March 28, 2024

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Sebelum melancong terutama ke luar negara, adakah ‘beli insuran perjalanan (travel insurance)’ sudah termasuk dalam ‘to do list‘  atau korang tak ambil peduli langsung pun tentang ‘keperluan’ ini?

Jangan macam tu kawan.

Bagi aku, ‘membeli insuran perjalanan’  semasa melancong terutama ke luar negara bukan sahaja perlu, tetapi sangat penting. Malang tidak berbau. Travel insurance ini bukan sahaja boleh membantu korang semasa dalam kesusahan di sana, tetapi juga sebagai perlindungan kepada aset sedia ada korang.

Tak mahal pun travel insurance. Tetapai akan terasa sangat bernilai sekiranya korang memerlukannya semasa korang di tempat asing.

CARA BELI TRAVEL INSURANCE/INSURAN PERJALANAN.

Banyak syarikat insuran yang menyediakan plan/polisi mengikut kesesuaian perjalanan pembeli. Rutin aku sebelum travel ke luar negara, membeli insuran dari syarikat insuran mengikut keperluan aku untuk trip pada kali itu.

Aku menggunakan website gobear.com untuk membuat perbandingan syarikat insuran dari segi harga dan tawaran terbaik. Tak perlu register apa-apa pun.

Just ke website tu dan pilih negara asal korang. Kemudian pilih INSURANCE untuk TRAVEL. Isi details yang diperlukan (jumlah ahli keluarga/destinasi/tempoh kunjungan). Tekan ‘OK,LET’S GO’ dan tunggu tawaran daripada syarikat-syarikat insuran di Malaysia.

Semasa famili trip aku ke Hong Kong tempoh hari, aku telah memilih Travel Insurance daripada syarikat insuran Tune Protect dengan harga RM74 untuk aku&isteri dan juga 2 orang anak.

Kenapa aku memilih tawaran perlindungan perjalanan daripada Tune Protect? Asasnya, aku akan melihat tawaran perlindungan untuk Personal accident, Medical expenses/follow-up treatment, Lost bag kepada aku&isteri termasuk 2 orang anak kecil aku.

Tak perlu pening memilih insuran travel yang terbaik. Di gobear.com, korang akan nampak insuran perjalanan yang terbaik untuk korang beli mengikut keperluan perjalanan. Dah decide, tekan sahaja ‘GO TO PROVIDER‘ dan korang akan di bawa ke laman syarikat insuran dan teruskan dengan pembelian insuran travel korang. Dah selesai, jangan lupa print polisi korang untuk di bawa bersama-sama semasa travel.

Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

Nasihat aku, belilah insuran perjalanan semasa travel ke luar negara. Dah banyak aku dengar cerita-cerita malang daripada pengembara Malaysia yang ditimpa kecelakaan di luar negara, lebih malang lagi mereka tidak dilindungi insuran. Kalau duit banyak takpe, boleh digunakan untuk rawatan di negara tersebut. Tetapi kalau tiada, apa kesudahannya? Serius, ini salah satu KEPERLUAN TRAVEL sebelum fly…

Tips Travel Insurance 1:

Simpan resit tukaran duit yang dapat daripada Money Changer. In case, korang jadi mangsa rompakan ke, kehilangan duit semasa travel ke etc, pihak insurans perlukan resit ini sebagai bukti untuk clain di’APPROVE’. Jadi, jangan buang resit. Simpan sampai balik ke rumah masing-masing.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Perlu Ke Tak Beli Insuran Perjalanan (Travel Insurance)?

  1. Pingback: Dapatkan sebut harga insuran perjalanan tebaik - ColorMag
  2. Betul tu…kena beli…bukannya mahal pun kan…malang tidak berbau…kalau apa-apa jadi…susah nanti kalau tak beli travel insurance ni…

  3. Betul tu…kena beli…bukannya mahal pun kan…malang tidak berbau…kalau apa-apa jadi…susah nanti kalau tak beli…

  4. perlindungan takaful @ insurans memang penting zaman sekarang ni..
    tambah pula ketika sedang melancong. perlu ada sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini takde la kita nervous shock sgt. bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

  5. tapi klu ada insuran yang memang cover untuk overseas x perlu rasanya ambil lagi. tapi tak salah ambil pun, tak mahal pun insuran ni. umpama beli payung je

  6. sebagai orang yang dah berkecimpung dalam takaful/insuran…

    memang betul….

    ia adalah satu keperluan untuk melindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini…

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *