March 28, 2024

Empat tahun bersama..

Alhamdulillah, dah masuk 4 tahun.

Saat lafaz ijab&kabul, terasa baru pagi tadi aku laksanakan dengan sekali lafaz. Masih segar.

Kiranya usia 4 tahun, masih lagi bayi, sangattt muda. Masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, diperbetul dan dilaksanakan. Sebab bagi aku, perkahwinan ni satu episod perjalanan yang panjang, bukannya satu destinasi.

4 tahun, tipulah cakap kalau semua manis..kalau refer laman sosial kami, memanglah nampak semua manis. Siap ada yang nak jadikan ‘life‘ aku&dia sebagai idola perjalanan hidup mereka. Jangan dik.

Di sebalik manis, pasti ada pahit dan dugaannya. Yang penting, sentiasa bersama di saat jatuh dan bangun. Gaduh gaduh tu biasa, tapi jangan sesekali gantikan rasa ‘sayang’ dengan rasa ‘benci’. Anggap je itu permainan duniawi, hari ni gaduh, esok kita bersalaman. Lepas tu gaduh lagi..biasalah..

Prinsip aku di laman sosial, yang negatif, memang aku takkan update/upload untuk tatapan ramai. Tak elok. Tak guna sebarkan aura negatif, lebih baik sebar aura positif untuk motivasi dan semangat bersama. Melainkan mereka yang busuk hatinya, memang takkan senang duduk melihat aura positif yang korang sebarkan..abaikan.

Terima kasih pada yang mendoakan aku dan isteri tercinta selama ini, terutama keluarga & sahabat-sahabat. Buat isteri, terima kasih sebab memahami kesibukan gilerrr pig aku hari ini. Dinner kita beli roti john potong 5 kat pasar malam depan rumah je hari ni ye.

SELAMAT ULANGTAHUN SYG. TERIMA KASIH KERANA SABAR MENGHARUNGI JATUH BANGUN KITA BERSAMA SELAMA INI.-JMR

 

p/s: Tenkiu team @teddyprank yang sanggup last minute tolong aku buatkan surprise. Nanti tunggu review daripada aku ek.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Empat tahun bersama..

  1. selamat ulangtahun perkahwinan ke-4… moga hubungan kalian berkekalan dan dilindungi Allah sentiasa… 🙂

Leave a Reply to Umiadam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *