Sewaktu trip kami ke Penang tempoh hari, sebelum check in di hotel paling best di Penang, sempat juga kami jalan-jalan di sekitar bandar Geogetown. Rasanya ini pertama kali aku bawa isteri & anak-anak berjalan di waktu panas di sekitar “town” Penang. Pada mulanya aku “park” kereta agak jauh, dan kami berjalan ke Restoran Kapitan untuk makan tengahhari. Dari mula park kereta, nak ke Restoran Kapitan, tak de masalah, tak sesat.
Terus je jumpa apa yang dicari. Nasib baik kami tak baik, aku terlupa “take note” lokasi aku park kereta. Hanya satu tanda, “Lorong Ikan”. Hasilnya berpusing juga aku mencari kereta. Kesian pula bila tengok Dayyan dan Danish berpeluh..haha..
Semasa pencarian tempat letak kereta, sempat juga kami singgah di kedai Fruitmade Homemade. Terjumpa kedai ini tanpa dirancang. Hikmah orang yang sabar dalam kesesatan kan? hehe..
Kau orang bayangkan, semasa berjalan sepanjang jalan di Lebuh Cannon, cuaca sangat panas, berbahang. Tetiba terjumpa pula kedai sebegini. Tengok gambar fresh juice & smoothies je pun dah terasa nyaman di anak tekak. Apatah lagi jika dapat menikmatinya secara “real”.
Terus aku ajak isteri singgah sekejap pekena apa yang patut. Sebenarnya lebih kepada rasa bersalah sebab lupa kat mana aku park kereta. Kesian dia orang kena teman aku berjalan jauh. haha..isteri aku ni peminat mangga. Jadi aku dah tahu apa menu yang dia inginkan. Pastinya “Manggo Juice”!
Sambil menunggu mango juice siap, aku order juga “recommended” menu di sini, Mango Passion Soft Serve Ice Cream. Bukan main panjang namanya. Sebenarnya benda ni adalah aiskrim lembut berperisa mangga dan passion fruit. Ada rasa manis, ada rasa masam masam. Aiskrim ni dihidang dalam bekas seperti sampan. Tapaknya ada buah mangga betul, ada secubit pulut dan buah mangga yang dibolakan.
Teruja betul Dayyan dan Danish bila menu sampan kami ni siap. Sayang juga nak makan pada awal, tapi kalau lambat makan, alamatnya cairlah aiskrim itu.
Jus mangga terbaik di Penang rasanya ni. Cukup lemak-lemak manis. Sejuk. Memang terasa nikmat yang amat, nak-nak minum masa cuaca panas terik.
Berapa harga menu di Fruitmade Georgetown ini? ..aku lupa harga. Disebabkan panas, aku main pesan dan bayar. Lupa nak save harga jus mangga dan Mango Passion Soft Ice Cream tu dalam memori otak aku. Tapi serius, pada aku, ianya berbaloi untuk cubaan kali pertama ini. Ala bukan selalu pun..
Alamat Fruitmade Penang: 6, Lebuh Cannon 10200 George Town, Penang
musim panas mcm ni mmg syok kalau dpt makan air buah atau ice blended
wah nyamannya ditekak di musim panas ni ye