September 20, 2020

Burp @ Muara Ikan Bakar, Port Klang

Hari minggu adalah hari yang paling banyak aku baca bismillah dan doa sebelum&sesudah makan. Tu belum kira lagi kesan bunyi burpp! dan side2effect lain..maaf kepada sesiapa yang terbunyi dan terbau..

Pagi penggemar menu ikan bakar, aku rekemenkan gi pelahap kat Muara Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Harapan, Port Klang. Terus terang, bagi aku, susah nak cari port ikan bakar terbaik di KL. Takyah la ko bagitau Sekin*** ke, Pak M** Ikan Bakar, sumer port-port ni bagi aku tahap adik-adik je, tak kena ngan selera anak tekak besut aku nih. Alhamdulillah, hidangan kali ni bagi aku better daripada tempat-tempat lain tu, tapi still takleh lawan Zul Ikan Bakar…kihkihkih
Tisu basah untuk lap air liur yang meleleh pas tengok apa yang aku telan semalam.. 
Segar dari laut. Pilih je mana yang berkenan di hati. Pastu bagi kat brader blakang tu, timbang, dan bagitau je dia ikan,udang,sotong&ketam korang tu nak masak stail apa. Bakar, masak stim, 3rasa, masak pedas, celup tepung..bagitau ajer..pandai-pandai lah diorang masak macam mana.
Sotong celup tepung. Anak-anak sotong je yang ada, tapi still ok. Sotong masih bergetah. Ni kira cam snack sebelum dinner. Ngap satu persatu, sedar sedar dah nak habes. Rangup wo..

Ketam masak pedas. Yang ni aku takleh cakap pe. Nak kata pedas sangat, tak gak, light-light pedas gitu. Ketam lak segar-segar dari laut lak tu. Isi dia sangat manis woo. Dok nyot-nyot isap dianyer sepit tu, sangat heaven okkey. 5 kilo leh abis kalo stended gini.

Udang masak tiga rasa. Saiz besar-besar ibu jari aku, bukan ibu jari baby tak cukup umur. Tak sempat nak kira, cukup ke tak tang tiga rasa tu, kopek-kopek kulit, terus telan gitu je. Manis, masin, masam sumer cukup. Lupa lak aku nak kira baper ekor yang pelahap semalam, takut over daripada orang lain je. Kalo over, ampun ya uncle, aunty..kang tak pasal-pasal nanti kan.
ha, yang ni menu utama. Siakap masak stim. Tengok kepala, dah leh meleleh air liur kan. Tu tak jilat lagi kepala tu. Ni baru betul-betul masak stim. Isi ikan tu segar & manis sangat okkey. Kepala ikan tu, aku ngap sekali shot ajer. Yang ni petua rahsia awek muda kalo makan siakap masak stim.
Tenkiu pada mereka ini yang sudi menjemput aku join makan malam semalam. Kenyang saya. Saya ek tetiba. kihkih..Katanya makan malam harijadi Cik Nunu. uiks..tetiap minggu ada makan malam hari jadi ek? weekend depan masih bulan Mei lagi kan????
Suasana meriah di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan. Masa ni baru lepas hujan. Restoran ni betul-betul kat tepi laut. Nyaman ko sebab masa tu baru pas ujan. Sambil-sambil menjamu selera tu, leh layan feeling ngadap pemandangan laut. Tapi kelam je la. Tak nampak pape kecuali lampu-lampu kapal yang berlabuh di pelabuhan. Tempat strategi, suasana terbaik, so kalo sesapa yang nak wat sambutan or event makan-makan kat sini, memang sangat-sangat aku cadangkan..
Ketam pedas, sotong celup tepung, udang 3rasa, ikan siakap sedap sekali, 
ada makan-makan, jemputlah saya lagi..
weeee…~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Burp @ Muara Ikan Bakar, Port Klang

  1. ceh..gila meliur mak tgk mknan seafood tu semua!

    AGak2 mak terjah ke sana kang, mak roger ko soh lanje yek! Ekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *