Kenapa Anak Jatuh Eskalator?

Tarik nafas panjang aku apabila terbaca kisah seorang anak jatuh eskalator di pusat membeli-belah di Mynewshub. Beberapa saat sebelum kejadian, anak tersebut elok je duduk di atas bahu si bapa.

Kenapa anak jatuh eskalator?

Aku sebagai bapa kepada dua orang anak lelaki yang boleh tahan aktifnya, sangat faham, anak itu terjatuh bukan disebabkan bapanya. Bapa mana yang sanggup campak anak dari tingkat atas ke tingkat bawah? Kecuali bapa gila.

Tolong lebih berhati-hati sekiranya ‘membawa’ (dukung sambil memeluk/letak di bahu atau pinggang) anak di tempat yang tinggi. Tempat tinggi diklasifikasikan tempat yang kalau terlepas anak itu, boleh menjunam ke bawah atau tercampak ke bawah melebihi 2 meter.

Kesimpulan aku, anak itu terjatuh disebabkan cara pegang yang salah oleh bapanya!

Aku andaikan, bapa itu tiada rasa ‘GAYAT‘.

GAYAT berkait rapat dengan ‘Risk Assesment‘ atau dalam bahasa mudah, ‘Penilaian Risiko’. Di sekeliling kita, terdapat pelbagai risiko dan bahaya yang bila-bila masa boleh menjadi musibah dalam hidup ini.

Cuba jadikan rutin harian untuk memikirkan, sekaligus menilai risiko yang mungkin mengundang bahaya dalam setiap langkah kita.

Dalam kes ini, tak salah sekiranya bapa itu ingin meletakkan anak kecil itu di bahu beliau. Tetapi, kes ini mungkin menjadi lebih baik sekiranya dia menilai dahulu tindak-tanduknya sebelum meletakkan anak kecil itu di atas bahu dan menuju ke tingkat atas itu menggunakan eskalator.

Nasihat aku, lakukan sedikit penilaian sekiranya sebagai bapa, ingin menggunakan eskalator sambil membawa anak menggunakan method yang lebih mencabar. Tanyakan pada diri sendiri.;

  1. Anak kecil, sistem imbangan badan masih belum lengkap. Sedarkah aku?
  2. Menggunakan eskalator sambil membawa anak kecil di bahu, mampukah aku menahan beban sekiranya fizikal anak ingin jatuh ke bawah?
  3. Eskalator ialah satu sistem mekanikal yang mempunyai inersia. Mampu aku menahan daya inersia yang mampu menghilangkan kestabilan badan aku?
  4. Mampukah aku menahan rasa panik&gelabah sekiranya berlaku tindakan kecemasan semasa menggunakan eskalator?

Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara sebegini. Ambillah langkah yang bijak.

Aku doakan anak tersebut diberi kesembuhan yang cepat oleh-Nya.

Risk Assesor @ JMR23-Daddy Blogger.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

7 Comments

  1. Sedangkan orang dewasa pun boleh dapat kecelakaan kalau tak bebetul naik eskalator, inikan pula anak2 kecil. Iktibar pada diri. Even tak ada anak lagi, tapi boleh beri perlindungan pada anak2 buah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam