September 22, 2020

Doa untuk Lisa Surihani

Umi aku selalu pesan dari kecik lagi, lepas solat yang lima waktu tu, amik masa, berdoa panjang-panjang sikit. Kalo boleh lepas solat sunat ke, tahajud ke, solat duha ke, amik masa seminit dua, berdoa kasi kusyuk kaw-kaw. Jangan nak cepat-cepat bangun.
Umi aku pesan, first doa semoga dipanjang usia, dimasukkan iman dalam dada hingga akhir hayat, doa untuk kesejahteraan ibu bapa&famili, doa untuk kesejahteraan cikgu-cikgu, untuk kesenangan pelajaran & karier. Kalo nak tambah lagi, tambah je, Dia Maha Mendengar. Umi aku cakap, kalo menten berdoa tetiap hari, mesti akan dimakbulkannya..
Aku taknak jadi anak derhaka. Tak bau syurga nanti. Nanti takleh jumpa awek-awek kat syurga. Rugi..
Pas solat, cincai-cincai pon, aku akan berdoa gak untuk diri sendiri, umi ayah & famili aku, untuk cikgu-cikgu terutama cikgu pompuan yang belum kawen, untuk kawan-kawan & awek-awek fesbuk, untuk karier aku, dan untuk benda-benda lain yang aku rasakan perlu. Kalo aku total sumer ni, kurang-kurang 2 minit 30 saat gak masa yang aku perlukan setiap kali berdoa.
Tapi sejak aku layan ‘I’m Not Single’ kat GSC One Utama pada tahun 2008, sejak hari tu, duration doa aku menjadi 4 minit 15 saat. Terus sabar menanti & berdoa walaupun aku tak pasti termakbul ke idak nanti..
Kan aku dah cakap, Dia Maha Mendengar. Dari 2008 sampai la ke tahun ni,tahun 2011, tak jemu-jemu berdoa, pas solat wajib la, pas solat sunat la, doa antara dua khutbah la, solat tahajud takyah cakap la, kadang-kadang masa kenduri arwah atok aku pon, aku selitkan doa yang sama gak…
Lama tu woo, dari 2008 sampai 2011 doa yang sama je tu..aku ingat, kalo aku tak sabar, dah lama aku update doa aku tu kot. Nasib baik Tuhan bagi aku tahap kesabaran yang tinggi.
Mesti korang cakap, sabar sunggoh mamat ni kan. Alah, biasa la tu..bukan korang je yang cakap gitu, Lisa Surihani pon cakap gitu gak tadi, masa kami borak-borak, lepak-lepak, minum-minum, makan-makan pas menonton wayang………..

Dia tak tao dalam doa aku tu sebenarnya dia.

Pasni kena update doa baru dah…alhamdulillah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Doa untuk Lisa Surihani

  1. Pingback: SMS dari Lisa, Diana Amir, Neelofa etc | 5 Syawal 1432h |
  2. Pingback: GAMBAR SEKITAR PRATONTON TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK |
  3. oke fine dni jeles. uwaaaaaaaaaaa nak gambo ngan LS gak!

    p/s: dni tak ado BE ma… sedih.. namo cakap pasal BE. nuff anaktirikan dni sobss :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *