BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN, SESKYEN 7 SHAH ALAM.
Alhamdulillah, tahun ni murah rezeki untuk berbuka puasa di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam. Biasanya, datang ke Laman Kayangan untuk majlis perkahwinan, ini pertama kali datang untuk merasai sendiri nikmat Buffet Ramadhan di Laman Kayangan ini.
Kami sampai lebih kurang jam 7 petang. Keadaan masih terkawal, mungkin sebab hari bekerja dan jalan di Shah Alam agak sesak pada hari biasa. Wife dah booked seat awal-awal menerusi talian telefon yang disediakan. Lokasi table di tengah-tengah, so senang nak ambil makanan di bahagian kiri atau kanan. hehehe..
Dalam jam 7.15 petang, customer makin ramai. Mujur selepas dapat table, kami terus ke kaunter-kaunter untuk ambil makanan. Tak perlu nak bersesak-sesak semasa waktu berbuka. Aku suka suasana buffet Ramadhan kat sini, tempat agak luas dan tak terlalu crowded.
Setiap kaunter makanan di Laman Kayangan diberi nama istimewa. Antaranya, The Carve 1 yang menyediakan kambing golek, The Pots untuk Laksa Penang & Laksa Johor, Fast&Furious untuk cucur, pisang goreng dan beberapa lagi yang aku dah lupa.
Antara juadah kegemaran wife, pulut mangga. Tertunailah hasrat list mengidam dia untuk episod mengandung kali ni. Karipap gergasi tu aku punya, rasa tip-top dengan saiz gedabak tu.
First trip kami. Nasi briyani, kari kambing, ayam masak merah dan ayam goreng sedap giler! Mi goreng & Keow teow goreng tu sekadar pelengkap menu utama. Kambing golek dengan sos barbeque tu memang layan dimakan bersama mi goreng. Dan spaghetti bolognese tu lak sekadar nak cukupkan rasa sebelum aku tambah lagi sepinggan spaghetti caronara..Burp..
Untuk trip ke2, tak perlu nak snap gambar dah. Sotong kangkung, Popia, Roti John, Sate memang tak leh tahan kalau sekadar tengok sahaja.
Pendek kata, semua menu kat sini ada rasa dan kualiti. Sedap. Lebih-lebih lagi perut kelaparan selepas berpuasa seharian kan. InsyaAllah berbaloi dengan harga buffet yang pengunjung bayar;
Harga Buffet Ramadhan Laman Kayangan.
Trip berbuka kali ni hanya aku&wife tanpa dak kecil Dayyan Harith. Jadi, boleh fokus dengan makan & berborak ala-ala detim. Sweet & sangat kenyang!
Terima kasih kepada Food Blogger Kacak untuk voucher Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni. Semoga terus dimurahkan rezeki bro sentiasa. 🙂
Burpp…alhamdulillah…
Facebook: Laman Kayangan Shah Alam
memang sedap sedap nampak menu tu, ni yang dekat dengan dewan raja musa tu kan
Pulut mangga pun ada yer… Dah macam dekat Perlis jer ni…
Ada bro..byk tempat dh sediakan menu ni skang..sedap ngn tak je hehe
pulut mangga tu nmpak sedap sgt! tempat pun mcm cantik
tempat memang cantik.paling penting tak padat sgt masa berbuka tu kan
pulut mangga tu mmg terbaik..
tq jgk kt food blogger tu..
semoga cepat2 kawen.. #eh..
dah tak lama nak kawen kan tu hehe
wah terasa macam dalam kayangan pula, macam tempat pengantin pun ada 😀
hehe..mmg hari biasa diorg buat majlis kawen kt sini
Macam best je rupa tempatnya. Nampak selesa. Makanan sedap tak?
Best juga tempat ni, tempatnya cantik, makanan pun menarik, harga pun ok jugak ni.
Wowww sgt ekslusif tempat berbuka puasa ni JMR, lihat nunu makan berselera dia…mmg kagum, harga pun tak mahal mana…just nice!
TQ JMR kongsi
Takdela sangat ekslusif Julia..dah rezeki ke sini..hehe..