October 6, 2024

Miliki Rumah di Bayu Sutera dan Tunai Umrah Secara Percuma

Memiliki dan membeli rumah kediaman merupakan perbelanjaan terbesar dalam hidup. Jadi, semestinya setiap orang inginkan rumah yang selesa, lokasi yang strategik dan serba lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

Lagi best, beli je rumah, setiap pembeli akan diberikan Voucer Umrah secara percuma untuk 2 orang yang bernilai RM8,000 setiap satu!

Ada ke pemaju yang tawarkan pakej sebegini? Ada…

Tawaran sebegini datangnya daripada Matrix Concepts untuk pembelian unit rumah baru di Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan.

Pembangunan Bayu Sutera

Bayu Sutera dibangunkan di tanah berkeluasan 216 ekar. Fasa pertama telah dilancarkan pada tahun 2021. Fasa ini telah berjaya disiapkan dan sebanyak 963 unit rumah telah diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Legasi kejayaan projek perumahan Bayu Sutera diteruskan dengan pembinaan projek perumahan baru seterusnya yang menawarkan gaya hidup yang lebih moden, tenang dan berlatar belakang tasik yang mendamaikan.

Ciri-ciri Kediaman Idaman di Bayu Sutera

Unit perumahan terbaru di Bayu Sutera turut dilengkapi dengan ciri-ciri terkini Rumah Pintar (Smart Home) seperti kunci digital, lampu bermodul, Aircond IR Blaster dan kawalan suara. Ianya pasti menjanjikan keselesaan, jaminan keselamatan dengan gaya hidup yang lebih moden.

Setiap kejiranan di Bayu Sutera mempunyai taman tersendiri dan turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti pos kawalan dan pagar perimeter.

Ruang penginapan di sini juga lebih versatil dengan susun atur yang lebih luas, ruang bilik tidur yang lebih besar dan bilik mandi yang lebih selesa.

Baru-baru ini, Matrix Concepts telah memenangi StarProperty Awards for : The Cornerstone Award – Best Landed
Development (Excellence) 2024.

Bayu Biz – Hab Pembangunan Komersial

Dalam rangkaian kediaman Bayu Sutera, turut didirikan Bayu Biz iaitu hab pembangunan komersial terkini.

Objektif utama Bayu Biz diwujudkan sebagai “central hub” untuk perniagaan, membeli-belah dan aktiviti sosial di dalam komuniti.

Kemudahan Tambahan Di Sekitar

Terdapat juga Rumah Kelab d’Tempat, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Sendayan Merchant Square. Lebih menarik, setiap pembeli unit di Bayu Sutera akan menikmati Keahlian Rumah Kelab d’Tempat secara percuma dan berpeluang menikmati fasiliti yang terdapat di kelab ini seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, bilik mesyuarat dan sebagainya.

Pengalaman menginap di kawasan perumahan yang matang dan memiliki kemudahan serba lengkap pasti berbeza.

Selain keadaan persekitaran yang lebih tenang dan selamat, pemilik unit tidak perlu memandu ke tempat yang lebih jauh untuk menikmati kemudahan yang diperlukan kerana semuanya ada di Bayu Sutera.

Projek Terkini Bayu Sutera

a) Izara II @ Bayu Sutera

Izara II adalah rumah teres dua tingkat dengan status pegangan bebas. Lot saiz yang ditawarkan adalah 20’ x 70’ (intermediate) dengan keluasan 2,315 kaki persegi. Setiap unit mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Jumlah rumah yang ditawarkan hanyalah 171 unit sahaja.

Antara kemudahan yang terdapat di Izara II adalah Taman Tasik dengan keluasan 3 ekar dan dilengkapi laluan jogging, parcourse, dek plaza dan lain-lain.

Pemilik di Izara II juga boleh menikmati kemudahan lain yang disediakan seperti taman permainan, gelanggang badminton, laluan refleksologi dan sebagainya.

b) Elonia III @ Bayu Sutera

Elonia III adalah rumah teres dua tingkat dengan status pegangan bebas. Lot saiz yang ditawarkan adalah 20’ x 70’ (intermediate) dengan keluasan 2,315 kaki persegi. Setiap unit mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air.

Jumlah rumah yang ditawarkan hanyalah 38 unit sahaja. Kawasan perumahan Elonia III dilengkapi enklaf selamat dan pos kawalan.

Penghuni di sini juga boleh menikmati kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi, buaian kanvas, meja piknik dan sebagainya.

Kempen JOM UMRAH

Kempen JOM UMRAH ini diadakan dari 20 Mei 2024 – 20 Ogos 2024 sahaja. Setiap pembeli rumah bagi projek Izara II ataupun Elonia III (untuk lot bumi sahaja) di dalam tempoh ini akan ditaja ke Tanah Suci selama 11 hari 10 malam bagi 2 Individu dengan jumlah tajaan RM16,000 (RM8,000 seorang).

Pakej ini termasuk tiket penerbangan untuk 2 orang, penginapan di hotel, pengangkutan dan hidangan penuh 3 kali sehari. Peserta juga akan dibawa melawat Muzium Al Wahyu di Mekah. Kursus Umrah, Set Kelengkapan Umrah, Air Zamzam dan mutawwif yang

Antara pilihan ‘Beli Rumah Baru’ atau ‘Menunaikan Umrah’, anda tidak perlu pening lagi untuk memilih yang mana satu. Dengan tawaran pembelian unit perumahan di Bayu Sutera daripada pihak Matrix Concepts, anda mampu menikmati kedua-duanya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Pada mereka yang berminat, boleh hubungi BSS Development Sdn Bhd di talian 1 800 88 2688 atau layari https://umrahbersama.bayusutera.com/4 untuk maklumat lanjut.

Instagram @ matrix_concepts
Facebook @ matrixconceptshomes

#BayuSutera #IzaraII #EloniaIII #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving #UmrahPackage

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Miliki Rumah di Bayu Sutera dan Tunai Umrah Secara Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *