March 19, 2024

Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Pembeli Rumah Pertama

Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Pembeli Rumah Pertama

beli rumah pertama

Daripada kos pemeteraian ke bayaran pendahuluan hinggalah ke penilaian rumah, ada banyak perkara yang mengelirukan tentang proses membeli rumah, terutamanya bila melibatkan soal kewangan. Pastikan anda tidak menghabiskan simpanan anda selepas membeli rumah pertama anda. Didik diri anda, elakkan kesilapan lazim yang dilakukan para pembeli lain dan jimat banyak wang.

Kesalahan Kewangan
  • Memilih Pinjaman Berisiko Tinggi

Anda perlu berbincang dengan broker gadai janji atau pegawai pinjaman untuk kenal pasti produk pinjaman yang berbeza dan gadai janji terbaik yang sesuai untuk situasi anda.  Pastikan anda selidik terlebih dahulu tentang pelbagai produk pinjaman untuk meningkatkan peluang anda memilih pinjaman yang terbaik dan tidak mengosongkan dompet anda. Tentukan antara  tempoh pinjaman 15 atau 30 tahun yang mana baik untuk anda atau patutkah anda memilih kadar gadai janji boleh laras demi menurunkan faedah anda.

  • Melebihi Belanja Untuk Sebuah Rumah

Peminjam biasanya menentukan kemampuan anda berdasarkan laporan kredit dan dokumentasi cukai anda. Bagaimanapun, peminjam biasanya meluluskan pinjaman yang berada di luar kemampuan pemohon kerana mereka tidak tahu situasi kewangan sebenar pemohon,  Anda tidak perlu terima sahaja gadai janji yang tinggi, sebaliknya buatlah penyelidikan dan tentukan apa kemampuan anda. Dan patuhi julat harga anda walau apa pun yang terjadi. Terlebih belanja untuk sebuah rumah lambat laun akan menjerat diri anda. Rumah yang besar bukan sahaja bermakna membayar gadai janji bulanan yang lebih, itulah apa yang dilaporkan di Investopedia. Ia juga bermaksud anda perlu belanja lebih untuk utiliti, yang biasanya dibayar menggunakan pendapatan anda dan menghalang anda daripada menabung.

  • Tidak Melakukan Pemeriksaan Rumah

Walaupun kebiasaannya pemeriksaan rumah tidak perlu semasa anda membeli rumah, adalah penting untuk anda membuat pemeriksaan rumah dan pastikan sama ada struktur rumah itu betul-betul kukuh dan selamat, seperti yang dibincangkan di CNBC. Mengabaikan pemeriksaan boleh bererti anda mengabaikan kemungkinan kerosakan besar di pendawaian elektrik anda, pembetungan, bumbung atau asas binaan rumah. Seorang pemeriksa boleh mengenal pasti masalah di atas sebelum pemeteraian dan anda boleh berbincang dengan penjual sama ada untuk menurunkan harga atau membaiki masalah yang anda. Jika anda tidak melakukan pemeriksaan, anda akan bertanggungjawab terhadap apa saja kerosakan selepas memeterai perjanjian untuk rumah anda.

  • Gagal Memilih Penyedia Gadai Janji

Anda boleh berjimat untuk rumah pertama anda jika anda bincang dengan beberapa peminjam. Disebabkan kadar faedah dan harga pemeteraian yang berlainan antara bank-bank yang ada, anda perlu dapatkan sebut harga yang berlaianan demi mencari kadar dan kos gadai janji yang terbaik dan termurah.  Anda juga perlu memohon sebut harga tanpa tanggungan daripada sekurang-kurangnya tiga peminjam dan bank yang berlainan. Kemudian bandingkan sebut harga untuk membuat pilihan terbaik. Jangan tengok pada kadar gadai janji sahaja , sebaliknya teliti sekali kos pemeteraian, bayaran pendahuluan, insurans gadai janji peribadi, dan sebarang penalti pra-pembayaran .

Kesalahan Semasa Mencari Rumah
  • Gagal Untuk Meninjau Rumah Beberapa Kali

 Jika anda terus terjumpa rumah idaman anda, maka tidak apa. Tapi pastikan anda tinjau keadaan rumah tersebut  sekurang kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat tawaran. Penjual mungkin cuba mempercepatkan proses atau menggesa anda untuk membuat keputusan. Adalah penting untuk anda berada dalam keadaan pasti dan yakin semasa menandatangani  dokumen pemeteraian. Selepas meninjau keadaan rumah impian anda, pulang dulu ke rumah anda, fikirkan masak-masak dan kembali semula ke rumah itu beberapa hari kemudian. Pastikan anda tinjau keadaan kejiranan sekeliling dan tentukan sama ada kawasan itu bagus untuk anda dan keluarga anda. Fikirlah masak-masak terutama perancangan dengan rumah tersebut pada masa depan. Kot kot rumah tersebut berpotensi menjadi homestay terbaik di Malaysia.

  • Mengehadkan Pencarian Kepada Satu Kejiranan Sahaja

Kebanyakan pembeli mengehadkan pencarian rumah mereka kepada satu kejiranan atau kawasan sahaja. Akan tetapi, adalah lebih berbaloi jika anda tinjau kejiranan lain. Anda mungkin akan terjumpa sebuah rumah yang lebih baik di kejiranan yang berdekatan atau rumah di kejiranan lain itu mungkin mempunyai persekitaran pendidikan yang lebih bermutu. Buka minda anda semasa mencari rumah dan buka carian anda kepada beberapa kejiranan. Gunakan laman penyenaraian hartanah seperti PropertyGuru Malaysia dalam seksyen “House for sale Malaysia“.

  • Gagal Bekerjasama Dengan Ejen Hartanah

Untuk membeli rumah, anda tidak wajib untuk mendapatkan khidmat ejen hartanah. Bagaimanapun, berurusan dengan ejen pembeli mungkin lebih bermanfaat atas beberapa sebab. Ejen penjual biasanya mempunyai matlamat untuk mendapatkan penjualan terbaik untuk dirinya dan juga pelanggannya dan biasanya mereka tidak memikirkan apa yang terbaik untuk anda. Disebabkan itulah, penting untuk anda bekerja bersama ejen anda untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Ejen pembeli boleh membantu anda berbincang mengenai tawaran harga anda, tawaran balas dan membantu proses pemeteraian anda.

Membeli rumah memang memenatkan, tetapi anda boleh elak dari melakukan kesilapan yang biasa dilakukan pembeli rumah pertama!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Pembeli Rumah Pertama

  1. Dulu memang beli rumah tak tahu apa kebenda pun. Tapi, alhamdulillah rumah yang beli tu takder masalah.

    Bagus nasihat ni untuk anak muda yang baru nak beli rumah, buat peringatan sebelum membuat keputusan

  2. I beli rumah impian dengan harga yg berpatutan dan I mampu biayai. Tetapi lepas tinggal dalam rumah baru tau jiran yang duduk di atas selalu buat bising. Lewat malam dan awal pagi byk bunyi yang dikeluarkan. Mcm x payah tidur. Sgt sakit hati dengan perkara ini walaupun dpt beli rumah yg I suka.

  3. Tips I adalah jika anda merancang untuk membeli rumah, pilihlah lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja anda dengan kemudahan akses pengangkutan dan komunikasi infrastruktur. Ini boleh jimatkan banyak masa dan tenaga anda.

  4. Saya juga masih belum mempunyai rumah sendiri. Sedang dalam proses mencari. Banyak juga perkara penting yang perlu diberikan perhatian. Saya setuju macam admin kata, memilih rumah memang memenatkan, tetapi ianya lebih baik dari berhadapan dengan masalah dikemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *