Sekiranya Tiada Harga Petrol Naik, Apa Boleh Buat Dengan 15sen untuk Setiap Liter Petrol Ron 95?

Sekiranya Tiada Harga Petrol Naik, Apa Boleh Buat Dengan 15sen untuk Setiap Liter Petrol Ron 95?

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman kenaikan harga petrol sebanyak 15 sen untuk semua bermula 1 November 2016. Ini bermakna, mulai hari ini;

  • Ron 95 akan menjadi RM1.95/liter (sebelum RM1.80/liter)
  • Ron 97 akan menjadi RM2.15/liter (sebelum RM2.00/liter)
  • Diesel akan menjadi RM1.75/liter (sebelum RM1.60/liter)

Di Media Sosial, ramai rakyat meluahkan rasa tidak puas hati. Tidak puas disebabkan mereka telah mendapat info terkini yang minyak mentah dunia turun harga, tetapi harga petrol di Malaysia meningkat naik. Ada yang memaki hamun kerajaan, ada yang mencela syarikat pengeluar minyak dan tidak kurang juga marah tanpa sebab..

Rakyat sebab rasa dianiaya.

Aku terasa nak buat kira-kira kesan langsung selepas kenaikan harga petrol. Kesan tidak langsung tu memang tidak dinafikan akan berlaku.

Beza Hidup Selepas Kenaikan 15 sen Harga Petrol.

Sebelum 1 Nov, harga petrol RON95 yang biasa aku guna ialah RM1.80/liter.

Setiap kali isi petrol, aku akan setkan untuk RM50 = 27.77 liter.

Penggunaan aku setiap bulan lebih kurang 10 kali pengisian iaitu RM500 = 277.7 liter.

Selepas 1 Nov, harga petrol RON95 menjadi RM1.95/liter.

Jadi, setiap kali isi petrol, aku tetap akan setkan untuk RM50 = 25.64 liter.

Jadi, penggunaan aku setiap bulan tetap lebih kurang 10 kali pengisian iaitu RM500 = 256.4 liter.

Ada perbezaan pengurangan sebanyak 21.3 liter.

21.3 liter x rm1.95 = RM41.53.

Jadi, sejumlah RM41.53 terpaksa aku korbankan untuk jumlah penggunaan petrol bulanan seperti bulan sebelumnya.

Dengan jumlah ini, aku boleh membeli 2 pek sus tepung Dugro 4 yang berharga RM20.90/pek X 2 = RM 41.80. Dengan 2 pek ni, sebagai bekalan sumber kalsium untuk abang Dayyan selama 2 minggu.

Aku terfikir, dengan situasi dan pendapatan aku sebegini pun aku boleh terlinta untuk satu analisa kesan secara langsung daripada isu ini, apa lagi mereka yang lebih kurang berkemampuan daripada aku?

Pasti lebih terkesan dengan kenaikan harga petrol sekarang ni.

Nota: Sedia maklum, kesan kenaikan petrol akan menyebabkan harga keperluan lain juga akan meningkat.

Pilihan Yang Ada Untuk Menghadapai Kesan Kenaikan Harga Petrol

Aku mempunyai beberapa pilihan dalam menghadapi kesan harga petrol naik ini.

1.Salahkan Pihak Berwajib Setiap Hari.

Ya, tidak dinafikan, semasa mengetahui tentang kenaikan harga petrol, hati jadi sakit. Sakit bukan disebabkan tertekan dengan kenaikan sebanyak 15sen/liter itu, tetapi kesan secara tidak langsung. Harga barangan keperluan akan naik. Itu pasti. Tetapi apa kesan positif yang aku akan dapat jika hari-hari aku update Fesbuk dok salahkan pihak lain, hari-hari aku makin hamun tanpa berusaha menghadapai kenyataan hari ini?

2.Menyusun Kembali Perbelanjaan Sara Hidup.

Ya, mungkin bulan sebelum ini, aku membeli ayam mentah seekor seminggu. Bulan ini, aku sekadar membeli setengah ekor ayam untuk bekalan seminggu. Mungkin berkesan sekiranya aku hidup seorang diri di rumah tanpa isteri, tanpa anak-anak. Tetapi agak kejam untuk aku menyekat bekalan makanan untuk ahli keluarga aku yang lain. Berjimat boleh, asalkan berpada-pada. Makan kot…takkan nak berkira sangat.

3.Tambah Pendapatan & Hidup Seperti Biasa

Jarang aku ketemu rakan-rakan aku yang menginap di bandar besar hanya melakukan satu kerja. Itu lumrah. Itu realiti. Itu bukan bermakna pendapatan daripada perkerjaan pertama mereka tidak mencukupi. Aku salute mereka. Sebab mereka sanggup ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemuadian’. Ada doktor yang melakukan #2kerja, Ada pegawai kerjaan yang melakukan #2kerja, ada jurutera yang melakukan #2kerja. Mereka hanya melakukan apa yang mereka minat, yang mendatangkan pendapatan sampingan, sekaligus ‘backup’ untuk sebuah kehidupan yang lebih baik di masa mendatang.

Jangan takut, jangan malu untuk menggandakan pendapatan korang.

Pilihan ke-3 ini yang sedang aku lakukan. Minat untuk ‘berniaga’ sentiasa segar di jiwa ini..hehe..

 Jadi, tepuk dada tanya selera.

Komplen boleh, tapi berpada-padalah.

Komplen sehari sudahlah, hari hari yang lain, berusahalah!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

15 Comments


  1. Saya dua-dua tuan. Marah dengan pihak yang berkaitan (tapi marah dalam hati jelah). Saya sedar kalau marah tanpa mengambil dan membuat sebarang perubahan, takde faedahnya. Dalam masa yang sama, saya bina pendapatan kedua dengan melakukan perniagaan berdasarkan minat saya. Takdelah stress sangat kan.
    Perawat Sihir recently posted…4 Faktor Penyebab Gangguan SakaMy Profile

  2. Yg x complain tu yg komisen & business meletop sgt la tu.

    Sedara saya yg kerja mekanik kereta mewah pun ckp org kaya pun dah tanya spare part kereta potong. Tak macam dulu.

    Slow dah sekarang ni semua pun. Yelah yg bisnes pening sbb belanja dah naik sebab tarif elektrik dah naik, gst, gaji minima semua,

    X kiralah bisnes atau makan gaji, semua senak skrg
    Iskandar @ JomJalan recently posted…Oh My! Tempat Menarik Ini Di Malaysia – Tapi Pemandangan Macam Kat Overseas.My Profile

  3. Menangis tepi bucu katil pun tak mampu nak ubat apa-apa. Huuuu….
    Sekarang minyak masak pun naik.
    Lepas ni katanya nak naikkan GST pula.
    AIrport tax naik.
    Huuuuu…semua naik….

  4. hmm..malas nak komen bab nie. Penat nak hiduo dari sehari ke sehari.

  5. Kurangkan susu anak..pakai susu pekat manis.. mungkin pendapat kurang bijak tp dlm situasi skrg ada yg terpaksa.. untuk jangkamasa panjang ianya jumlah yg byk wpon hanya 15sen setiap liter. Kehidupan sekarang bukan kita hanya nak hadam yg 15sen tu je… banyak sen lagi yg nak kena tempoh…. blm sentoh isu kenaikkan HARGA TOL yang bakal naik nnt {menjelang 2017 kot} (tadi dgr berita radio bila nak naik tak tau..tgh pertimbangkan)..

    Jadi rutin org mcm aku ni yg tiap2 hari lalu tol mmg terpaksa tuang minyak dan bayar tol. mungkin ada yg kata jgn lalu tol… ye benar itu cara terbaik.. dan aku dah cuba tak lalu tol dan keputusannya jam 8.45pagi anak aku smpai sekolah….

    mungkin ada yg berbunyi… keluarlah awal… ye mmg keluar awal… selepas subuh aku keluar… pon sampai 7.45-55pagi walaupon lalu tol…

    Tiap2 Isnin aku akan isi full tank utk 5 hari.. kos rm55-60 (bergantong pada baki dlm tank)..

    tu malas nak citer yg harga akan turun selepas *** … blm jumpa lg yg turun… klu jumpa pon mungkin keperluan pada brg tu tak tinggi…

    ok siap 1 entry….
    Blogger2u recently posted…TAHUKAH ANDA APA ITU BLOG?My Profile

  6. Author

    selagi ada kudrat kan, berusahalah..komplen tak salah.

    1. Author

      berdoa semoga semuanya dipermudahkan je la kan kak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam