WORK WITH JMR.

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia,

offshore-1

JMR is available for Freelance work and is experienced in the areas of:

  • Content Writer
  • Brand Awareness
  • Service/Product Review
  • Event Photography
  • Unit Trust Investment

Contact: mjdetroit83@gmail.com

—————————————————————————————————————————————————————

Dikenali sebagai JMR di alam maya, dan lebih mesra dipanggil Jamar di alam nyata. Anak kelahiran Besut, Terengganu dan sekarang menetap di Selangor. Anak pertama daripada 4 orang adik-beradik.

Alhamdulillah, telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang putera yang cute dan kacak.

Pada awal penglibatan, aku berblog sekadar hobi di masa lapang. Sekadar bercerita tentang kisah-kisah yang berlaku di sekeliling aku. Pendek kata sebgaai ‘online diary’, setidak-tidaknya aku boleh baca balik kenangan yang sudah dilalui.

Aku memang minat menulis sejak kecil. Siapa kata, menulis diari hanya untuk perempuan? Koleksi diari aku sejak darjah satu membawa ke usia remaja masih ada tersimpan rapi di rumah di kampung. Kini, blog sebagai ‘diary online’ aku dalam bentuk yang lebih interaktif dengan kisah perjalanan hidup aku yang lebih pelbagai.

Karier sepenuh masa adalah sebagai Jurutera Projek dalam industri minyak & gas. Kadang aku juga bercerita tentang perjalanan hidup aku sebagai seorang jurutera yang makan gaji. Kadang di darat, kadang di laut, itu salah satu keunikan hidup aku. Mungkin lepas ini, aku akan bercerita tentang kehidupan aku sebagai seorang usahawan sepenuh masa, siapa tahu bukan?

Alhamdulillah blog JMR:Travelog Kehidupan kini menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan aku selain dijadikan platform berkongsi ilmu dan cerita-cerita menarik yang berlaku di keliling aku.

Mula berkecimpung dalam arena blogsphere sejak tahun 2009 di platform Blogger dan mula mengorak langkah ke ‘self-hosted’ platform sejak tahun 2010 di jmr23.com.

Kepada yang berminat bekerjasama  untuk pengiklanan secara online atau review produk/makanan/hotel, boleh terus email aku di mjdetroit83@gmail.com. untuk perbincangan yang lebih lanjut.

InsyaAllah semoga bermanfaat untuk kita semua.

Aku juga boleh dihubungi di:

Updated: 24 Jun 2016. 9.00pagi.

3 Comment

  1. seo service JMR buat tak?
    raihanah recently posted…Turun 18kg Dalam Tempoh 67 HariMy Profile

  2. Satu kapallah kite….saya dungun dan lening duk di Ipoh
    Afzai Afandi recently posted…Jadi Usahawan Baju Kurung Berjaya Walaupun Tak Tahu MenjahitMy Profile

    1. laa satu kapallah kita..pasni boleh wat grup blogger ganung ni.
      JMR recently posted…Marah anak, pujuk anak.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam