September 23, 2020

Petua Hilangkan Ketumbit. Mitos Intai Anak Dara Mandi!

Petua Hilangkan Ketumbit. Mitos Intai Anak Dara Mandi!

“Mata ada ketumbit, mesti intai anak dara orang mandi ni”.

Ini antara mitos yang aku tak tahu di mana relevannya kenyataan ini.

Minggu lepas, mata sebelah kiri baby Danish naik ketumbit. Takkan bayi 11 bulan dah pandai intai anak dara orang mandi..haha..kan tak relevan tu.

Lebih kurang sebulan sebelum ketumbit betul-betul keluar di mata belah kiri, Danish asyik menggosok je mata tu. Kadang-kadang mata dia nampak sepet, kadang ok.

Selepas sebulan, baru betul-betul keluar ‘mata’ ketumbit tu. Mungkin sakit, mungkin tak bagi Danish sebab dia aktif seperti biasa. Mungkin ada rasa tak selesa.

Nak kongsi petua hilangkan ketumbit yang aku dapat daripada kawan-kawan FB dan google.

TIPS/PETUA MENGHILANGKAN KETUMBIT.

  1. Ambil bawang putih, dan tenyeh-tenyeh di mata tu.
  2. Ambil daun belimbing buluh, ditumbuk halus.Letak di sekeliling kelopak mata yang dijangkiti ketumbit tu. Ulang beberapa kali.
  3. Tuam dengan air suam menggunakan kain yang bersih.
  4. Tuam di mata ketumbit menggunakan sudu panas yang direndam dalam air panas.
  5. Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah.
  6. Pancut dengan air susu ibu.
  7. Cuci bahagian dalam mata dengan air suam/sabun baby yang tak pedihkan mata.

Sebelum aku amalkan tips-tips tu semua, aku ada bawa baby Danish berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Risau takut ada jangkitan kuman lain. Alhamdulillah, doktor cakap ketumbit jenis ni tak berbahaya. Kemungkinan ada ‘blockage’ di kelenjar bulu mata.

Doktor ada berikan ubat titik Fusithalmic 5g. Satu titik ke dalam mata untuk 2 kali sehari.

Nak dapatkan tititkan yang betul-betul masuk dalam mata, bukan kerja senang ok.Terpaksa ‘bergelut’ dengan Danish yang makin bijak tutup mata dan elak daripada terkena titikan.

Selepas 4 kali titik (2 hari), ketumbit pecah dengan sendiri. *happyending.

Petua Hilangkan Ketumbit

Ubat hilangkan ketumbit. Selamat mencuba.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Petua Hilangkan Ketumbit. Mitos Intai Anak Dara Mandi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *