March 28, 2024

Best Tak Kalau Ada Kad Ceria Yang Boleh Bagi Diskaun 70%?

Best Tak Kalau Ada Kad Ceria Yang Boleh Bagi Diskaun 70%?

Dengan isu harga barangan keperluan yang semakin membebankan, aku terfikir, alangkah bestnya sekiranya ada satu kad yang boleh bagi diskaun hebat untuk membeli-belah. Eh bukan kad kredit atau kad tunai, tapi satu kad yang power. Tunjuk je kad tu, orang kaunter terus bagi diskaun 70%.

Cuba bayangkan, kau orang shopping minyak masak, ayam mentah, beras dan susu, jumlah yang perlu dibayar ialah RM100. Tapi bila kau orang tunjuk je kad tu, hanya perlu bayar RM30.. Potongan harga sebanyak RM70! Itu baru RM100, cuba kira kalau setiap bulan kau orang perlukan RM500 untuk perbelanjaan barangan keperluan asas sahaja seperti sayur, ayam, beras, sos cili kicap dsb?

Dah kira, dengan kad ini, berapa banyak dah boleh berjimat kan?

Best tak? Tak bersyukur lagi aku tak tahulah hehe…

Kau berangan ke apa JMR? Eh..Tak! Aku tak berimaginasilah..

Ini betul..Ini serius..Ini benar..

Aku pun baru tahu. Dan aku rasa, rakan-rakan aku yang menginap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) pun perlu tahu tentang kad power ini. Setidak-tidak dapat juga membantu mereka meringankan beban dalam perbelanjaan barangan keperluan harian kan. Kepada mereka yang tahu pasal KAD CERIA ini, baguslah. Kepada yang belum tahu, teruskan membaca…

Apa Itu Kad Ceria?

Sudah semestinya bukan kad bank yang boleh bagi kau orang tunai untuk membeli barangan. Juga bukan kad kredit, yang kau orang boleh swipe sesuka hati untuk membeli-belah. Seperti yang aku bagitau tadi, kad ini bertujuan meringankan beban dan merupakan inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak diberikan wang tunai sahaja? Pada pendapat aku, Kad Ceria ini lebih kepada membantu warga Wilayah Persekutuan untuk merancang dan menguruskan perbelanjaan secara berhemah. Jika diberikan wang tunai secara langsung, ada kemungkinan wang itu akan digunakan untuk keperluan yang tidak penting, sekaligus tidak membantu objektif utama program Kad Ceria ini iaitu menangani kos sara hidup yang tinggi.

Kad Ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih.

Jika Ada Kad Ceria Ini, Apa Kelebihannya?

Banyak kelebihannya. Yang paling penting, kau orang kena belajar bersyukur..haha..ok ok aku gurau. Aku listkan apa powernya Kad Ceria ini;

#1 Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.

#2 Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)

#3 Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

#4 Menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.

Di Mana Boleh Guna Kad Ceria?

Seperti yang aku nyatakan di atas, pemegang Kad Ceria boleh membeli-belah di lebih 3,798 kedai yang menjadi rakan dagang Kad Ceria. Banyak tu. Aku pasti, harga runcit yang ditawarkan di tempat ini pun sudah berbaloi, apatah lagi dengan menggunakan Kad Ceria, lagi lagi berbaloi kuasa dua la kan.

Boleh semak senarai di link Rakan Dagang kepada Kad Ceria. Banyak weh..aku dok teliti satu per satu senarai tu. Memang banyak kedai yang menawarkan barangan keperluan harian. Ada KK Mart, Mydin, KLCC Foodtruck, BHP Petrol, BORDERS dan banyak lagi. Serius, orang KL yang layak tidak patut pandang sebelah mata Program Kad Ceria ini.

Siapa Yang Layak Dapat Kad Ceria?

#1 Tengok Kad Pengenalan, Kalau Rakyat Malaysia, Layak Memohon.

#2 Check Tarikh Lagi, Umur 18 tahun ke atas Layak Memohon.

#3 Check Surat Beranak, Lahir atau Menetap di Wilayah Persekutuan KL ke Putrajaya ke Labuan ke, Layak Memohon.

#4 Check Slip Gaji, Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan.

Dah check semua kelayakan di atas, jika layak, apa lagi, boleh daftar di atas talian dii https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php .

Ok aku dah check. Aku tak layak. Sebab aku bukan anak kelahiran KL/Putrajaya/Labuan. Ala sayangnya..tapi takpe, aku harap perkongsian aku ini dapat disampaikan kepada mereka yang layak.

Untuk maklumat lanjut tentang Kad Ceria ini, bolehlah layari portal: https://kadceria.kwp.gov.my/

Salam Ceria-Ceria Selalu

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

33 thoughts on “Best Tak Kalau Ada Kad Ceria Yang Boleh Bagi Diskaun 70%?

  1. Untung la org kl lagi2 kerja kerajaan..kita ni tukang bur gst je la huhuhu kesian la kat org sgor ni

  2. Bagus kad ceria ni.macam2 manfaat boleh dapat.yang tak ada kad ceria memang kena apply satu syarat pun tak ada la susah kan

  3. Wowww 70% banyak tuuu. Best gila weyh. Kalau la kat semua tempat boleh guna kad diskaun ni, bahagia rasa. Boleh jimat sangat dah

  4. Beruntung nya warga KL banyak betul kemudahan yang diberikan termasukkan lah kad ceria ni. Diskaun yang berbaloi setiap pembelian barang. Cepat-cepat kena grab ni.

  5. HUHUHUH…T.T I pun tak layak because not working under government. But oh well, I am sure this will be useful for those who are qualified…that’s a whole lot of discount!

  6. woww..best sangat2 ada kad ceria ni. banyak betul potongan yang ditawarkan tu. beruntung jadi orang wilayah persekutuan. yang mana layak tu cepat2 mohon

  7. 70% discount?? That’s really shocking. Amazing deal for civil workers. They should extend it to all Malaysians, then we can all reap the rewards of being Malaysians.

  8. Kita dah daftar untuk Kad Ceria ni tapi tak tahu dapat ker tak atau tak layak hehehe tengok ada potongan yang banyak dan kemudahan kepada penggunakan di KL ni bestnya…

  9. Alolololo x layak jugak la. Kalau la layak, pasti best! Nowadays brg mahal. Terasa sgt walaupun ke mydin yg dikatakan murah tu tau. Anak-anak plak mcm2 hendaknya. Tak diturutkan, kedekut plak ha ha ha… Beruntunglah org wilayah 🙂

  10. wahh untungnya sesiapa yang memenuhi syarat dan kriteria tu. lebih jimat dan berbaloilah untuk membeli-belah barangan harian di ibu kota ya!

    bagus juga usaha macam ni. tapi kesian kat kita yang merantau ke KL ni. tsk..

  11. Banyak la diskaun..kalau ada peluang miliki Kad Ceria ni mesti la nak..takkan nak lepaskan peluang kan…selagi boleh jimat..warga wilayah je la yang bleh apply kan..kalau kerja kat wilayah x leh eh…

  12. banyak jugak diskaun 70% tu kan?? banyak boleh jimat ni.. cuma tu la terpikir tang kelayakan tu..hahahaha..

    kalau yang kurang berkemampuan memang elok sgt lah apply.

  13. Hmm jadi maknanya untuk warga Wilayah yang ada kad ni je la yang boleh dapat diskaun 70% tu? Kenapa tak buat untuk semua warga Malaysia since MYDIN, Milano, KK Mart, dll ada di semua negeri.. Tsk tsk

  14. Banyak tu diskaun boleh dapat dengan kad ceria ni. Bagi Ana, ana lagi suka dapat kad macam ni dari tunai sebab tunai cepat lesap. Hehe. Siapa yang layak apply tu cepat2 lah apply. Rugi sangat kalau tak apply. Boleh save banyak tu.

Leave a Reply to Marsha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *