March 29, 2024

Perkara Penting untuk Elak Marahkan Anak Kecil

Perkara Penting untuk Elak Marahkan Anak Kecil

Alhamdulillah, aku dah bergelar ayah sejak 7 tahun yang lepas.

Ada kawan-kawan tanya, susah tak jaga dua orang anak lelaki. Tak lama lagi dah nak masuk 3 anak lelaki. Jawab aku, tak susah kalau tahu caranya. Lumrah anak-anak lelaki, lasak dan aktif terutama apabila dua dua bergabung dan bersatu, dah macam tongkang pecah rumah dibuat mereka. Tapi itulah seronoknya ada anak.

Cuma, yang mencabarnya semasa proses mendidik, nak elak marahkan anak kecil. Ada ketika, ragam dan ‘peel’ mereka sangat menguji kesabaran. Kadang aku boleh kawal, mungkin dalam 1/100 aku tak dapat bersabar, lalu aku tinggikan suara atau mencubit si anak.

Marahkan anak yang masih kecil adalah satu perkara yang paling aku tak suka!

Hari demi hari adalah masa pembelajaran untuk aku menjadi seorang ayah yang lebih baik dan lebih banyak bersabar. Jadi apa yang aku buat untuk elak marahkan anak kecil, dari kemungkinan hilang sabar daripada 1/100 menjadi 1/500..?

Cara Elak Marah Anak Kecil.

1.Bawa Bertenang dan Tarik Nafas

Masa paling senang hilang kawalan kesabaran ialah ketika badan penat. Anak tanya soalan itu ini pun boleh naik angin. Alhamdulillah, so far aku tak pernah lagi sebegini. Tapi kalau tengah baring, tetiba datang si abang melompat ke atas perut aku, mahu gak aku melenting. Jadi, untuk elak benda ini, aku akan lebih alert dan elak sebelum dia melompat. Bertenang.

Beritahu dia yang tindakan itu berbahaya dan menyakitkan. Bertenang dan bersabar, fikirkan, “Anak hanya inginkan perhatian, nak ajak bermain. Tugas ayah untuk ajar cara menarik perhatian yang betul”

2.Keluar dari Zon Marah.

Apabila hilang sabar, sama ada dengan ragam anak atau sebab luaran, jauhilah daripada anak kecil buat sementara. Masuk bilik atau keluar ke lama rumah buat sementara waktu. Kawal dan fikir balik, “Patutkah anak kecil menjadi mangsa nafsu amarah, tak kesiankan mereka yang tak daya melawan?” Setelah kembalik tenang, boleh sambung bermain atau melayan anak-anak.

3.Beristigfar

Istigfar banyak-banyak, atau boleh ke bilik air untuk berwuduk. Hanya diri sendiri yang boleh kawal rasa marah ni.

“Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Beri Penjelasan.

Isteri aku selalu cakap aku suka membebel. Bagi aku, membebel lebih baik daripada marah. Aku membebel untuk menerangkan atau beri penjelasan kenapa itu tak boleh, ini tak patut dilakukan, yang itu tak elok dan yang ini berbahaya. Tetapi, agak mencabar. Sebab ada masa anak aku faham, ada kala macam diorang ‘blurrr’ je..mungkin aku perlu lebih banyak belajar ‘skill’ untuk berkomunikasi dengan anak kecil yang berusia 3 tahun dan 1 tahun.. Contohnya, sebelum masuk tidur, aku minta Dayyan dan Danish minum segelas susu setiap malam. Setiap kali nak minum, mesti pelbagai soalan yang perlu aku jawab seperti, kenapa nak kena minum susu, boleh tak minum setengah gelas sahaja dan sebagainya!

Jadi Ayah Ibu Yang Lebih Baik Setiap Hari

Umi dan arwah mak mertua aku selalu pesan, jangan dimarahi anak-anak selalu, kelak diorang ‘imune’ dan sudah tidak hairan dengan jeritan amarah ayah ibu lagi. Dah biasa kena marah kan. Apabila dah sampai tahap tu, lagi susah nak kawal anak-anak, terutama merka makin meningkat usia.

Anak kecil juga ada perasaan. Mesti diorang akan rasa sedih dan konflik rasa tidak disayangi sekiranya selalu dimarahi. Minta dijauhi dengan semua ini. Ini bukan bermakna mereka tidak boleh dimarah, tapi berpada-padalah. Marah atas kesalahan mereka shaaj tanpa melibatkan perkara lepas atau perkara lain terutama dengan tekanan di tempat kerja atau isu dengan ibu mereka 🙂

InsyaAllah, sama-sama kita berusaha untuk menjadi seorang ayah atau ibu yang lebih baik. Menjadi seorang ayah atau ibu ialah satu proses pembelajaran sepanjang masa tanpa titik noktah di satu destinasi.

JMR- Daddy Blogger

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Perkara Penting untuk Elak Marahkan Anak Kecil

  1. Terima kasih berkongsi tips parenting ni. Saya pun tak suka nak marah budak kecik. Belum tentu diorang ni akan faham, silap-silap kita cakap lain budak tu faham lain, atau tak faham langsung pulak

  2. kalau ada anak tak sah tak marah atau tegur mereka hanya kerana sayang nak mereka jadi anak baikkan..

    harap mereka jadi anak baik dan mendoakan kita bila pergi nanti.

Leave a Reply to Introducer maybank Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *