March 29, 2024

Mocha Giant Cup @ King Rana Coffee Sijangkang

Bungkus kopi ais dalam plastik ikat tepi, itu normal. Tapow teh ais dalam ‘cup’ saiz biasa, pun itu biasa. Korang pernah tak minum nescafe ais dalam ‘Giant cup’, dua kali saiz ‘cup’ biasa, lagi besar daripada saiz grande Starbucks??

Dalam perjalanan pulang dari kampung wifey di Pulau Indah, singgah di Sijangkang (Jalan Klang-Banting) nak beli nasi kukus ayam dara sedap di situ. (tak jauh dari Pusat Servis Toyota Telok Panglima Garang). Ternampak satu gerai air dengan barisan panjang pelanggan menunggu. Aku intai apa yang diorang ada.

KingRana Coffee menyediakan pelbagai jenis air (sejuk) dalam Giant Cup dengan harga RM5. Nak tambah OREO, hanya perlu tambah RM1. Tanda aku support produk lokal dan usahawan muda tempatan, aku order Iced Mocha dan Iced Gree. Dalam cuaca yang panas dan jerebu, bisnes sebegini memang menjadi tarikan selain daripada Bisnes Aiskrim yang mampu memberikan pulangan lumayan.

Giant Cup diisi dengan air yang dipesan, kemudian ketul hancur air disi hingga penuh. Akhir sekali, susu cair Carnation yang dikepuk-kepuk akan dituang di bahagian paling atas. Aku rasa proses yang ni yang buatkan air ni rasa lebih istimewa.

Mocha Ais..memang terasa nikmat gila minum semasa cuasa panas & berjerebu. Lemak-lemak manis hasil daripada campuran susu cair yang dikepuk-kepuk tu.

Not bad rasa dengan harganya. Cuma, sistem giliran pesanan perlu diperkemaskan supaya pelanggan yang datang awal akan mendapat pesanan terlebih dahulu berbanding yang datang kemudian. Tiada isu potong Q atau terlepas order. InsyaAllah, proses membeli akan lebih lancar, kesian tengok akak-akak yang beratur di tengah panas. hehehe

Biasa aku minum teh hijau Jepun panas tanpa letak sebarang pemanis. Kat King Rana Sijangkang, terasa lemak manis campuran susu cair..RARE.

Semoga KingRana team terus maju dan lebih kreatif menghasilkan air-air yang sedap dan nikmat air tekak ni bila menelan..hehehe…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Mocha Giant Cup @ King Rana Coffee Sijangkang

Leave a Reply to NuNu EeRa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *