March 28, 2024

Cipta Peluang, Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki. #YOUCANDUIT

#YOUCANDUIT

Pernah dengar rungutan daripada graduan universiti tentang susahnya nak dapat kerja mengikut taraf kelulusan mereka? Komplen demi komplen di media sosial sambil ‘mereka ini’ terbaring atas katil menunggu peluang kerjaya dengan pendapatan bagus datang bergolek? Ada yang dah berjaya mendapat pekerjaan tetapi masih tidak bersyukur dan masih komplen. Komplen sebab gaji rendah, bos tak bagus, kerja bertimbun, rakan sepejabat tak sehaluan dan sebagainya. Aku tak marahkan mereka ini tetapi aku kesian melihat cara mereka. Aku yakin, sekiranya mereka tahu cara jana pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki, pasti mereka kunci mulut dan terus berusaha!

Eh, ke ada yang sedang membaca ni pun masih belum tahu peluang jana pendapatan dengan cara ini?

Sepanjang tahun 2016 dan 2017, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dikalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. Kempen ini memperkenalkan dan melatih mereka dan golongan isi rumah berpendapatan rendah kepada peluang pendapatan digital melalui tugas yang mudah dan sesuai dengan kemahiran mereka di eRezeki untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Kempen ini juga menggalakkan dan mendidik pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital dengan menyediakan cara-cara untuk mewujudkan perniagaan atas talian yang boleh memberi pendapatan tambahan.

Pendek kata, kini setiap orang mampu dan berpeluang buat duit di atas talinan.

Contoh paling ringkas, ada talian internet, pandai guna Facebook, ada produk atau servis, pandai update status, insyaAllah akan berjaya menjana pendapatan secara online!

jual kerepek online
Kerepek Bawang On Mobile

Makcik Ana di kampung pun dah mula menjual secara online kerepek ubi.

Pakcik-pakcik jual air tebu pun dah start iklan guna FB Ads ok!

Adik-adik yang baru grad ni tahu update Instagram, kejar like sana sini, sambil selang-seli dengan hantar Resume yang asyik-asyik kena rejek tetapi tak reti nak guna peluang ini.

Come on dik!

Stop complaining.

Jangan buat abang Caprice marah!

KEMPEN #YOUCANDUIT

  1. #YOUCANDUIT adalah satu kempen untuk menjana pendapatan digital oleh MDEC, bagi merakyatkan ekonomi digital Malaysia;
  2. Teknologi Digital dapat meningkatkan semangat daya saing golongan Golongan Berpendapatan Digital dan memperbaiki kehidupan Malaysia;
  3. Ekonomi Digital kini telah menjadi fenomena di seluruh negara yang akan menjana golongan berpendapatan tinggi sekaligus mencipta taraf hidup yang lebih baik.
  4. Program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.

Apa itu e-Rezeki?

  1. Program eRezeki membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital melalui kaedah crowdsourcing
  2. Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma dan boleh dilakukan secara online;
  3. eRezeki telah menambah baik taraf kehidupanramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital.

Dah nampak apa peluang dan ruang yang kita sebagai rakyat Malaysia ada untuk menjana pendapatan dalam dunia digital sekarang ni?

Inilah masanya. Sebelum kita bercita-cita untuk mengubah ‘kampung’ terlebih dahulu ubahlah diri sendiri dulu.

Jangan tunggu peluang, tetapi ciptalah peluang.

Program Youcanduit ni bukan program biasa-biasa tauuuu.

pencapaian program youcanduit

 

1. Apakah matlamat eRezeki?

  • eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi.

2. Apakah antara inisiatif yang dilakukan oleh MDEC agar peserta eRezeki yang cemerlang untuk terus menggandakan pendapatan mereka?

  • Program eRezeki menawarkan program eRezeki Global High Income (eGHI) bagi peserta eRezeki yang terpilih.
  • Melalui program ini, peserta yang layak akan boleh menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital menerusi kaedah crowdsourcing.
  • Dalam Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Ke-29 pada Oktober 2017 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, program eGHI kini diselaraskan sebagai kursus elektif penuh sebahagian daripada program kebolehpasaran diri sebagai syarat graduasi untuk semua pelajar di IPTA.
  • Selain itu, dengan kerjasama HRDF, program eGHI kini ditawarkan kepada golongan B40 dan M40, termasuk mereka yang telah diberhentikan kerja yang berkemahiran tinggi.

3. Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)

Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)

Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)

Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

Pencapaian Program e-Rezeki pada tahun 2017.

Lebih 100 ribu rakyat Malaysia telah berdaftar dengan program eRezeki untuk tahun 2017 sahaja, menjadikan jumlah kumulatif dari tahun 2016 sebanyak lebih 270 ribu penyertaan; di mana lebih 60 ribu peserta telah dilatih pada tahun 2017 sahaja melebihi sasaran iaitu 50 ribu peserta dilatih, dan menjadikan jumlah kumulatif peserta yang dilatih dari tahun 2016 sehingga 2017 sebanyak lebih 100 ribu peserta.

Sehingga Disember 2017, lebih 100 Pusat dan Wakil eRezeki telah beroperasi dalam memperluaskan pelaksanaan program eRezeki ke seluruh negara, mencapai sasaran untuk tahun 2017.

Pada tahun ini, sebanyak 150 Pusat Internet 1 Malaysia (P1M) akan beroperasi sebagai Wakil eRezeki menjadikan jumlah keseluruhan Pusat dan Wakil eRezeki sebanyak 500 di seluruh negara.

Apa itu e-Usahawan?

  1. Program eUsahawan membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan
  2. Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma
  3. eUsahawan telah menambah baiktaraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital;
  4. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.

Program e-Usahawan ini telah bermula sejak 2015 hingga Disember 2017.

Seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih dan seramai 44,466 telah melapor jualan mereka sebanya RM14 juta daripada jualan secara online!

Setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

Kursus jangka pendek eUsahawan ini juga telah ditawarkan kepada usahawan kecil tempatan di institusi-institusi TVET yang terpilih di seluruh negara bermula Januari 2016.

Peluang Bekerjasama Dengan e-Commerce Gah di Malaysia.

Di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC dengan kerjasama rakan kongsi program seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my, menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas.

Sekiranya ada yang ingin mengikuti program eUsahawan namun tidak dapat menghadiri kelas atau bootcamp yang disediakan, MDEC juga membantu dengan membangunakan portal eUsahawan kini boleh diakses secara dalam talian – terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan percuma.

Kelas ilmu keusahawanan dalam talian pertama di Asia Tenggara ini menawarkan latihan dan modul yang sama digunakan di dalam kelas fizikal malah penilaian akan dijalankan di akhir setiap modul beserta sijil.

Usahawan mikro di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/

Kisah Kejayaan Daripada Program eUsahawan:

Peserta: En Shathishkumar A/L Johnson

  • pelajar kursus pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan
  • Beliau membantu perniagaan dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan
  • Pada Jun 2016, beliau telah mengikuti kelas eUsahawan dan mempraktikkan pemasaran digital untuk perniagaan sepupunya
  • Jualan bulanannya meningkat hasil pemasaran digital daripada RM 10,000 sebulan, kini berjaya memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan.

Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki

Dah panjang lebar aku bercerita tentang program #Youcanduit ni.

Dah terbuka hati untuk Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki?

Dah terbuka hati untuk bangkit dari mimpi?

Kalau mereka yang berjaya boleh buat, boleh cipta peluang untuk jana pendapatan ribu-riban , kenapa tidak kita?

Cara Mengikuti Perkembangan Program #YOUCANDUIT.

Anda boleh layari laman web #YOUCANDUIT di youcanduit.mdec.my

atau

Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:

  • Facebook: @YouCanDuitMY
  • Instagram: @youcanduitmy
  • Hashtag: #youcanduit

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

27 thoughts on “Cipta Peluang, Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki. #YOUCANDUIT

  1. Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga tuan murah rezeki dan mendapat rahmat Allah di bulan Syaaban ini.

    Boleh memecut di bulan ramadhan. Amin

  2. Wah bagusnya ada program macam ni….
    Housewife macam saya ni boleh la join kan…
    Sambil2 jaga anak2 and buat bisnes dari rumah dengan program #youcanduit ni kan

  3. Berjaya orang yang gabung app eUsahawan dan eRezeki ini ya… sebab membantu dalam kelancaran usaha bisnis di media sosial. Orang bisnis memang patut belajar IT agar usaha bisa berkembang

  4. Nanti nak try usha juga la. Nak juga jadi berjaya macam depa tu. Kami ni meniaga macam2 dah tak jadi. Bukan passion kononnya. Tapi orang lain boleh buat kenapa mommy tak boleh.

  5. Sebenarnya byk jer saluran yg blh kita belajar utk menjana pendaptan. Janji kena usaha dan tanamkan minat. Inisiatif mdec patut dipuji mampu melahirkan ramai usahawan

  6. Program YOUCANDUIT sangat bagus di samping membantu usahawan-usahawan di luar sana untuk memperkembangan lagi business mereka dengan cara yang betul dan selamat. Atleast tiada lagi pengangguran di luar sana dan bantu pengganggur jana pendapatan.

  7. Bagus program yukenduit ni. Banyak peluang utk rakyat Malaysia. Harap pemilihan pemberian dana kewangan lebih telur dan tidak memilih hanya kroni sahaja. Semua layak mendapat bantuan kewangan. Usaha lebih lagi dan InsyaAllah ada dana MDEC utk kita semua. Amin

  8. liez since berhenti kerja mmg duk buat kek dan cookies. ada juga buat bisnes kecil-kecil. mungkin liez boleh cuba join YOUCANDOIT.untuk cari lagi ilmu yang mungkin liez tak tahu

  9. Bagus program sebegini, membantu usahawan terus maju dalam bidang perniagaan mereka. Peluang terbaik juga buat lepasan U yang mengganggur ..blehlah depa jana pendapatan dengan cara sebegini. Kalau sis ada peluang sis pun nak join program ni..hehehe

  10. bagus program macam ni, menggalakkan orang untuk menjadi usahawan. Mana yang tak tau diajar sampai berjaya. memnag peluang yang sangat bagus untuk mereka yang ingin berniaga. Sekarang semua guna online. memeng perlu la ambil peluang ni..

  11. Usahawan sekarang memang kena guna platform teknologi untuk kembangkan business mereka. Sebab banyak peluang boleh di jana melalui teknologi yang semakin maju ni. Tapi kena tahu cara dan langkah yang betul. Salah satunya melalui prog Youcanduit ni. Baru boleh maju dan berjaya.

  12. Nampak menarik platform edagang nie. Betul mmg skrg agak susah nak dpt kerja. Saingan tinggi. Baru pertama kali dgr term crowdsourcing. Teringin nak tahu. Apa agaknya maksud disebalik term nie.

  13. Kita sebenarnya dah daftar dalam eRezeki sahaja nak tambah pendapatan sampingan kita ada dapat juga beberapa job secara online ni hehehehehe. Kalau korang yang memang suka mengadap laptop dan main internet baik daftar sini sekurang-kurangnya ada duit masuk betul tak…

  14. Pertama kali Nina tahu tentang program YOUCANDUIT. Tak sangka adanya program sebegini. Teruja baca program ni memberi peluang, ruang , pendedahan malah ilmu untuk bakal usahawan. Beruntung adanya program erezeki ni

  15. Program #YOUCANDUIT ni memang meluas kan..dan dah banyak rupanya membantu usahawan -usahawan kecil..at least dengan adanya program ni akan menjadi platform untuk semua mula berniaga untuk menambah kan pendapatan sampingan di samping membina kerjaya sebagai usahawan

  16. Bagus ada kempen youcanduit dan e-rezeki ni.. salah satu usaha untuk membantu usahawan melangkah setapak ke hadapan dalam berniaga, mungkin ramai yang belum tahu tentang kelebihan kempen-kempen ini.. Tapi kalau kita sebarkan macam ni pasti ramai yang akan buka mata dan emncuba untuk menaiktarafkan nilai keusahawan yang ada dalam diri mereka.. insyaallah

  17. bagus sgt #yoicanduit ni
    membantu rakyat menambah pendapatan
    aambilan dan aukses dlm bisness online
    mau luaran. terbaru pelancongan. ini memang
    best. kak nowa suka travel. mcm nak join
    plak.. tq for sharing.. semoag rakyat Msia
    semua sukses

  18. Bagus sebenarnya program YOUCANDUIT nih diadakan sebab boleh membantu para graduan yang sukar mencari pekerjaan untuk menjana pendapatan melalui program usahawan ni. Dah banyak baca kejayaan mereka yang daftar dengan YOUCANDUIT ni. Membantu mereka jana pendapatan yang tinggi setiap bulan

Leave a Reply to Nina Mirza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *