October 12, 2024

Nilai sebuah potret anak kecil

Suatu ketika sebelum aku bergelar ‘bapa’, semasa bertugas di luar kawasan a.k.a outstation, dan partner aku yang bergelar bapa kepada baby girl berusia 6bulan, asyik membelek handphone nya. Bila diintai, ianya potret baby kecil. Slide by slide hanyalah gambar baby kecil itu je. Bila ditanya, “Rindu anak ke bro?“..jawabnya ” Mestilah bro..”

Tanpa aku sedar..

Semasa aku dalam sesi project meeting di bawah tekanan tinggi melebih 10barg yang memerlukan konsentrasi dan fokus yang tinggi, sekali sekala sempat gak aku buka gallery di handphone untuk cuci mata tengok gambar comel si dia..automatically, terasa diri ni direfresh dengan semangat baru…

Mungkin ini juga boleh dijadikan tips untuk seorang bapa dalam satu perjuangan yang masih belum selesai..

Kalau ada yang tanya aku lak ketika ini, “Rindu anak ke bro?”

Jawapan aku memang sama dengan jawapan oleh partner aku sebelum ni..

“Mestilah rindu…”

Tips untuk menjadi bapa berjaya: Selain ingat Tuhan, solat 5 waktu sehari semalam dan zikrullah, sentiasalah ingat dan tenung gambar famili yang setia menanti dengan penuh harapan di rumah.. ini lebih baik dari asyik dok tengok gambar awek lain kat fesbuk..iye idok..peringatan untuk diri sendiri gak..hahaha

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Nilai sebuah potret anak kecil

  1. Akhirnyaaaaaaaaa….model si papa yg ditunggu selama ni akhirnya telah hadir untuk beraksi.

    P/s: Igt lg..dolu2 slalu usik ko kan JMR..nnt2 leh soh anak plak jd model. Now, masanya dah tiba.

  2. selalu tengok gambar awek lain kat fesbuk lah ni..hehe..

    memang betul bro. bila ingat keletah anak kat rumah, rasa macam nak balik cepat je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *