October 2, 2020

“Jangan baca….”

Sedari kecil sampailah ke dewasa, menjadi normal manusia, makin dilarang makin dibuat.

Terfikir aku, apa asbabnya di depan itu terpampang papan tanda “Dilarang buang sampai di sini.” dan di situ jugalah terdapat timbunan sampah. Mungkin nikmat mencabar kenyataan di papan tanda tu melebih nikmat ejakulasi si pembuang?

..mungkin..

Teringat aku pada satu pesanan pakar runding kanak-kanak, dalam mendidik anak biarlah mengamalkan konsep, “jangan guna jangan”.

Untuk melarang seorang anak kecil/bayi kecil even masih belum tahu bercakap, sebolehnya elak menggunakan ayat larangan “Jangan…”..contohnya;

“Jangan makan berdiri..”

“Jangan teraburkan permainan..”

“Jangan menonton TV hingga tengah malam…”

Sebab naluri mereka, makin ditegah, itu yang ingin dibuatnya, disokong pula dengan akal minda merekayang masih belum cukup masak untuk menilai mana yang buruk mana yang baik.

Seeloknya..untuk menegur atau menegah mereka, guna ayat larangan berkias di samping sebab musabab kenapa tak boleh buat itu tak boleh buat ini dan lagi elok sebagai mak pak, bagi idea untuk mereka lakukan yang lebih baik.

” Tak manis anak dara umi ni makan berdiri, kan lebih elok makan sambil duduk di meja..”

” Lepas main, adik lagi macho kalau simpan elok-elok toys ni dalam kotak mainan..awek tengok pun cair..”

” Tidurla awal sayang. Esok pagi nak ke sekolah kan, taknak tersengguk-sengguk kat dalam kelas kan. Burok bebenor kalau ada pakwe kat sebelah adik dok tengok adik berzikir hantuk meja…”

hehehe..bukan senang nak mendidik anak-anak kan. Pendapat aku, anak-anak zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Aku respek cara didikan dulu-dulu, even nampak ganas tapi anak-anak still menjadi berjaya di masa hadapan. Tapi anak-anak sekarang ni senang terpengaruh dan cepat memberontak. Then, timbullah isu lari rumah atau lari iku boipren..Nauzubillah..

“Ayyan, Jangan pandang belakang ye..”

 

See..dia pandang gak. Sepatunya aku guna “Ayyan, tengok ikan cun kat depan tu..” mesti anak aku ni ikut arahan aku..hehehe

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on ““Jangan baca….”

  1. hehehe..masa anak2 mak kecik dulu pun, mak mmg jarang sgt2 gunakan perkataan JANGAN. Biasanya mak ‘suruh’ lg. “suruh’ tu maksudnya menyindir la..so, anak2 mmg paham bila mak suruh dah bukan melarang.

    🙂

  2. Betul tu saya setuju. . Kanak2 zaman sekarang perlu dididik dengan menggunakan pendekatan psikologi. . Contohnya , kalau tak nak anak2 kita memanjat, kita suruh mereka panjat dengan lebih tinggi lagi supaya mereka rasa “segan” nak memanjat. .

  3. “Then, timbullah isu lari rumah atau lari iku boipren..Nauzubillah..”

    itu belum lagi kes lari dari umah pi sembunyi kat villa nabila…. hehe…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *