March 29, 2024

Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya

Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya.

Assalamualaikum wbt & Salam Pagi Jumaat.

Aku tergerak hati untung berkongsi tips cara kawal emosi anak sulung terhadap adiknya memandangkan isu ini adalah cabaran terkini yang sedang aku & isteri hadapi. Idea asal adalah daripada Sharifah Zahidah  . Aku ubah sedikit mengikut situasi keluarga aku.

Kini, usia abang Dayyan adalah 4 tahun dan adik Danish adalah 2 tahun. Bagi aku jarak dua tahun antara anak sulung dan anak kedua adalah beza umur yang ideal. Ye la kan, biasanya orang cakap, kalau jarak anak kedua dengan anak sulung tu terlalu hampir, dikatanya anak sulung akan kurang kasih sayang. Ada pula yang cakap, anak sulung akan anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai insan paling disayangi ayah & ibu.

Dalam situasi Dayyan & Danish, aku tak nampak pun Dayyan anggap Danish sebagai pencabar kedudukannya. Tidak dinafikan, Dayyan ditatang bagai minyak yang penuh memandangkan dia pemegang gelaran ‘Cucu Pertama’ & ‘Cicit Pertama’ dalam keluarga sebelah isteri.

Cuma, ‘sometime’ mungkin aku & isteri tak menyedari yang kami asyik menyebelahi Danish. Selepas ditegur oleh umi aku, kami tersentak dan mula belajar ubah tindakan kami.

Tips yang dikongsikan oleh Sharifah Zahidah ini juga menjadi panduan aku & isteri untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

5 Ayat Keramat.

Jom baca perkongsian 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, ayat keramat ni bukan sekadar nak tone down anak sulung ketika marah saja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA.

InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ni dah boleh praktis kepada anak sulung yang dah berumur 2 tahun ke atas, atau yang dah boleh faham bahasa. Preferably, start 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba try gunakan ayat ni depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.

=========================
1. SITUASI BEREBUT BARANG
=========================

Selalu kan, anak-anak ni berebut barang?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi.

Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang dah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam abang yang menang.

Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari Abang..”

Walaupun adik baru berusia 2 tahun yang obviously takkan faham pun minta izin tu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.

Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatically abang pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada abang suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh abang jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh abang lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-abang untuk jangka panjang.

Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, si abang mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys abang dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.

==============================
2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT
==============================

Ni commonlah kan. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Lepastu, bila seorang dah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Ya lah, selalu bila adik jerit mesti ibubapa serbu dan terus salahkan anak sulung, kan?

So, jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri abang. Tense ni lama-lama akan buat abang benci adik sebab sikit-sikit menangis dan at last, dia yang kena.

Maka, abang dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana abang yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan kan masalah ni?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan Si Adik. Ada kalanya, adik marah tu SEBAB ANAK SULUNG/KAKAK/ABANG yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan abang Dayyan..” Sebagai hint, nak beritahu pada abang, “Abang dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”

Adik yang menjerit menangis tu kita tenangkan macam biasa. Dan abang yang dengar ayat keramat tu pun, automatically akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah kan?

“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.

==============================
3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK
==============================

Ni antara ayat yang paling selalu saya guna.

Untuk ajar Kakak menjadi Kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara saya meeting, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi Kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini, awal-awal lagi saya akan pesan kepada adik, TAPI MAKE SURE KAKAK YANG DENGAR YA..

“Adik, Adik dengar cakap Kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si Kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada Kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau yang saya tegah awal-awal, memang Kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

Automatically, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.

==============================
4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG YANG MERAJUK/SEDIH HATI
==============================

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas dah pandai merajuk dan ‘bawa diri’. Simple, sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ni, kalau ibubapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ni, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar.

“Adik, tengok abang lukis ni, hebat kan abang? SubhanALLAH..”

atau

“Adik, tadi abang soleh sangat, sebab abang tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI abang ya..”

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh relate, mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.

==============================
5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU
==============================

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

Kadang-kadang, time kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah abang pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita dah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ samada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi tu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila Kakak/Abang cemburu dengan layanan, simply JELASKAN dengan simple keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’

“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta abang tunggu sekejap, dan adik minta maaf abang ya.. Lepas ni, Ibu suap abang pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan abang. Sambil beritahu kepada abang, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si Kakak/Abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik tu lapar..”

JMR: Ini situasi benar yang selalu aku hadapi. Bila abang Dayyan rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

==============
KESIMPULAN
==============

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Abang memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ni parents WAJIB attend si sulung pula selepas tu. Jangan diabaikan abang/kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu.

JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Dah attend adik dan janji nak attend abang pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada abang, semuanya jadi tak lut.

Basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada ayat-ayat ini yang memang aku guna untuk berkomunikasi dengan Dayyan & Danish. Hasilnya memang positif. Cuma kadang-kadang si adik Danish punya ‘bijak’, tak termakan dek ayat-ayat ini. Nampaknya aku kena cari ayat keramat lain yang lebih berbisa!

Perlu diingat di akhir sesebuah isu antara adik beradik pun, abang mana yang tak sayangkan adik & adik mana yang tak sayangkan abang!

 

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

37 thoughts on “Cara Kawal Emosi Anak Sulung terhadap Adiknya

  1. Impress with parent in the world. See the way how they raised their children. And learn how to be a good parent. Thumb up to you Bro. Of course jealously, fight and arguments happen at siblings and this is the growing up process.

  2. Great tips for me! I just had my younger daughter and the elder daughter is jealous of the arrival of her sister. I need to constantly remind myself to be patient because she used to be number one now she has to share her mum and dad.

  3. Tips yang bagus untuk mengajar anak-anak. Kita sebagai ibu bapa harus memberi contoh teladan yg baik dan juga menjadi ibu bapa yg terbaik buat anak-anak

  4. Tips nih sangat sangat berguna untuk saya sebab saya memang menghadapi situasi nih memandangkan anak sulung dan anak kedua jarak usia hanya setahun. Dua dua kerap bergaduh dan tak nak mengalah. Nanti saya nak praktikkan tips yang dikongsikan nih.

  5. i will definitely keep this as a reminder to myself on how to discipline and to jaga hati both of my future kids….and yes reverse psychology really works…hahahha

  6. 5 ayat keramat tu mmg menarik bunyinya. Especially tang minta tolong abang jaga adiknya. Tq tau atau perkongsian ni. Sbnrnya kita perasan benda ni terjadi tapi kini lebih jelas dan blh amik kira segala yg ducadagkan

  7. Jealousy always happened amount siblings and this is kinda normal however we still need to educate the rest on why we need to put more attention on the young one… Let them know we did protect them like how we protect the younger… Slowly they will understand

  8. tq share info sbb xmerasa situasi begini sbb anak sorang tp kalo ankdara tu ngan cousinnya cthnya die mmg suka mengalah..kiranya tidak la die berebut mainan..

  9. Alahai comelnya dua beradik nie. Biasalah tu, anak2 akan rasa mcm parents lebih sayangkn adik beradik lin berbanding dirinya. Walaupon parents xpernah beza2 kan anak. Itu perkara normal. As parents, kena lah bijak dlm tangani isu ini.

  10. wahh bagus juga tips ni! walaupun lama lagi rasanya nak ada anak sendiri, bolehlah buat persiapan awal-awal kan. Haha. Tapi itulah, walaupun mereka kanak-kanak yang emosinya tak tertakluk untuk jangka masa yang lama, masih perlukan perhatian juga kan.

  11. Bagus sangat entry ni.
    Ibu ayah harus memainkan peranan dalam mengawal emosi anak-anak. Bukan mudah untuk mengawak situasi antara anak sulong dan adik-adiknya. Bimbang sangat akan ada hati yang terluka.

  12. Anak abg jamar semua kacak-kacak. Kecik-kecik pun handsome dah haaaaa…Yesss.. bila jarak uur ni banyak dengan anak kedua akan ada perasaan jeles,gaduh. Macan mak onie sendiri ada jaga anak org dan dari situ boleh nampak situasi tersebt dan kita sebagai org dewasa kena pandaj kawal diakan.

  13. Biasanya situasi ni berlaku tanpa kita sedar bila gap between anak sulung dan anak kedua tu rapat..contoh selang setahun..mmg SA perhatikan kes kawan- kawan SA…sebab tu berlaku situasi ni dan ibu bapa kena peka..setuju dengan ayat- ayat keramat tu..

  14. Kena jaga hati semua agar takde yang berkecil hati. Lagi-lagi bila bertelagah jangan nak menangkan satu pihak. Nanti ada perasaan dendam dalam hati satu pihak lagi. Ibu bapa kena pandai guna approach yang betul dalam apa2 situasi kan.

  15. Anak sulung gua banyak membantu gua sebenarnya.. Tak dinafikan… harap bantuan yang diberikan berkekalan hahahah

  16. Kne tunggu adik Rayyan keluar nnt boleh la praktikkan haha

    Btw sangat membantu, kita yg xterfikir pun trus trfikir benda2 yg berlawanan .. tq for sharing

  17. Sangat2 membantu bila baca entri nih. Anak saya jarak 4 tahun dengan adiknya. Kerap bergaduh jugak abang adik nih huhuhu

    Lepas ni boleh apply teknik ayat keramat untuk anak2 kami. In Shaa Allah. Terima kasih ya kongsikan dengan kami. Sangat membantu dan bermanfaat untuk ibu ayah di luar sana ?

  18. Banyak yang saya setuju! Sebab kita selalunya akan menangkan adik dan yang sulung menjerut perasaan.

    Ayat keramat sebenarnya nak mendidik anak sulung supaya banyak bertoleransi dengan adik tapi dalam masa yang sama kita ibubapa tak abaikan perasaan dia

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *