kan..”

Status dia 5 : ” Menu berbuka aku – nasi tomato, ayam percik, murtabak daging, roti john bla bla bla..”

Aku komen : ” kompom separuh ke dalam tong sampah…”

Status dia 6 : ” Hari ni berbuka di Masjid Darul Salam….alhamdulillah ”

Aku komen : ” Solat Jumaat susah giler nak nampak batang hidung lu kat masjid der…. ”

Status dia 7 : ” Mintak ayam goreng, dapat ayam percik 3 rasa, rezeki ramadhan…”

Aku komen : ” ..lu mintak selipar jepun, mesti dapat kasut Nike ”

Status dia 8 : ” Tiba-tiba rindu masakan mak.. ”

Aku komen : ” Dah tu apsal ko dah tak balik 2 tahun?? ”

Status dia 9 : ” Abang jual air cendol kat bazar teww sangat cuteeeeeee..”

Aku komen : ” Abang itewwww adalah GAY….”

9 cukuplah..lain-lain tu korang leh ushar sendiri kat fesbuk memasing.Takkan sumer nak kena aku suap kan..

Aku nak gi pukul budak main mercun bola jap. Baru pose ke-5 dah memekak. Cilakak!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “9 Status Update Fesbuk Bulan Puasa

  1. ganas…ganas..jgn dipukul bebudak tu…diaorg nak enjoy..cam kite kecik2 dulu..hehe..
    cuba diajar cara main yg betul dan selamat..moga2 mereka selamat…kan..

Leave a Reply to jamarbahar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *