March 29, 2024

Better Nation

5 Mei 2013 || PRU13

Hingga ke saat ni, majoriti rakyat Malaysia masih menanti keputusan rasmi keputusan Pilihanraya Umum ke-13. Alhamdulillah, proses membuang undi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini di seluruh negara. Tahniah untuk rakyat Malaysia!

 

Seperti BLOGPOST aku sebelum ini, agak ralat kali ini sebab tidak berpeluang untuk turut serti mengundi untuk DUN Kota Putera dan PARLIMEN Besut. Bukan memberi alasan, tapi aku rasa tanggungjawab aku kali ini lebih berat kepada tanggungjawab bersama famili, lebih-lebih lagi ketika isteri di dalam pantang dan juga bayi yang masih awal seusia 13hari. Dari jauh, doa aku untuk kerajaan baru agar berkhidmat untuk rakyat mengikut syariat Islam dan tidak menindas rakyat tanpa mengira lapisan masyarakat. Tanggungjawab yang dipikul hasil undian rakyat bukanlah sesuatu kebanggaan, tapi anggaplah sebagai cabaran untuk membentuk sebuah negara yang maju dan mampu memberi keselesaan dan membantu rakyat untuk semua tahap, bukan hanya kepada kroni ataupun sanak sedara dalaman sahaja.

 

Keputusan hari ini bakal menentukan masa depan Abbasy dan Dayyan.(Pucuk pangkalnya rezeki datangnya daripada-Nya..)

Pendapat aku, KERAJAAN patut mendengar suara rakyat. No matter, awak tu BN ke, Pakatan Rakyat ke, once dah menang PRU13 kali ni, bermaknanya awaklah KERAJAAN kali ini. Anyone can be a KERAJAAN. Kerajaan yang akan berkhidmat untuk rakyat. Dan rakyat selaku ‘majikan’, patut memberi respek kepada kerajaan baru yang terbentuk. Elakkan kekacauan, dan binalah keamanan. Rasanya ramai yang setuju, tuntutan utama daripada rakyat Malaysia bukanlah harga minyak yang diturunkan, bukan PTPTN dihapuskan, bukanlah harga kereta diturunkan, tetapi yang paling dituntut adalah sebuah KERAJAAN yang telus, tulus, berintegriti dan ADIL untuk segenap lapisan masyarakat di MALAYSIA ini.

TIADA LAGI KORUPSI, TIADA LAGI KRONISME

SELAMAT MAJU JAYA KERAJAAN BARU MALAYSIA UNTUK TEMPOH 5 TAHUN INI!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Better Nation

Leave a Reply to Puan Nunu comel.. Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *