March 29, 2024

Seafood Marinara sedap di Kitchen Creatures Centrepoint, Bandar Utama

Penafian: Majlis ni diadakan seminggu sebelum 1 Ramadhan. Kan ada yang cakap kitorng tak puasa..berani makan kat open space gini??? hahaha

Salah satu aktiviti wajib setiap bulan, adalah makan-makan as a celebration untuk birthday boy/girl pada bulan tu. Lagi untung, kalau tiap-tiap bulan ada birthday boy/girl, konfem-konfem ada ‘free lunch’ kat luar kan..

Untuk celebration bulan Jun 2015, kami ke Kitchen Creatures yang terletak di Centrepoint Bandar Utama.

 

Kitchen Creatures ni terletak di tingkat 1 Centrepoint, berkonsepkan ‘Casual Western Dining‘. Ruang makan agak luas. Tak terlalu crowded untuk dine-in waktu lunch hour.

 

Pelbagai menu disediakan di Kitchen Creatures sama ada masakan barat atau masakan tempatan. Ada pasta, ada steak, ada burger, ada mi goreng dan pelbagai menu sedap lain. Tepuk dada, tanya selera.

 

Project team. Syok berada dalam team ni, sebab ‘masa kerja kita kerja betul-betul, masa . makan, kita makan betul-betul..’ . Jadi tak terasa sangat tekanan kerja yang berterusan. Paling best, konsep ‘famili diutamakan’ dalam organisasi ni, kalau famili lebih perlukan kau, take your leave…hehehe..teringat perbezaan Boss U.K vs Boss Malaysia yang tengah viral di laman sosial..lagi satu jangan terkejut, hari tanpa meeting, ‘attirement’ team kami ada sangat sempoi di ofis..

Pertama kali di Kitchen Creatures ni. Ushar jap apa ada dalam menu, then order.

Menu aku untuk makan tengah hari hari tu. Seafood Marinara. Kombinasi spaghetti dengan mussel, ada scallop, ada udang, ada sotong dan juga sos ‘spice tomato base’. Sosnya manis-manis tapi sedikit pedas. RM26.28 untuk satu set ni..Burpp!! Ada 2,3 orang gak order menu yang sama dengan aku. Memang puas hati.

Lain-lain menu yang diorang order, tak sangat menarik perhatian aku, kecuali yang ni..

Grilled Salmon. Sos tu nampak tempting giler. Next time, wajib order yang ni plak. Harga lebih kurang Seafood Marinara je. Berbaloi la kan.

Air sedap yang ada di Kitchen Creatures ni. Lime juice. Masammmmmmm tapi so-so manis. Sejuk je anak tekak ni..hahaha..next time, mungkin aku akan order lime juice ni lagi, 2 gelas!

Mencabar betul write up food review di petang bulan puasa ni. Saja nak share la kan, kot-kot ada yang sedang mencari tempat makan sedap di Bandar Utama, bolehlah ke Kitchen Creatures ni, tak jauh dari One Utama pun. Ada banyak lagi menu yang nampak sedap dan best je..

Burppppp………………..

Facebook: Kitchen Creatures Centrepoint Bandar Utama.

Alamat Kitchen Creatures:

Lot F110, Centrepoint, 3, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Seafood Marinara sedap di Kitchen Creatures Centrepoint, Bandar Utama

  1. Nasib baik dah declare awal-awal dekat atas tu…. Patutlah nampak cerah jer masa tengah makan tu… hehehe

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *