April 20, 2024

Latih Anak Buat Kerja Rumah Sejak Kecil

Dayyan dah berusia 6 tahun, Danish pun dah masuk 4 tahun. Tahun depan Dayyan dah nak masuk sekolah rendah. Dah tak lama la kan. Berdebar pula bila terfikirkan tentang hal sekolah si Dayyan ni. Boleh ke tak dia ‘adapt’ dia persekitaran baru nanti?

Aku pasti, sikap itu semua tidak boleh dikuasai oleh anak kecil dalam masa singkat. Jadi, untuk memastikan Dayyan bijak menguruskan semua ini, kami perlu melatihnya bermula di rumah.

Baca: Kenapa ‘WAJIB’ Berikan Susu Kepada Anak-anak?

Budaya di sekolah rendah dan pra-sekolah di Little Caliph, tempat belajar Dayyan sekarang ini pasti berbeza. Paling utama, kami perlu pastikan Dayyan boleh menguruskan dirinya sendiri di sekolah. Contohnya, tahu menguruskan kebersihan diri di sekolah, pandai kemaskan mejanya di sekolah, pandai membeli makanan di kantin, tahu angkat pinggannya sendiri selepas makan di kantin dan sebagainya.

Melalui perkongsian daripada Public Health Malaysia mengenai “positive parenting’, baru aku tahu untuk melatih sikap ringan tulang anak-anak, ianya perlu di rumah seawal usia 4-6 tahun.

latih anak

Kerja rumah untuk anak berusia 4-6 tahun:

Kerja rumah berkaitan rutin harian seperti:

  • simpan mainan dan buku
  • letak baju kotor dalam bakul
  • kemas katil
  • lipat baju
  • letak perkakas di sinki selepas makan.

Ini perkongsian oleh Public Health Malaysia. Dan aku rasa aku dah terlalu manjakan Dayyan sebab sejak dari usia 4 tahun, hanya perkara pertama yang kami latih dia lakukan. Berbanding dengan Danish, menjadi rutin dia untuk simpan mainan dan letak baju kotor dalam bakul selepas pulang dari rumah pengasuh setiap hari.

Mungkin aku patut mengikut saranan yang dikongsi oleh Public Health Malaysia ini.

Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah. Sebab itu juga masyarakat kini masih gagal menjaga kebersihan, masih membuang sampah merata dan tidak menjaga kebersihan tandas. Kerana di rumah mereka sendiri, sikap tersebut tidak pernah diamalkan! 

Ok, insaf.

Jadi, aku sangat bersetuju dengan amalan melatih anak untuk melakukan kerja rumah. Biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan dan juga sikap-sikap positif lain.

Ini juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Latih Anak Buat Kerja Rumah Sejak Kecil

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *