Mimpi atau Realiti

7 Mei 2012 || 0000hrs

*tepuk tepuk pipi..

ahh!! Penat akibat kerja luar di Singapura selama 4 hari lepas masih terasa..

*gosok-gosok mata..

Terasa seperti mimpi, walhal ianya adalah realiti..

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perjalanan ini, jua perjuangan ini.

Post to Twitter

Mencintai Tak Semestinya Memiliki

Mencintai tak semestinya memiliki? Ops..ini bukan tajuk novel yang terbaru mahupun drama Melayu petang-petang tu. Tapi ni frasa yang aku dengar daripada seorang bekas kekasih kepada bekas kekasih. Eh banyak lak ngan bekasnya kan..apa pendapat korang berdasarkan ayat nih?

…….tettt!….

Katanya..

Apa guna ko minat pada something/someone tapi sekadar minat ajer. Minat/Cinta itu seharusnya sebagai pemangkin untuk ko berusaha memiliki, bukan sekadar pasrah dan bila terlepas, mulalah bermadah helah, mencintai tak semestinya memiliki..itu kata seorang looser kalau ikutkan zaman skang nih.

Kata pakcik aku yang memang orang lama..

‘mencintai sepatutnya memastikan ko memilikinya…dan membenci tidak bermakna ko akan terus membenci…’..kalau terlepas, katakan sahaja bukan jodoh, bukan rezeki..bukannya tak semestinya memiliki..ahh komplikated la plak.

Kata aku..

Mencintai Tak Semestinya Memiliki bermaksud pastikan saiz selipar berpadanan dengan saiz kaki..dan maksud ini tiada kaitan dengan paparan di atas.Sila jangan percaya..

Sekadar mengisi masa lapang sementara menyetelkan kerja untuk hari ni dan menunggu masa penerbangan ke Malaysia pada malam nih.Sekian repekan untuk hari ini..Zzzzz..

JMR||Senoko-hitachi Power Station, Singapore.

Post to Twitter

ahh…

Niat untuk maintain update blog hari-hari masih tidak kesampaian akibat kekangan masa&komitmen kije.

ahh..tak sabar nak balik Malaysia hari Sabtu nih. Harap-harap semua kerja kat sini dapat setel on time..:-)

*tadah tangan seraya berdoa….~

Post to Twitter

VOTE untuk Blogger Giler Makan!

Ko pernah makan oblong 3 bijik sorang-sorang?

Ko pernah makan satay 30 cucuk sorang-sorang?

Ko pernah makan murtabak 10 bijik sorang-sorang?

Kalau tak pernah, ko boleh hayati pengalaman brader yang giler makan. Hari-hari update mesti ada pasal makan. Makan lak bukan calang-calang kuantiti..kihkih.. Jom terjah FOOD BLOGGER ini @ hazmanfadzil.com !

Dah go thru blog brader kaki makan ni kan?

Aku pasti, mesti ramai yang cakap, “Biar betul mamat ni!“…

dah agak dah..~ kihkih..

Jadi, dengan skill makan dan mempunyai tank bersaiz besar, selayaknya dia tercalon dalam kategori FAVE MAKAN-MAKAN EXPERT.

*clap clap clap~

Dan..untuk memastikan brader ni mampu menjulang award ni, mehlah kita sama-sama VOTE untuk dia!

Camner nak VOTE?

Senang ajo..klik ke link ni >> VOTE HAZMANFADZIL.COM.

Kendian, tekan VOTE selepas login Facebook atau Twitter.

Hari-hari boleh VOTE..

VOTE SAMPAI LEBAM OKKEY!

** kalau dah vote untuk dia, meh le link ni lak >> VOTE JMR23.COM..tapi dalam kategori Tourism Travel Blog okkey..:-)

Post to Twitter

The Avengers

Untuk intro, tenkiu Bro Fazrol sebab share Premiere Screening pass ngan aku..kihkih..tanpa banyak bunyi, aku rekemenkan readers menonton filem terbaru Marvel Studios yang dibintangi superhero-superhero alaf baru!

Thor dan tukul tetap dengan watak machonya. Angkara adiknya si Loki, dia menyertai The Avengers untuk menyelamatkan dunia. Dan si tua, Captain America yang masih bernyawa walaupun tertanam di dalam ais selama lebih 70tahun, tetap series dalam pertarungan menggunakan perisai kebalnya.

The Hulk dan seluar koyak-koyaknya memang perkasa dari dulu lagi. Jelmaan Dr Banner dalam The Avengers kali ini pada mulanya adalah sekutu Loki. Setelah Dr Banner berjaya mengawal kuasa si badangnya, The Hulk menjadi salah satu member dalam The Avengers. Paling menyentuh hati, saat dan ketika The Hulk menyambut Ironman yang tidak sedarkan diri dan jatuh dari langit.

Tony Stark a.k.a Ironman a.k.a watak feveret aku! Sikap degil, keras kepala tapi bijak menangani masalah si Tony Stark ni memang tidak pernah berubah sejak 1st Ironman. Even degil, tapi ada masanya watak Tony Stark ni memang boleh buat penonton gelak terbahak-bahak dengan lawak selambanya.

The Avengers mengisahkan sekumpulan superhero yang berusaha menghalangnya Loki daripada menyalahgunakan Tesseract yang dicuri daripada organisasi S.H.I.E.L.D. Gabungan 4 superhero yang pada asalnya merupakan watak utama daripada 4 filem yang berbeza bukan sahaja berjaya menyentuh hati aku dengan semangat setiapasukan, tapi berjaya gak mencuit hati dengan lawak-lawak bodoh di sebalik kemachoan setiap watak ini.

Betul…lawak diorang ni mampu memecahkan panggung dengan gelak kaw-kaw dari penonton. Tak caya, gi la menonton der!;-)

Kepada peminat The Hulk, Ironman, Captain America dan Thor, cepat-cepat book tiket untuk esok. Memang berbaloi RM11++ untuk tayangan selama lebih kurang 2jam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post to Twitter