March 28, 2024

Pilih Waktu Shopping Raya yang Sesuai. Salah Pilih Hilang Mood

Pilih Waktu Shopping Raya yang Sesuai

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Kalau awal-awal Ramadan, masing-masing ghairah memuatnaik gambar-gambar makanan untuk berbuka puasa, kini gambar persiapan raya ie: baju raya/baju kurung raya menjadi gambar hangat di media sosial.Rata-rata rakan media sosial sedang melakukan persiapan terakhir menjelang hari raya. Masa untuk shopping raya…!

Aku dan famili juga tidak ketinggalan memeriahkan dan menambahkan lagi kesesakan lalu-lintas di tempat-tempat tumpuan ramai membeli keperluan raya. AEON, Sunway Pyramid, PKNS Shah Alam dan Jalan TAR antara tempat yang dah aku jejak untuk episod #Ramadhan1438 tahun n..hehe

Pilih Waktu Shopping Raya yang Sesuai

Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku tak kisah sangat berapa lama wife nak shopping time, keluar masuk kedai baju, betul aku tak kisah. Ikut suka hati dialah nak dok dalam satu-satu tempat berapa lama.

Yang penting, dua orang anak lelaki aku dalam keadaan good mood. Sebab, bila diorang bad mood, bapak pun jadi bad mood..*angkatkaki haha

So bila waktu yang sesuai untuk Shopping Raya bersama anak kecil?

Tahun ini aku tukar cara shopping raya. Persiapan dilakukan dari awal Ramadan.

Taknak kacau waktu ibadah di malam hari, aku ambil masa di awal pagi hujung minggu untuk bawa wife & anak-anak ke butik/shopping mall. Tapi takdelah sampai ke petang, sebelum asar aku balik. Sekejap-sekejap, tapi ambil masa gak.

Mungkin leceh bagi sesetengah orang tapi aku rasa cara sebegini lagi best sebab badan pun takde la terlalu penat. Lagi pun, mungkin kali pertama pergi tak jumpa yang berkenan & berbaloi tetapi jumpa pada trip seterusnya.

shopping raya

Dayyan dan Danish pun takdelah terlalu penat dan meragam. Diorang lagilah suka sebab dapat keluar setiap minggu. Sejak dari tahun lepas, aku dah amalkan Tips Shopping dengan Anak Kecil untuk melancarkan urusan seharian.

Alhamdulillah, seminggu sebelum raya, dah setel persiapan raya untuk satu famili aku. Paling penting, tiada pembaziran. Itu niat aku untuk Ramadan tahun ini.

Aku beli apa yang perlu sahaja, baik untuk juadah berbuka puasa/sahur mahupun persiapan raya.

Korang dah setel belum persiapan raya tahun ni?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Pilih Waktu Shopping Raya yang Sesuai. Salah Pilih Hilang Mood

  1. Betul tu…. Setuju dengan kenyataan di atas… Alhamdulillah dah shopping pada hari Ahad minggu lepas..

  2. Tips yang biase dilakukan. Even nak kemana-mana pun akan dimulakan dengan waktu pagi masa anak-anak tak warm-up sgt lagi dan harus pastikan balik sebelum asar untuk semua berehat.

Leave a Reply to Syarifah Hafsah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *