February 22, 2020

Jemput masuk ya rezeki..

Pernah dengar tak, walau sesibuk mana pun mencari rezeki di kotaraya dan walau setinggi mana pun kos untuk pulang menjenguk ayah bonda di kampung, sebagai anak, pulanglah…

InsyaAllah ada rezeki yang tidak disangka dari arah yang tidak disangka daripada-Nya..

Sekadar berkongsi kisah travelog hidup dan ajaibnya pintu rezeki..

Minggu lepas, minggu yang agak sibuk untuk aku dengan kerja-kerja di ofis. Since dah hampir sebulan tak balik kampung jenguk umi di rumah dan pusara ayah, dalam hati dah pasang niat untuk pulang ke Besut, hampir 8 jam perjalanan dari KL. Just cakap niat tu kat wifey, dan keputusan penuh hanya aku boleh bagi sehari sebulan perjalanan. Kiranya, keputusan last minit la kan…

Alhamdulillah, Dia je tahu betapa kelam kabut aku untuk setelkan kerja di ofis, dengan projek-projek yang tak masuk akal..haha..petang sebelum hari perjalanan baru bagitahu wife. Dan masa on the way ke kampung baru bagitahu umi untuk surprisekan dia. Taknak bagitahu awal takut dia kecewa kalau tetiba cancel kan…

…niat aku satu, pulang menjenguk umi dan pusara ayah adalah tanggungjawab aku.

Walaupun di tengah bulan(aku&wife makan gaji ye..), Dia tahu bila masa yang terbaik untuk limpahkan lagi rezeki kami. Aku percaya, antara petua menjemput rezeki, adalah dengan berbuat baik dan bahagiakan ibu bapa. Masa perjalanan pulang ke kampung, hanya dengan berurusan melalui Whatsapp, aku berjaya close deal untuk 3 transaksi. Deal pertama untuk job di social media dengan transaksi 3 angka, job fotografi melalui urusniaga di talian dengan transaksi 4 angka dan melalui affiliate program dengan transaksi 3 angka.

Nampak tak? Apalah sangat dengan duit tol + minyak + masa yang ko spendkan untuk bahagiakan umi di kampung, jika pengakhirannya Dia bagi lebihhh lagi daripada yang ko guna kan.

Alhamdulillah..

Duit boleh dicari, masa boleh dikejar, tapi jasa orang tua takkan mampu dibalas. Hanya yang boleh, jaga mereka, dan bahagiakan mereka. Yang lain lain, insyaAllah datangnya daripada Dia, bila dan bagaimana memang tak disangka…

Jemput masuk ya rezeki…

[ RAHSIA ANAK PINTAR DAN CERDAS ]

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

36 thoughts on “Jemput masuk ya rezeki..

  1. Betul bro, sesusah mana pun kita cuba berbakti pada ibu bapa selagi mereka masih ada. Dulu mama selalu cakap “long, nanti setiap bulan balik la kemas-kemas rumah”. Sejak 3 tahun lepas saya dah menetap bersama parents. InsyaAllah dalam masa terdekat akan masuk rumah sendiri, belakang rumah diorang jugak. Kalo dok KL dulu tak tau bila akan ada rumah sendiri 🙂

  2. saya pernah terbaca, untuk memperbaiki rezeki kita mulakan dengan memuliakan ibu kita..ibu mertua pun rasanya termasuk juga..saya setuju sangat, bila niat aje nak melawat parents pon dah Allah limpahkan rezeki tak disangka!

  3. Sementara kita ada mak ayah, selalu-selalulah kita balik kampung dah takde nak jengah sapa lagi. Tahniah masyuk tuu….heee

  4. jasa, kebahgiaan, restu ibubapa sangat penting…
    parents kita hanya satu tu je…tiada gantinya…
    wang ringgit bagai boleh dicari…
    selagi hayat dorang ada…spend time with them…
    one fine day kalo panjang umur kita…
    anak2 kita pula akan jaga kita camne kita jaga parents kita…
    in sya Allah….

Leave a Reply to Ain Ridzuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *