March 29, 2024

Cerita LPT 2 yang tak pernah anda dengar.

Jam 4.00 pagi tadi, aku terbangun sebab Ayyan tertampar muka aku. Tak sampai hati aku nak tampar dia balik. hehe..Aku teringat, mungkin dia nak kejutkan aku sebab aku tak sempat solat Isyak lagi. Thanks Ayyan, masih berkesempatan menunaikan kewajipan. Dah setel berdoa, mata aku tak nak lelap. Ambil phone, then scroll down Whatsapp yang masih belum baca.

Sampai kat satu Whatsapp group, aku terbaca kisah cerita LPT 2 yang makin banyak ‘makan nyawa’ pemandu-pemandu kat situ. Ya, ini juga antara laluan yang menjadi pilihan aku untuk ke Besut.

——————————————————————————————————————————————————————————

Cerita LPT 2 yang tak pernah anda dengar

Lebuhraya pantai timur fasa 2 (LPT 2) sepanjang 184km dari Jabor ke Kuala Terengganu adalah sambungan dari LPT fasa 1 dari Kuantan ke Karak (169km). Lebuhraya ini dibuka secara berperingkat sehingga siap dan dibuka sepenuhnya pada awal 2015.

Sejak awal pembinaan sehinggalah ke pembukaan sepenuhnya LPT fasa 2 ini banyak cerita-cerita yang berunsur mistik dan dikaitkan dengan alam ghaib kedengaran berlaku di sini. Menariknya, peristwa-peristiwa yang berlaku kebanyakannya terjadi di ‘area’ yang sama antaranya :

– RNR ajil
– Antara susur Bukit Besi dan Susur Ajil
– RNR Perasing
– Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi

Aku sendiri sebagai seorang yang selalu berulang-alik antara Paka dan Kuala Terengganu sebenarnya amat jarang menggunakan lebuhraya ni sebab jarak lebuhraya dari Paka ke Kuala Terengganu sebenarnya lebih jauh berbanding jalan pantai sebab tempat tujuan aku di Kuala Terengganu agak jauh dari susur keluar untuk kawasan tu. Kalau dari Kuala Lumpur atau ke Kuala Lumpur barulah berbaloi untuk gunakan LPT 2 ni sebab menjimatkan masa dari 6 jam ke 4 jam perjalanan. Alhamdulillah , setakat ni aku belum pernah mengalami apa-apa kejadian mistik atau misteri sepanjang menggunakan LPT 2.

Ramai sahabat-sahabat aku yang selalu menggunakan LPT 2 untuk urusan ke Kuala Lumpur atau pulang ke rumah keluarga atau berulang-alik ke Kuala Terengganu. Ada di antara mereka yang mengalami sendiri kejadian aneh, mistik dan misteri. Bacaan seterusnya agak menyeramkan terutamanya jika anda sedang memandu sendirian di LPT 2 di waktu malam gelap gelita.

Cerita satu
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : awal 2014
Waktu : 12.00 Tengah malam – 1.00 pagi
“Aku dari KL nak balik ke Kuala Terengganu, naik LPT , exit di Jabor lepas tu naik balik highway kat Paka. Lepas dalam 2 KM aku macam perasan ada sesuatu kat tepi kereta aku. Bila aku toleh ke kanan, nampaklah satu lembaga putih terbang kat tepi cermin kereta aku. Aku pun bacalah ayat kursi, pasang CD Al-Quran dan elakkan dari panik, terus drive ke depan. Sampailah kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun makhluk tu hilang. Waktu tu anak dan isteri aku semua tidur, memang aku tak kejutkan diorang takut diorang histeria.”

Cerita dua
Lokasi : Antara susur Paka dan Susur Bukit Besi
Tarikh kejadian : Pertengahan 2014
Waktu : Antara 11.00 malam ke 12.00 tengah malam
“Aku dari GPP2 nak balik ke Kuala Terengganu, masa tu shutdown jadi memang terpaksa balik lewat. Aku naik highway kat exit Paka, mulanya takde apa-apa lepas tu aku terpandang kat cermin pandang belakang, ada makhluk macam kain putih terbang belakang kereta aku. Aku pun tengok balik betul-betul, confirm memang ada yang mengikut. Aku tekan minyak, lagi laju dia kejar. Aku terus drive sampai kat jambatan dekat-dekat exit Kuala Dungun, makhluk tu terus hilang. Betullah orang tua-tua cakap, sungai ni sempadan makhluk nampak dan makhluk tak nampak”

Cerita tiga
Lokasi : RNR perasing
Tarikh ; Awal 2015
Waktu kejadian : 3.00 – 4.00 pagi
“Aku nak ke Temerloh dari Kuala Terengganu, sampai di RNR Perasing rasa nak kencing, aku pun singgahla kat Perasing tu. Time tu takde kereta lain pun kat situ. Cuaca masa tu, baik je. Takde ribut, takde angin kuat. Masa aku lalu kat tepi taman permainan, aku nampak ada satu buaian berayun-ayun tapi aku tak layan sebab rasa nak kencing tak tertahan. Selesai qada hajat, aku lalu balik kat taman tu, buaian tu masih lagi berayun-ayun. Yang peliknya masa tu aku tak rase pun angin.” Sahabat ni seorang Hafiz Al-Quran jadi dia memang jenis kuat iman. Setakat usik-usik manja camni dia buat dek je.

Cerita empat
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Julai 2015
Waktu kejadian : 10.00 malam – 12.00 tengah malam
“Aku dengan kawan on the way balik ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami lancar je tanpa sebarang gangguan. Sampai je dekat area Jerangau, tiba-tiba aku nampak macam ada lori treler melintang tengah jalan. Aku pun apa lagi, brek la. Nasib baik takde apa-apa kat belakang. Elok je kereta kitorang slow down, lori tu tiba-tiba hilang. Aku pandang kawan aku kat sebelah, dia pandang aku. Aku pun cakap, syyhh nanti kita cerita. Pasang Al-Quran , teruskan perjalanan tanpa sepatah bicara”

Cerita lima
Lokasi : Antara susur bukit besi dan susur Ajil
Tarikh : Ogos 2015
Waktu kejadian : 1.00 pagi – 2.00 pagi
“Aku dengan budak aku on the way dari Paka nak ke workshop di Bukit Payong. Kami terpaksa balik sebab stok ducting dah habis. Sampai dekat area Jerangau aku potong satu kereta ni. Lepas tu tiba-tiba kereta tu ada balik depan kitorang. Aku pun tekan minyak nak potong balik kereta tu, sampai je dekat kereta tu, kereta tu terus hilang. Yang budak aku ni, buat mulut celupar boleh pulak dia cakap kat aku, “bos, mana kereta tadi. Ahh sudah. Hantu tu. Kita dah kena ni. Hantu tu.” aku terus cakap kat dia , diamlah. Lepas tu tiba-tiba je terbau busuk yang amat sangat. Budak tu boleh pulak cakap “Bau apa ni bos, bos kentut ke. Eh, ni macam bau bangkai. Ah sudah, dia main tumpang-tumpang pulak”. Aku pun terus pasang bacaan Al-Quran sambil menyumpah seranah budak tu. Tobat aku tak bawak lagi dia pergi Paka. Mulut takde insurans.”
Ada banyak lagi cerita-cerita lain yang dikatakan berlaku di LPT2 ni tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab aku tak dengar dari orang yang mengalaminya sendiri. Lima cerita di atas diceritakan terus dari orang yang mengalami kejadian-kejadian tersebut. Selain itu, jika diperhatikan, kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di LPT 2 terjadi di kawasan yang lebih kurang sama. Mungkin sebab faktor keadaan jalan yang beralun dan mungkin juga sebab terdapat gangguan makhluk Allah yang kita tidak nampak. Ingatlah, makhluk itu juga makhluk Allah dan sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Sentiasalah berzikir dan mengingati Allah setiap masa. Insya Allah , kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan malaikatNya walau di mana kita berada.

Satu nasihat, kalau bawak isteri dalam pantang atau ada anak-anak kecil, seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan LPT 2 di waktu maghrib atau tengah malam. Rancang perjalanan anda supaya tidak terlalu lewat ketika sampai di LPT 2. Keluarlah ke jalan pantai bila waktu dah maghrib atau lewat malam sebab bila dah sampai ke LPT 2 tubuh dah semakin letih. Ketika tubuh letih ni, semakin mudah makhluk-makhluk ni untuk mengganggu. Yang penting sentiasa berzikir mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W insya Allah jiwa kita akan sentiasa kuat dan berupaya melawan apa jua gangguan yang datang.

Artikel asal: http://www.radiosenyap.com/2015/09/cerita-lpt-2-yang-anda-mungkin-tak.html

——————————————————————————————————————————————————————————-

Boleh tahan meremang gak bulu roma aku bila baca kisah ni. Betul atau tidak, Wallahua’lam..tapi aku teringat kisah perjalanan kitorang balik kampung semasa Hari Raya Haji tempoh hari.

Kitorang bertolak jam 4 petang dan terpaksa mengadap ‘traffic jamm’ di Tol Gombak agak lama. Jam 6.30 petang baru melepasi Tol Gombak. Plan awal travel KL-Besut aku memang lari. Tapi aku teruskan juga dan decide utk via LPT-LPT2-Exit K.T-Besut (Jalan Pantai). Cuaca cantik, pemanduan cun. 2,3 RnR gak terpaksa aku singgah, biasalah ada sorang budak kecil dan sorang baby berusia 2 bulan.

Sampai di RnR Bukit Besi, aku stop untuk wii wii dan basuh muka, mengantuk semacam je, padahal baru jam 11.45 malam. Since Dayyan & Danish lena tidur, dah aku pun ngantuk yang amat, wifey offerkan untuk drive. Thanks sebab selalu jadi Co-Pilot yang tak tidur sepanjang travel sama ada dari Barat ke Timur atau Utara ke Selatan.Aku setuju untuk satu stop je, maknanya next RnR aku akan drive balik.

Aku lelap seketika kat seat belakang. Elok je keluar dari RnR Bukit Besi, tak sampai beberapa minit, baby Danish mula menangis secara tiba-tiba. Aku pujuk tak jalan, makin kuat dia meraung. Dalam masa yang sama alarm jam G-Shock aku activate, tanda jam 12 tengah malam(aku memang set 12am setiap hari, jangan tanya kenapa..).

Wifey yang tengah fokus memandu dalam tangisan Danish, paksa aku suruh pujuk Danish, “Jam 12 ni ddy, jangan bagi baby nangis sangat”..simple tapi boleh mendatangkan pelik kat aku. Danish masih menangis..

Kitorang mula berselawat, wifey mula memujuk Danish sambil memandu. Tang ni aku respek skill ‘seorang ibu’ memujuk anak sambil fokus pada pemanduan. Lagi 10 km nak sampai RnR Ajil, aku rasa lama giler kot…alhamdulillah, selamat sampai dan aku mula ambil alih memandu hingga ke Besut dalam keadaan segar…

….bila baca kisah ni, baru wifey bagitau, dia dapat rasakan ada ‘sesuatu’ mengekori kitorang hari tu.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Cerita LPT 2 yang tak pernah anda dengar.

  1. Pingback: Bau Mulut Yang Tidak Pernah Hilang | Sehat Pintar
  2. Benda2 seram tu memang taknak jumpa pun…dah 16 tahun berulang dari ipoh ke Dungun..alhamdulillah tidak di izinkan Allah dengan kejadian2 sebegitu .

    1. Benda ni ikut nasib dan ikut juga apa yg kita bawa.

      Saya pernah kena waktu maghrib sebab mungkin bawa burger yg tak makan lagi. Berat sungguh kereta sampai macam x mahu bergerak.

      Adik pun pernah kena. Bawa balik udang hidup pagi buta. Benda putih datang bertenggek dekat side mirror lori.

      Moral yg saya belajar, kalau boleh maghrib, stop kat RnR. Dan kalau boleh jgn la tapau benda hanyir atau daging2 dalam kereta.

  3. aku selalu balik daripada Ipoh ke JB, memang sentiasa balik waktu tengah malam.setakat ni takde apa-apa kejadian, LPT tu aku tak pernah la lalu lagi…hurm..banyak sungguh nampaknya kejadian yang tak best kat situ..ada sesuatu tu rasanya

    1. hehe ade sesuatu tu memang tak mustahil..yg penting, sebelum mulakan perjalanan, kena byk2 berdoa kan bro..nak2 bro yg slalu travel utara-selatan..jauh tu

  4. perghhhh kagum giler dgn nunu boleh relax je drive waktu tu…tapi serius ckp jgn kata LPT2, nak lalu LPT1 pun rase senak jantung perut limpa semua nyer..allah dah la seram baca entry ni jumaat ni nak kene lalu LPT 1..doakan kami ok! 😉

  5. Lately memang banyak accident kat LPT, semuanya kemalangan maut.

    Saya belum pernah lagi lalu LPT pada waktu malam. Tapi perasan la jalan di LPT agak berombak dan tidak rata. Bahaya untuk pemandu yang tak biasa lalu di sini.

  6. ok nak kena google lebih banyak cerita mistik.. Apapun makhluk ni ada je kat memana. Mereka tak boleh membunuh manusia secara terus tapi mereka boleh melalaikan manusia sehingga hilang fokus & boleh berlaku kemalangan. Sebab tu kemana saja kita pergi sentiasa berwaspada.

  7. Serius…memang tak pernah lalu LPT2 lewat tengah malam…biasa siang aje.. Memang seriau bulu roma baca kisah ni..ada member cakap, rnr ajil dia pernah kena.. tengah malam..orang minta lighter nak cucuh rokok..tapi rokok tak nampak..

Leave a Reply to Ameanjk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *