April 20, 2024

Kerana Cuai, Aku Rugi Masa.

Bulan Mac 2020 masih di peringkat awal. Tapi, sejak awal bulan ni lagi aku dah sibuk berulang-alik ke pejabat ‘ke-2’ aku. Hampir setiap hari aku ke sana untuk menguruskan pelaburan tambahan pelabur sedia ada aku dan juga permohonan untuk pelabur baru. Alhamdulillah, sibuk itu bagus kan?

Biasanya aku singgah di Pejabat Public Mutual pada awal pagi sebelum teruskan perjalanan ke pejabat ‘PERTAMA’ aku. Pada malam sebelumnya, aku akan mengisi segalan details pelabur yang di borang yang diperlukan. Masa yang diambil juga boleh tahan lama, sejam dua jam jugalah. Kena fokus 100%. Sebabnya, kalau tersalah isi, permohonan pelabur boleh direjek.

Memandangkan, ini adalah kerja sampingan aku, aku tak ‘hire’ pembantu untuk isikan borang pelaburan. Kawan-kawan ejen lain yang terlibat dalam perkhidmatan jual/beli saham amanah ini, mereka memang sibuk dna tiada masa untuk isi borang pelaburan. Jadi mereka ‘hire’lah orang ke-3 untuk isikan borang.

Aku mengambil tempoh masa agak lama untuk siapkan kerja-kerja isi borang ini kerana perlu meneliti butiran satu persatu. Butiran dana pelaburan juga mestilah selaras seperti mana yang dipersetujui oleh pelabur. Mujurlah analisa performance dana aku lakukan sebelum proses persetujuan dicapai bersama pelabur.

Selepas aku serahkan borang permohonan pelaburan di kaunter pejabat, dalam masa 2,3 hari, details pelaburan pelabur akan muncul di dalam sistem khas untuk ejen.

Jarang permohonan pelaburan aku direjek.

Minggi ni sahaja, beberapa permohonan pelaburan aku berjaya diluluskan oleh pihak yang berkaitan. Melainkan satu permohonan pelaburan baru untuk satu akuan pelabur di bawah ini. Dengan alasan masalah pada Dana yang dipilih.

Pada awalnya, aku macam tak boleh terima alasan yang diberikan. Tetapi apabila aku menyemak kembali nama dana yang dimohon, aku tepuk kepala. Dana yang dipohon adalah dana baru dilancarkan pada tahun lepas. Bermakna, dana ini hanya boleh disertai melalui pelaburan secara tunai, bukannya menggunakan Akaun 1 KW$P seperti yang dipohon.

Macam mana aku boleh tidak perasan?

Cuai sesaat, tapi aku dah membazirkan masa aku selama beberapa hari.

Nampaknya, aku perlu sekali lagi ke pejabat ke-2 aku untuk re-submit permohonan pelabur yang sama. See..dah 2 kali kerja yang sama! Kerana Cuai, Aku Rugi Masa!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *