Dengan keadaan ekonomi dan kos hidup yang serba mencabar sekarang ni, ramai yang ‘pasang hajat’ untuk memulakan perniagaan sebagai cara sampingan untuk menjana pendapatan. Tapi ada ramai gak yang tak tahu atau konpius nak pilih perniagaan. Nak mula perniagaan menjual makanan ke, menjual buku ke, menjual alat permainan ke, menjual barangan kecantikan. Lebih teruk lagi, ada yang nak berniaga, tapi takut nak mengambil risiko sebagai seorang ahli perniagaan. Takut rugi la, takut takde yang nak membeli dan takut dengan persaingan dalam pasaran sendiri. Pepatah Melayu, ” Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai..”
Dipendekkan cerita, nak berniaga perlu berani ambil risiko. Nak berniaga kena tahu produk apa untuk diniagakan. Nak berniaga kena tahu macam mana dan di mana nak jual produk.
Alhamdulillah, hampir setahun aku dan isteri memulakan perniagaan sampingan yang hanya menggunakan Social Media(Facebook, Instagram, Blog, Twitter, Whatsapp) sebagai ‘virtual shop’ kami di bawah nama Cutie Pie Shoppe. Bermula hanya sebagai agent dropship untuk barangan keperluan bayi, kini kami mempunyai agent dropship kami sendiri. Boleh dikatakan kami tidak menggunakan modal sesen pun, cuma laptop+internet pada awal penubuhan, dan jualan bulanan terkini kami mencecah 5 angka sebulan, hanya menjadikan ‘virtual shop’ sebagai pusat jualan. Kami menjual bukan produk sendiri tapi kami perlu pastikan strategi marketing kami, relevan dengan aliran semasa, kami perlu pastikan produk fizikal kami memuaskan hati pembeli dan kami perlu memastikan ‘customer service’ kami berada dalam keadaan tip-top 24/7.
Itu cerita ‘virtual shop’ kami yang mungkin sukar diuruskan oleh kami yang mempunyai kerjaya tetap lain.
Tak berminat dan tak reti menjual produk fizikal? Takpe.
Mungkin korang boleh mulakan virtual shop dengan menjual produk digital yang bukan produk korang sendiri dan tidak memerlukan modal yang besar, hanya kos promosi sahaja.
Nak tahu bagaimana?
AFFILIATE merupakan cara paling mudah dan pantas untuk korang mulakan perniagaan di internet. Selain tanpa modal yang besar, korang tak perlu ada produk sendiri, tak perlu bungkus/pos produk, tak perlu buat customer service. Yang ada, produk yang sudah mempunyai kredibiliti dan senang dijual. Dan yang penting, korang hanya perlu buat strategi dan cara promosi untuk komisyen yang lumayan.
Dari Affiliate ni, korang pasti akan mencabar diri korang untuk lebih expand perniagaan ke arah yang lebih positif seperti mana yang sedang kami lakukan. Zaman makin berubah. Momentum perniagaan internet makin memuncak. Ini peluang korang untuk mulakan perniagaan tanpa produk sendiri.
Tak tahu sangat pasal AFFILIATE ni? Takpe, sebab aku sebelum ni pun tak tahu pa pe pasal internet marketing&bisnes online ni. Tapi selepas aku menghadiri seminar MPI, aku mula didedahkan dengan strategi marketing di internet, tools pemasaran dan promosi yang berkesan di internet.
Ini peluang untuk korang gapai impian.
Dengan bermodalkan RM60, korang hanya perlu bawa buku nota dan pen untuk mencatat keyword-keyword penting dan point-point yang berguna untuk korang bereksperimetasi untuk menjadi seorang ahli perniagaan di atas talian yang berjaya.
Yuran promosi di LINK INI : http://bit.ly/1fCgVN1
SA lebih senang dengan dropship..hehehhee….x yah pening2 fikir pasal product..sekarang tgh mencari market utk JV product ikan terubuk masin…apa pandangan JMR…agak2 buat online ada yang nak beli x?
belum cuba blm tahu SA. market thru online, mcm2 potential buyer ada..