Beruntung orang muda hari ini kerana banyak didedahkan dengan hal-hal berkaitan kewangan berbanding zaman aku muda dulu. Di kaca TV, di sosial media, penerbitan buku-buku, seminar dan kelas-kelas, ini antara sumber ilmu berkaitan kewangan. Cuma, terpulang kepada diri sendiri untuk mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut.
Bercakap tentang ilmu kewangan, perkara asas semestinya “menyimpan”. Tak de simpanan, toksah la bercakap tentang hal kewangan lain seperti melabur dalam hartanah, dalam unit amanah dan sebagainya.
Aku pasti, ramai anak muda yang tertanya-tanya, apakah cara terbaik untuk menyimpan atau menabung secara maksimum sejak muda?
Jom aku kongsikan 5 Tips terbaik untuk mempunyai simpanan maksimum.
Tips 1: Jauhi Hutang Jahat.
Perkara pertama, kena tahu mana satu hutang jahat, mana satu hutang baik. Hutang jahat tu ialah kau orang berhutang tanpa memberi pulangan yang berfaedah. Contohnya, hutang kad kredit. Hutang baik pula seperti hutang membeli rumah. Berpotensi beri pulangan yang lumayan pada masa depan.
Seboleh mungkin, cuba selesaikan hutang sedia ada seperti hutang kad kredit, pinjaman pendidikan atau personal loan. Langkah terbaik, potong kad kredit yang tidak diperlukan. Bayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan, untuk elak dikenakan penalti atau denda.
Tips 2: Potong Perbelanjaan Besar.
Usah terikut-ikut gaya hidup rakan-rakan lain. Teruskan hidup dengan gaya hidup kau orang sendiri, mengikut kemampuan diri sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Kawal nafsu untuk membeli gajet-gajet terkini yang harganya tak masuk akal. Tak salah pun memiliki smartphone jenama biasa, asalkan boleh digunakan untuk keperluan harian.
Dengan cara sebegini, pasti “masa depan” kau orang akan berterima kasih dengan tindakan kau orang hari ini.
Tips 3: Buat Kerja Ke-2, Tambah Pendapatan.
Hidup di kota, dengan status kos sara hidup hari ini, amat mencabar. Jika ada daya, jika ada ruang dan peluang, buatlah kerja tambahan selain daripada kerja hakiki 8-5.
Sebenarnya, bila bercakap tentang bina pendapatan kedua, banyak cara yang boleh dipraktikkan, sama ada secara online atau offline. Namun harus diingat, apabila melakukan pekerjaan sampingan ini, perlu pandai menguruskan masa. Kerja hakiki 8-5 tetap lebih penting dan perlu didahulukan.
Tips 4: Berbelanja Dengan Bijak.
Salah satu teknik berbelanja dengan bijak tanpa berlebihan adalah dengan cara menyenaraikan terlebih dahulu barang apa yang hendak dibeli.
Contohnya, membeli kelengkapan dapur. Untuk lebih jimat, berbelanjalah di kedai runcit biasa atau di hipermarket yang menawarkan harga lebih rendah.
Paling best, cubalah elakkan “window shopping” di pasaraya mewah. Bukan apa, tempat sebegitu pasti mempamerkan barangan-barangan yang best. Dan pastinya ia memberi cabaran kepada nafsu berbelanja kau orang.
Tips 5: Review Bajet, Ejas Bajet.
Catit perbelanjaan harian. Review perbelanjaan harian kau orang setiap bulan. Potong mana-mana perbelanjaan yang dirasakan tidak perlu untuk bulan-bulan seterusnya.
Dengan cara sebegini, kau orang pasti akan mempunyai lebihan wang. Jangan pula kau orang ambil kesempatan untuk membeli barangan lain apabila ada lebihan wang tersebut. Simpan. Nak lagi best, simpan di tempat yang boleh beri pulangan lebih. Contohya di akaun unit trust yang berpotensi memberi pulang sehingga 8-12%.
Dengan cara menyimpan lebihan wang setiap bulan, secara tidak langsung kau orang dah mempraktikkan strategi Ringgit Cost Average. Strategi ini adalah strategi yang paling aku gemari di dalam pelaburan unit trust.
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi JMR- 017-2101282 untuk maklumat lanjut.
Menarik dan mantap artikel ini..
Menyimpan dan berbelanja dengan bijak adalah amalan mulia..
Gagal kawal nafvsu berbelanja memang buruk padahnya
Serta merta rasa insaf kejap bila baca perkongsian ni. Tepat kena kat batang hidung sendiri. Hampir aje nak buat hutang melalui kredit kad, nasib baik ada yg menegah. Bab beli perkara tak perlu tu lun selalu jugak buat tp dah makin kurang berbanding tahun2 lepas. Isk, dalam proses nak didik diri untuk berjimat ni
Tips kewangan yang sangat diperlukan. Yelah, boleh buat duit tapi tak pandai urus pun masalah juga. Kena belajar urus duit dengan baik.
Bagus sharing macam ni. Sometime kita belanja ikut nafsu jer then hujung bulan baru tau dah terlanjak over budget, mampus gila bila hutang bertimbun timbun. So we have to grounded and be realistik when we spend la ya.
Alhamdulillah setakat ni onie ada hutang kereta sahaja, no credit card. Mintak jauh. Tak payah la berhutang-hutang, seriau. Tapi bab berbelanja tu kadang tewas gak,kadang boros,hahhahah Alhamdulillah loni kena pandai jana pendapatan sendiri.
Thank you atas info ni.
Macam kita pun, takde la simpanan yang banyak.
Sekadar “adaaa la”..
Then buat masa ni memang taknak tambah beban dengan hutang hutang ni.
Membeli pun ikut pada bajet dsbg..
Hidup ni ikut cara sendiri. Ikut mana mampu.
Bukan diluar kemampuan..
TQ share info sebegini. Ramai yang memerlukan stop-check sebegini – termasuklah Rawlins. Now sedang adjust mana yang patut sebab dah menambah hutang baik hehehe.
Nice sharing JMR! I’m so gonna need this. Used to spent macam air bila dapat gaji, Dah ada anak ni baru pandai nak start menyimpan utk masa depan. Huhu.
Jauhi hutang tu penting. Saya percaya kalau kita tak hutang orang atau mana2 kehidupan kita menjadi lebih selesa
Tips yang sangat bagus. Zaman sekarang produk baru yang canggih-canggih memang menggoda nafsu, tapi kita sendiri kena bijak kawal nafsu.Dari pakai barang mahal, phone mahal baik hidup bebas hutang dan melabur untuk masa depan.
Bagus tips kewangan bro ni. Ramai yang boros bila ada duit. Tak fikir masa depan. Paling tidak menabung untuk masa emergency kan.
Suka betul baca2 tips Abg JMR.. Memang tepat dan bagus untuk ikut. Kalau bab menyimpan ni rasanya semua orang ada masalah. Apapun semua tu bergantung kt diri sendiri mcm mana kite manage duit yang kite ada. Good tipss..Thank ya
tips kewangan yang bagus , cuma masalah saya ni banyak berbelanja pada makanan berbanding barang….mohon TT keluarkan tips nak berjimat ke arah itu pula
Tips yang sangat menarik. Boleh nanti sis share gan anak bujang sis..baru ni dok membebel gan dia sb tak pandai nak menyimpan..gaji dah besar tapi duit asyik habis je..langsung tak ada simpanan, lepas tu asyik stress je bila duit abis..haishh geram betul sis dibuatnya.
Sangat menarik tips ni. And perlu diikuti pada mereka yang selalu sangat poket kempis sebelum masanya. Ada benda yang perlu kita kaji tentang perbelanjaan harian kita kan. Sangat berguna tips ni.. Thanks sharing
Menarik ni. Kalau perlukan tunjuk ajar, boleh contact terus JMR yea. Memang orang kita sekarang ni ramai yang salah menguruskan perbelanjaan. Muda2 dah berhutang keliling pinggang. Kadang2 berbelanja tak ingat dunia atau ada juga yang ahli keluarganya penyebab sampai meminjam2 dan buat loan. Last2 sendiri susah. Kita kena pandai menyimpan dan jaga duit jangan susahkan diri di masa hadapan.
Tips yang sangat berguna..Murni pon tgh start memaksimumkan simpanan setiap bulan..alhamdulillah dua bulan ni sampai target simpanan maksimum tu..harap2 dapat teruskan sampai hujung tahun..thanks for this tips..sedikit sebanyak dapat membantu
Dulu ada terfikir nak buat unit trust jugak. tapi sebab dah ada insurans untuk semua orang dan husband je yang tukang bayar plus komitmet benda lain lagi, kiteorang postpone dulu unit trust tu. mungkin in the future akan buat jugak nanti
Sebagai seorang bangsa miskin bandar ai mmg setuju dengan penulisan ni. Buat kerja ke 2 tu dah mcm wajib kalau nak terus survive dlm dunia sekarng. Moga Allah murahkan rezeki kita semua dn bebas dari hutang.
SA dalam proses nak selesaikan hutang kredit card walau tak banyak…hehehe…setakat ni SA ada hutang tu je la dengan hutang rumah…SA buat part time jugak jual lauk pauk..SA kena pastikan SA menyimpan sekurang- kurang RM200 setiap bulan untuk masa depan..thanks JMR share tips ni..sangat- sangat berguna..