March 29, 2024

Memang Terbukti Kata-kata Ini. Jangan Benci, Nanti Suka.

Aku masih ingat lagi sewaktu iPhone pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007. Langsung aku tidak memahami sebab munasabah kenapa pengguna iPhone (iFag) tergila-gila smartphone keluaran Apple ni? Ada yang sanggup beratur dari tengah malam membawa ke pagi di Apple store semata-mata ingin menjadi yang pertama memiliki iPhone terbaru.

Series..

Lagi aku tak faham, pengguna iPhone pada masa tu berlagak gila sampai pandang ‘slek’ kepada pengguna model jenama lain seperti Samsung Galaxy & Blackberry (arwah dah..). Seolah-olah “apa kelas ko pakai Sambung / Nokia bang..” walaupun aku tahu kau guna duit pinjaman PTPTN untuk memiliki sebijik iPhone 3G. Berlagak tak ingat dunia

Sampai satu tahap, aku jadi menyampah dengan semua produk Apple ni. Aku tahu, bukan salah produk Apple pun. Cuma aku tak boleh nak hadam pemikiran kebanyakan pengguna produk Apple pada itu. Aku cakap pada masa tu, bukan masa sekarang, dan juga bukan kebanyakan pengguna. Segelintir sahaja. Tapi biasalah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga kan..hahaha..

Dan mungkin juga salah aku yang tak mencuba memilik produk Apple pada masa itu. Jadi aku tidak memahami bagaimana bestnya hidup dengan produk eksklusif tu. Somemore aku rasa harga produk Apple ini tak masuk akal. Tu harga pada tu, belum lagi tengok harga iPhone Xs pada hari ni..hahaha.

Itu dulu. Orang tua tua cakap, jangan terlalu menyampah atau membenci seseorang, kelak situasi tu jadi terbalik. Jadi suka. Jadi sayang.

Ada benarnya kata-kata orang tua.

Bermula dengan membeli iPad 2 untuk dijadikan hantaran perkahwinan kami, kemudian aku mendapat durian runtuh apabila berjaya memenangi iPhone 5S daripada Denaihati. Pada awalnya agak kekok untuk aku menggunakan iPhone 5s. Mungkin perasaan ‘menyampah’ tu masih menebal.

Takpe, lagi pun masa tu smartphone Samsung masih menjadi telefon utama aku..haha..alah bisa tegal biasa kan. Lama kelamaan aku & iPhone 5s makin serasi bersama. Seterusnya, produk Apple makin dekat dengan famili aku apabila isteri membeli iPhone 6s.

Rasa suka pada jenama ini semakin menebal sehingga aku membuat keputusan untuk membeli iPhone 8 pada awal tahun ini. iPhone 5s masih setia berkhidmat sebagai telefon backup. Sentimental value hasil penat lelah aku berblog sehingga memenangi kontes ini perlu disimpan elok-elok.

Macbook Air 13 Baru

Rasa benci pada produk Apple ni seakan-akan hilang 100% apabila laptop Lenovo aku rosak sejak 3 minggu lepas. Isu ini aku jadikan alasan untuk aku ke Mac Studio pada minggu lepas dan berkenan dengan Macbook Air. Walaupun model ini model 2017, tapi aku kira, saiz yang nipis dan ringan serta ‘reliability’nya sangat sesuai untuk kegunaan aku buat masa sekarang ini. Lagi pun harga Macbook Pro memang tak masuk akal dengan poket aku..hahaha.

Ok, aku rasa sekarang hidup aku memang dah lengkap.

Kalau member lama yang tahu pasal kebencian aku pada produk Apple tahu pasal aku dan produk Apple sekarang ni, pasti dia gelakkan aku.

Tak kisahlah, janji aku tak membeli guna duit pinjaman PTPTN..hahaha..opss..

Get OFF up to 80% with 11.11 Sale

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Memang Terbukti Kata-kata Ini. Jangan Benci, Nanti Suka.

  1. betul tu. bila dah terbiasa guna iphone memang rasa dah taknak fon lain. sanggup menabung untuk beli iphone baru. hihi!

    iphone 5s yang menang contest tu pun masih elok hingga ke hari ini

  2. wahh…. wah.. macbook air terus… . Apple ni bab user experience mmg mana2 pun tak boleh challenge…

    #pengguna tegar produk apple dr tahun 1999

  3. Dulu aku macam ko gak.. benci Apple. Pikir 100 kali nak pakai iPhone. Tapi dah pakai iPhone, pikir 100 kali nak tukar balik pakai Android. Hahaha

  4. Hahaa.. betul betul saya dulu mcm tu jugak.. sekarang da cuba dan pakai susah pulak nak tinggal barang epal ni.

  5. AM tak penah lagi memiliki Iphone.. tapi penah tgk kawan2 gunakan.. memang cantik gambar2 yg diambil seolah2 cam kamera.. AM pun berhajat n tgh simpan duit nak memiliki Iphone milik AM sendiri.. hehehe

  6. Start guna dengan 5s gak , lama-lama cam pelik tapi siyes best sebab swipe2 gitu je haas laju haha tapi sekarang pakai android jugak , dua2 ada best n ada tak best jugak cuma harga mahal namati hahaha

  7. Hahaha haa kan dah jatuh cintaa! hehe betul tu, tak semua pengguna Apple perangai mcm haram mcm tu tau..so far drp before guna dulu sampai skrg ni even kwn2 or org sekeliling yg guna product Apple jugak tak pernah lg la yg qeela jumpa tahpape tu..qeela sndr pon tak pernah lgsg terlintas nk kondem org pakai android ke apa, sebok nk tunjuk logo ke, sbb kita ni guna product Apple sebab kita suka & serasi dgn specs & function nya tu kan, mmg unt kegunaan kita..org lain nk suka apa pon terpulang lah, takde masa nk sebok2 fikir haha. Just for me yes ios tetap dihatikuuu heheh, oh bukan guna ptptn yea sbb mmg tak pernah dpt ptptn pon haha.

  8. Husband saya jenis yang suka mencuba gadget baru tau. Geram jek bila balik balik rumah, die kata, yang nak beli iphone, yang nak beli macbook. Walaupun duit die, kite pun macam, eh eh, hari tu baru beli, ni nak beli lagi.

  9. Orang ada ada je guna apple ni..SA x satisfied guna product yg payah nak guna and nak kena study betul2..kalau rosak nak repair kat centre dia je…hahaha…sebenarnya lebih kepada x mampu

  10. Rawlins dah lama ‘terperangkap’ dalam dunia Apple hehehe. Dan tak guna duit PTPTN ye (sebab Rawlins budak MARA) hahaha

    Dari iMac ke handphone – semua Apple. Suka sebab ianya selamat dan berbaloi.

  11. Sama ! Saya juga pengguna iphone. Terus jatuh cinta dan xleh nk pandang phone jenama lain. Suka dgn kualiti kameranya. Cuma bila lighting xberapa baik, gmbr sedikit buruk. Tp ada improvement pd iphone keluaran yg baru.

    Macbook xprnh lg terfikir nk beli. Kalau ad rezeki lebih nanti ingat nk belu jugak. Cuma rasanya mcm leceh sikitlah pakai macbook. Sbb sistem dia lain kan. Mesti kekok masa awal2 guna

  12. Wah.. tulah orang tua cakap jangan benci nanti jatuh hati. Kan betul. Syira still lagi setia dengan Samsung tapi kadang teringin jugak Iphone ni

  13. Haha. Macam jangan benci kat org nanti suka syg pula. Btw, saya pun tak suka Iphong. Tapai kalo dah jadi mcm ni tak taulah. Huhu. Masih setia dgn Samsung Note. Kikiki. Apple produk memang ada kelas yg tersendiri. Tak mampo la ipohone..

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *