March 29, 2024

Potret Keluarga

Potret Keluarga.

Satu lagi cabang fotografi luar(outdoor) yang makin mendapat tempat, terutama kepada keluarga kecil.

Aku berimpi untuk menampal di dinding bilik tidur gambar-gambar momen famili, dari gambar momen semasa majlis akad nikah, gambar momen di majlis persandingan, gambar penuh kenangan 1st honeymoon, gambar maternity isteri, gambar anak pertama semasa baby, gambar anak kedua bla bla bla..tapi masih menjadi impian belum terlaksana.

Aku suka throwback gambar-gambar lama bersama famili. Tak sia-sia aku mula menggunakan DSLR sejak 2008. Kualiti gambar lebih ‘hidup’ untuk jangka masa panjang.

Ramai yang ingin memiliki gambar potret satu famili berlatar-belakangkan pemandangan yang best. Nak-nak semasa anak kecil yang pastinya akan cepat membesar. Pejam celik pejam celik, sekejap je diorang dah besar. Alangkah ruginya ibu bapa terlepas momen sebegini.

Gambar-gambar ni semua bukan sahaja boleh diimbas kembali pada masa akan datang, lagi best jika diprint dan diframekan di dinding ruang tamu rumah.

Family. Where Life Begins & Love Never End.

 

PAKEJ FOTOGRAFI POTRET FAMILI

Sempena hari baik bulan baik ni, Suara Mata Photography menawarkan Pakej #PotretCinta untuk sesi fotografi famili korang. Tempat dan tema boleh dibincangkan mengikut selera masing-masing. Lain famili, lain caranya kan? Janji masing-masing akan mendapat hasil yang memuaskan…Boleh kontek nombor yang tertera di atas ye.;-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Potret Keluarga

  1. Dah lama tak print gambar kenangan terindah bersama keluarga…. Biasanya tangkap gembar gunakan Smart Phone, dan Share gambar dekat facebook, blog dan Whatss App… Bagus juga idea print gambar untuk dijadikan kenangan…

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *