December 14, 2024

KOPI VIETNAM..mencabar Tongkat Ali Cafe

Bagi penggemar tegar kopi, tak kiralah kopi O ke, kopi ais, kopi susu air ke, aku cadangkan ‘Jom Pekena Kopi Viet’..ada macam-macam versi, kopi semata-mata kopi, kopi hitam letak gula sikit ke, kopi susu ke, tapi yang penting, kopi nyer rasa tu. “Kick dan kaw kooo”..ngalahkan marijuana…kahkahkah…
Singgah je kat memana coffea house kat bekas negara jajahan komunis nih, pastikan ko order kopi dia. Cara hidangan pon unik gak, kalo kat Malaysia, bila mintak kopi panas, dibaginya cawan&piring, di bawahnya susu pekat, atas kopi panas, then sudu kecik untuk ko kacau, kasi sebati kopi&susu.

Kat Vietnam lak, diorang kasi gelas kecik dan susu. Then kasi cam cawan besi yang di bawahnya ada lubang-lubang. Tujuannya nak tapis kopi dan serbuk kopi tu. Kopi pekat tu akan menitik satu demi satu sampai kering. so, jangan mimpi le, kalo ko order cam ” Abe, kopi o pekat se!!“, dapat kopi terus dapat hirup ye..Kena sabar dan tekun menunggu hingga titisan terakhir ye.. Kopi ais??? sama je sistem dia. Kena tunggu hingga titisan terakhir dan tuang dalam gelas yang ada ais ketul..baru la kaw ko…

Dalam teko putih tu, ada tea Vietnam. Katanya, sebagai keseimbangan untuk anak tekak, ye la, dah minumnya air kopi yang manis tu, then cuci la segala rongga ngan tea lak kan. Baru clean&clear. Alah, cam pas minum air manis, kita minum air kosong. Gitu la sama konsepnya..
Air yang kaler kuning tu le, tea Vietnam..bukan air kencing syaitonn..Ni kat kedai apa nama ntah, susoh benor nak nyebutnya. Bagi diorang, kalo bekpes kat coffea house di hujung minggu, bekpesnya kopi semata-mata, takde menda lain dah, no croissant, no roti canai..demm..dah le masa ni aku nak kena gerak ke airport. Tak sempat bekeps lak tu. Sebelum sampai kat airport tu, kena lak nek feri selama 2jam…demmittt….
**kadangkala, bila kita menerjah kat tempat orang ni, macam-macam benda baru yang boleh kita study. Tak semestinya apa yang kita ada sekarang ni dah cukup baik. Dan tak semestnya tongkat ali tu lagi power dari tongkat-tongkat lain..kahkahkah..Realitinya, banyak lagi benda yang kita langsung tak tahu dan perlu kita tahu…
eh, paham tak apa aku cuba nak bagi korang paham nih????

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “KOPI VIETNAM..mencabar Tongkat Ali Cafe

  1. i love coffee… unik cara penyediaan kopi vietnam ni kan…

    hmm.. terlanjur singgah ni, jom sertai kami di gerila penulisan kreatif… di facebook… harap sudi lah ye… tulisan yang menarik dengan pelbagai input elok kalau diketengahkan.. jom.. saya menjemput ni…

  2. salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *