March 28, 2024

Set Deeja Cosmetic – Set Penjagaan Wajah Berkualiti & Senang Bawa Travel.

Aku menerima Produk Penjagaan Kulit Muka Set Deeja Cosmetic melalui pesanan Pos Laju di pejabat. Rakan-rakan sekerja terutama wanita pandang aku dengan 1001 persoalan di wajah. Aku senyum jer.

Mungkin mereka masih belum tahu yang lelaki juga perlu menjaga kulit wajah untuk sentiasa segar dan kelihatan kacak setiap masa 😉

Sebelum aku berkongsi lebih lanjut pengalaman menggunakan Deeja Cosmetic, meh aku nak kongsikan apa yang ada di dalam Set Deeja Cosmetic ini. Set ini adalah 5 dalam 1. Maksudnya, ada 5 produk yang berbeza dalam satu harga. Nak tahu apa produknya, nanti aku terangkan kat bawah ni.

Set Deeja Cosmetic – Set 5 dalam 1.

1.Sabun Pembersih Muka 120g (WM RM12.00 / EM RM15.00)

Nampak macam sabun biasa berwarna oren. Sebuku sabun tu aku potong dua. Nak potong 4 pon boleh. Oren tu bukan sebabkan pewarna tiruan tetapi ianya mengandungi lobak, beras, susu & air mawar. Harum. Letak air sikit pun dah berbuih-buih. Sekarang ni aku lagi suka bersihkan muka ni dengan sabun ni, lebih organik tanpa bahan kimia. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berwajah gelap, jerawat, jeragat & kulit berminyak.

2.Krim Siang 6gm (WM RM28.00/EM RM30.00)

Yang ni aku selalu skip pakai sebab terlupa. Sesuai sangat untuk mereka yang selalu berada di luar, berfungsi sebagai ‘sunblock’. Kandungan utama ialah almond, aloe vera dan biji tomato.

3.Krim Malam 6gm (WM RM28.00/EM RM30.00)

Dirumus khas daripada Alpha Hidroxy Acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren. Dah bersih-bersih muka lepas mandi petang, terus apply ini. Krim Malam untuk kegunaan pada waktu malam sahaja. Ia bertindak semasa waktu tidur.

4.Krim Nano (Malam) 6gm (WM RM28.00/EM RM30.00)

Yang ni best. Tekstur krim berwarna kekuningan lembut mengandungi kunyit dan minyak jojoba. Yang ni last sekali guna sebelum waktu tidur. Sedikit sahaja sudah memadai selepas apply Krim Malam.

5.Toner Nano 30ml (WM RM23.00/EM RM25.00)

Bertindak sebaga penyegar muka yang membantu menganjalkan wajah, melembutkan kulit serta bertindak menghilangkan tanda penuaan dan kedutan pada seluruh wajah. Boleh guna sebelum memakai Krim Malam & Krim Siang.

 

Pengalaman 2 Minggu Menggunakan Deeja Cosmetic…

Selepas 2 minggu menggunakan Deeja Cosmetic ini, memang rasa kesan positif kepada kulit muka aku ni. Paling terkesan, kesegaran wajah semasa bangun waktu pagi. Takdelah rasa kering atau melekit seperti dilumuri air liur basi semasa bangun tidur seperti sebelum penggunaan set ini. Isteri bangun pagi pun dah tak terkejut dengan penampilan muka aku pagi-pagi..haha..

Serius cakap, jadi lelaki bukan seperti wanita yang rajin menempek wajah mereka dengan set penjagaan kulit muka. Mujur ada Set Keayuan Semulajadi Deeja Cosmetic ini. Dek kesibukan aktiviti di siang hari, kadang-kadang aku terlupa nak menggunakan Krim Siang. Jadi, pada sebelah malamnya, aku akan pastikan menempek sedikit Krim Malam, Krim Nano & Toner Nano sebelum tidur. Setidaknya, aku dapat rasakan kulit muka aku kurang berminyak di siang hari. Aku pasti, kalau aku lebih rajin menggunakan Krim Siang, pasti kulit muka aku langsung tidak berminyak.

Senang Bawa Travel.

Secara fizikal, saiz krim memang kecil. Saiz botol toner pula sedikit besar tetapi masih kecil jika dibandingkan dengan produk jenama lain. Sabun Pembersih Muka tu pula boleh dipotong dua. Satu simpan di rumah , satu lagi standby untuk dibawa semasa travel. Krim+Toney+Sabun tidak akan memakan ruang yang banyak sekiranya aku nak travel ke mana-mana. Senang. Letak celah-celah bagpack pun ok sahaja. Masa travellah penting untuk menjaga kulit wajah.

Silap haribulan, kalau tak jaga, boleh rosak kulit wajah tu. Masa tu baru nak menyesal dah tak guna. Terbaik Deeja Cosmetic!

Kesan Seawal 1-2 Minggu Penggunaan.

Jika penggunaan secara betul & teratur, kesan penggunaan akan dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu. Tak percaya, cubalah!

HARGA DEEJA COSMETIC.

Seperti yang tertera di atas, harga tersebut adalah untuk pembelian satu persatu yang bernilai WM RM119.00 & EM RM130.00. Tetapi korang akan mendapat penjimatan hebat dengan membeli dalam 1 SET.

SET DEEJA COSMETIC.

WM: RM85.00 || EM : RM90.00

Ada yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin membeli set ini untuk diri sendiri atau orang tersayang, boleh hubungi :
+6019 694 5950
Nak baca testimoni pengguna-pengguna Deeja Cosmetic, bolehlah ke Facebook & Instagram diorang ye.
Facebook:
Instagram:

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Set Deeja Cosmetic – Set Penjagaan Wajah Berkualiti & Senang Bawa Travel.

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya sebelum ni ada juga amalkan pakai pencuci muka yang dalam iklan tv tu. Garnierlah for men lah, dan macam-macam lagi. Tapi pakai dah sampai dua botol pun langsung takde perubahan. Kulit muka masih berminyak.

    Macam berminat pulak nak cuba produk yang tuan review ni. Terima kasih sebab kongsi artikel ni.

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *