March 28, 2024

Tip Motivasi dalam Kerjaya & Perniagaan

Tip-tip yang aku dapat ni, memang sesuai dan kena ngan timing di awal tahun ni. At least, leh refreshkan balik semangat yang pernah ada semasa mula-mula berkarier atau berbisnes.
Tip Motivasi dalam Kerjaya & Perniagaan
1. Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah. contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!
2. Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!

3. Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!

4. Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak

5. Kurangkan stress. stress merupakan punca kepada banyak penyakit! SITUASI tidak mengakibatkan stress- contoh, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada orang yang rilex je… apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. banyak2 bersabar- bersabar kan separuh dari iman 😉

credit: irfankhairi.com

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Tip Motivasi dalam Kerjaya & Perniagaan

  1. mgkn ada org gelak dgn idea kita jugak.. tp jgn putus asa.. benda tu boleh jd kenyataan.. cume kita kena merealisasikan

  2. saya sgt suka apa awk tulis..serius respect..haha…nak copy awat tulis simpan dlm pc i la..thanks !!!! really inspiring.

  3. betul!
    dan tidak boleh cepat mengalah… mula2 memang susah nak naik tapi lama2 InsyaAllah sebab berniaga ni ada pasang surutnya. kadang duk atas kadang duk bawah… kena gandakan usaha… tak leh banyak berangan dah steady 🙂 <— pengalaman sendiri hehe. chaiyok!

Leave a Reply to Lagenda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *